Disebabkan timbul isu serta aduan orang ramai melibatkan salah laku polis, ramai pihak menuntut kerajaan supaya melaksana penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah laku Polis (IPCMC).

Malah, isu ini bukan isu yang baharu yang mana isu tersebut sudah dibincangkan bertahun lamanya namun sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian.

Sumber: Malaysiakini

Sehingga ada yang mendesak kerajaan untuk menyegerakan IPCMC yang mana badan tersebut akan diberi kuasa penuh untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi meningkatkan integriti mereka.

Tidak kurang dari itu, ada juga yang tidak bersetuju dengan usul tersebut memandangkan negara kita sudah banyak agensi sedia ada yang memainkan peranan dalam memastikan polis melaksanakan tugas mengikut landasan betul.

Namun, mengapa IPCMC ini masih lagi diperlukan? Adakah apa yang dilakukan oleh agensi ini masih dilihat tidak mencukupi untuk memantau salah laku polis?

 

Apa Itu IPCMC?

IPCMC adalah badan pengawasan polis yang pertama kali dicadangkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja Untuk Menambah Baik Pasukan Polis pada 2005, yang akan berfungsi sebagai organisasi pengawasan bebas dan luaran untuk menyiasat aduan terhadap anggota polis.

IPCMC juga adalah salah satu daripada 125 cadangan pembaikan pasukan polis yang dikemukakan Suruhanjaya Diraja Untuk Mempertingkatkan Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia pada tahun 2005.

Sumber: Perak Today

Penubuhan IPCMC juga merupakan usaha untuk membersihkan nama polis dan menentukan mereka juga mendapat layanan baik sebagai anggota polis dalam masa sama mereka perlu membersihkan diri.

Ia juga adalah selaras dengan Janji 20 yang digariskan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi menangani isu integriti dan menyiasat salah laku dalam kalangan anggota PDRM menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

Namun, sehingga ke hari ini pelaksanaan itu masih belum dilaksana memandangkan kerajaan perlu mendengar pandangan semua pihak sebelum membuat sebarang keputusan berhubung penubuhannya tersebut.

Kerajaan terdahulu pernah menolak pelaksanaan ini kerana wujudnya pertindihan dengan undang-undang sedia ada dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) serta Seksyen 172 (a) Akta Kanun Jenayah.

 

Sokong Tapi Perlu Jamin Hak Warga Polis

Sumber: BenarNews

Ada yang mengatakan, apabila wujudnya IPCMC ini, ianya akan melemahkan semangat anggota polis dalam melaksanakan tugas dengan baik kerana bimbang dengan fitnah dan niat jahat seseorang untuk diberi perhatian serius oleh badan tersebut walaupun menjalankan tugas berlandaskan undang-undang.

Apa yang paling digusarkan, pelaksanaan ini menyebabkan anggota polis yang menghadapi tindakan tatatertib tidak mempunyai hak untuk merayu di mahkamah.

Setakat ini, difahamkan PDRM sokong penubuhan badan pengawasan ini, namun bertegas agar jaminan hak dan kebajikan warga pasukan tidak diperjudikan serta kekal terpelihara sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

 

Cabaran Bagi PDRM Buktikan Ketelusan

Sumber: mAcronymsAndSlang.com

Tidak dinafikan, bekerja sebagai penguatkuasa ini sering dipalit dengan tuduhan rasuah, ketidaktelusan serta pelbagai salah laku yang lain hingga memburukkan nama baik PDRM.

Ada yang mengatakan setiap salah laku anggota polis ini seolah-olah tidak boleh dihukum dan kebal. Disebabkan itu ramai yang mendesak kerajaan untuk menyegerakan pelaksanaan IPCMC.

Ditambah pula dengan agensi seperti SPRM, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), jadi mengapa perlunya badan seperti IPCMC ini?

Tidak kira apa pekerjaan sekalipun, kita tidak akan terlepas daripada melakukan dalam melaksanakan tugas.

Adalah penting untuk PDRM membuktikan bahawa mereka mengamalkan prinsip integriti dan memelihara profesionalisme dalam menjalankan tugas.

 

Antara Kes Yang Dituntut Suhakam 

Kes pertama membabitkan kejadian tersebut adalah serangan ketua polis negara ketika itu, Abdul Rahim Noor yang menyebabkan mata Anwar Ibrahim lebam pada 1998.

Bukan itu sahaja, pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006 juga antara yang dituntut mereka yang mana sehingga ke hari ini, kes tersebut masih menjadi tanda tanya ramai pihak. 

Selain itu, kes penculikan pastor Raymond Koh dan aktivis Amri Che Mat masing-masing pada 2017 dan 2016 juga antara yang dituntut yang Suhakam yang mana mereka dapati  kes tersebut merupakan “kehilangan paksa” yang dilakukan oleh anggota polis.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah IPCMC ini ditubuhkan?
16 votes · 16 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN