Pelakon dan pengacara, Elfira Loy dan pasangannya, Khairol Faris Anuar selamat diijabkabulkan di pagi hari pertama tahun baharu 2019.

Sumber: Astro Awani

Pasangan merpati dua sejoli itu bergelar suami isteri selepas mengikat tali pertunangan pada September lalu.

Dalam entri terbaharu di laman Instagram peribadinya sekitar setengah jam lalu, Elfira memuat naik foto beserta kapsyen bertulis Álhamdulillah’.

Entri Elfira mengenai majlis akad nikahnya itu turut menarik perhatian sebilangan selebriti yang mengambil kesempatan mengucapkan tahniah pada pelakon itu dan suaminya.

Selain majlis akad nikah yang berlangsung itu, pasangan itu juga bakal melangsungkan lima resepsi sepanjang bulan Januari.

Majlis resepsi pasangan itu akan dilangsungkan pada setiap hujung minggu bermula minggu ini.

Dalam ruangan gambar majlis itu, ia dihujani dengan ucapan tahniah oleh barisan artis tanah air dan juga peminat di instagram miliknya itu.

 

Netizen Dakwa Pelamin Elfira Versi Bajet Murah

Namun disebalik kemeriahan majlis perkahwinan Elfira itu, ada juga peminat atau netizen yang cuba membandingkan pelamin Elfira dengan penyanyi yang mencipta nama di luar negara, iaitu Yuna.

Sumber: lubokviral.com

Sumber: lubokviral.com

Sumber: lubokviral.com

Mereka mengeluarkan pendapat masing-masing mengenai pelamin yang digunakan seperti pelamin dengan bajet yang murah.

Sumber: brad.erva-doce.info

Sumber: hindiking.download

Ada yang mengatakan bahawa pelamin yang direka persis perkahwinan Yuna yang mana berkonsepkan dalam taman tetapi masih belum boleh menjuarai konsep dan perkahwinan Yuna yang serba mewah dan indah.

Susun hias pelamin juga dikatakan banyak menggunakan bunga palsu yang agak besar dan tidak sesuai digunakan pada pelaminnya.

Selain itu, rata-rata netizen membidas Elfira kerana tidak mampu menggunakan bunga segar dalam hiasan pelaminnya sedangkan dia adalah seorang selebriti dan usahawan manakala suaminya merupakan pengurus besar.

Netizen hari ini nampaknya lebih berani mengeluarkan pendapat mereka tanpa memikirkan perasaan Elfira, keluarganya serta keluarga mentuanya itu.

Elfira punya citarasa, netizen pula yang panas.

 

Baju Pengantin Dikatakan Menyamai Watak Animasi Terkenal

Sumber: Astro Awani

Elfira memilih busana perkahwinan daripada beberapa pereka terkenal tempatan yang pernah berkerjasama dengannya sebelum ini.

Selain Rizman Ruzaini, beberapa pereka fesyen lain yang dimaksudkan pernah menghasilkan gaun perkahwinan selebriti tempatan terkenal sebelum ini seperti Anzalna Nasir, Sharnaaz Ahmad dan Stacy.

Sumber: Hangat.com

Tetapi rekaan baju Elfira juga dikritik seorang netizen menyamakan baju yang digayakan Elfira saling tidak ubah seperti watak Queen Elizabeth di dalam filem animasi Alice In The Wonderland.

Selain itu, gaya busana tersebut juga dikatakan mengikut kebaratan dan tidak sesuai digayakan dalam konteks Islam.

Dalam pujian boleh pula netizen selitkan kritikan.

 

Ada Yang Pertahan Konsep Perkahwinan Elfira

Ada juga yang mempertahankan Elfira supaya tidak menghiraukan kritikan netizen yang dianggap mulut jahat ini. Elfira perlu tempuh hari bahagia tanpa memikirkan hal-hal yang remeh temeh.

Sumber: lubokviral.com

Ada yang mengatakan Elfira mempunyai duit yang banyak dan suaminya itu juga orang yang berduit, jadi tidak kisah konsep seperti apa sekalipun kerana itu pilihan Elfira dan suami di hari bahagia mereka.

Walau apa pun, pelaminan mereka yang berdiri megah menjadi sebut-sebutan serta turut dijadikan inspirasi buat mempelai yang bakal mendirikan mahligai bahagia tahun ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Patutkah netizen mengkritik konsep perkahwinan Elfira dan suami?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN