Sejak Ahad, kecoh mengenai insiden seorang pelawak memukul serta menendang seorang pengawal keselamatan warga emas.
www.youtube.com/watch?v=CBpOL_OwY0M
Bukan sekali, tetapi pengawal keselamatan itu ditumbuk sebanyak tiga kali dibahagian muka selain ditendang dipinggang dan dibaling batu.
Media massa melaporkan dengan hanya menyatakan seorang pelawak tetapi tidak menyatakan nama sebenar, namun netizen dengan cepat mendedahkan siapa orangnya.
Mazlan Pet Pet Rupanya…
Tidak lama selepas insiden berkenaan tular di media sosial, rata-rata warganet mendedahkan siapa pelawak yang dimaksudkan itu, rupa-rupanya dia seorang pelawak dari kumpulan Senario, iaitu Mazlan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mazlan Pet Pet.
Ramai yang terkejut dan tidak menyangka perwatakan lawak Mazlan Pet Pet itu sebenarnya sebaliknya. Dia dikatakan seorang yang panas baran dan suka menggunakan kekerasan apabila bergaduh.
Pukul Sehingga Mendatangkan Kecederaan
Yahya Manap, 70, yang merupakan pengawal keselamatan di taman perumahan di Taman Acacia, Nilai dekat Seremban, dibelasah dan ditendang sehingga mengalami cedera pada hidung, bengkak di muka dan sakit di bahagian pinggang serta lutut.
Difahamkan, sebelum itu, Mazlan Pet Pet dikatakan mengekori sebuah kenderaan lain dan masuk tanpa kebenaran menyebabkan Yahya yang bertugas mengekori Mazlan Pet Pet itu memintanya membuat pendaftaran emmasuki perumahan itu.
Mazlan Pet Pet menaiki kereta Proton Perdana dikatakan mengekori rapat kereta seorang penduduk perumahan tersebut tanpa kebenaran.
Berang dengan orang lain, orang lain yang jadi mangsa. Tidak sepatutnya kemarahan itu dilemparkan kepada pengawal keselamatan warga emas itu.
ย
Dikecam Netizen Di Instagram
Akibat perbuatan Mazlan Pet Pet itu, rata-rata pengikut di Instgram miliknya menyerbu ruangan komen milik pelawak itu dengan pelbagai kecaman demi kecaman.
Malah, mereka memenuhi ruangan komen di promo umrah yang Mazlan Pet Pet promosikan di instagram miliknya itu.
Lebih 2000 komen ditinggalkan warganet yang kebanyakkannya mengaitkan dia dengan insiden berkenaan.
Mereka memenuhi ruangan posting Mazlan Pet Pet mengenai kapsyen yang dimuatnaiknya itu berhubung dosa dan pahala.
Bebas Dengan Jaminan
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, arahan pembebasan itu dikeluarkan mahkamah selepas polis membuat permohonan untuk mendapatkan perintah reman pagi ini.
Bagaimanapun, pihak polis masih meneruskan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan.
Rata-rata warganet mahu Lan dikenakan hukuman setimpal dengan apa yang diperlakukannya itu terhadap Yahya.
Sebagai artis, dia sepatutnya tunjukkan sikap yang baik kepada orang ramai, jangan harap orang akan hormta dia, kalau dia sendiri yang mencemarkan imejnya sendiri.
Yahya Akan Failkan Saman
Pada awalnya, Yahya memaafkan Mazlan Pet Pet atas kesilapannya itu, tetapi warga emas itu mungkin bakal mengambil tindakan saman terhadap Mazlan Pet Pet yang membelasah dan menendangnya dalam kejadian pergaduhan di tempat dia bekerja.
Perbuatan Mazlan Pet Pet itu turut membuatnya mengalami trauma. Dia diberi cuti sakit selama tiga hari oleh pihak Hospital Tuanku Jaโafar Seremban (HTJS) kerana kecederaan dialaminya itu.
Yahya berkata, dia akan mendapatkan rawatan susulan sekiranya keadaan kesihatannya tidak menunjukkan perubahan.
Dalam masa sama, dia juga menyatakan Mazlan Pet Pet masih tidak menghubunginya untuk meminta maaf. Bagaimanapun, Yahya belum bersedia untuk berjumpa dengan pelawak itu apabila mengenangkan insiden yang telah menimpanya.
Pernah Buat Hal
Mazlan Pet Pet sebelum ini pernah buat hal dengan pihak berkuasa. Dia mengamuk dan memarahi anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), ketika mereka menjalankan tugas.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari di USJ 10, Subang Jaya itu, dia dilihat bertengkar dengan anggota penguatkuasa selepas mereka mengunci tayar kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux miliknya yang diletakkan di hadapan sebuah bank.
Jadi, tidak hairanlah kenapa sikapnya sedemikian.
KATA ORANG
Video circulating now showing CCTV recording of the moment when a local artiste, Lan Pet Pet beats up an elderly guard
— Hilmi Adi Ruzaini (@HilmiAdi) April 7, 2019
Police are investigating this case under Penal Code Section 323 & 427https://t.co/Eo5wRTftUx pic.twitter.com/Aedv3UlOYa
I cant imagine if that old man is my father ๐ญ๐ญ memang aku cari lan pet pet sampai lubang cacing. Sial https://t.co/xpVdzpkHzo
— atie ๐ป (@hidayatijohari_) April 7, 2019
Lets wait for lan pet pet to come up with his own statement ๐ We aint no saints , we fuck up too. Count the times u fuck up u rasa kalau aib aib u bukan Tuhan cover, u still steady mcm ni ke?
— โก๏ธ๐arif๐โ๏ธ (@aarifazh) April 7, 2019
Viral this. Lan pet pet should apologize to the security. Kau dah salah dont be rude la. Mancibai https://t.co/wnM07Ll320
— Naddy. (@naddyleez) April 7, 2019