Sebagai rakyat Malaysia, kita rasa bersyukur kerana diberikan ruang yang sewajarnya sebagai seorang umat Islam untuk melakukan ibadah fardhu solat Jumaat. Dalam masa yang sama ibadah yang dilakukan tidak menghalang kita dari melakukan tugas hakiki sebagai pekerja. Namun berbeza pula dengan nasib saudara-saudara kita di negara Singapura.

Sumber: Twitter Alid Abdul

Difahamkan, golongan pelajar dan pekerja muslim di Singapura tidak diberi kelonggaran untuk melakukan kewajipan Solat Jumaat. Faktor masa dan budaya kerja yang ketat  menyebabkan kelonggaran itu tidak diberikan.

Bagi ibu bapa, ada yang melahirkan rasa sedih kerana anak mereka yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi tidak diberi kelonggaran untuk mengerjakan solat Jumaat.

Hukum Solat Jumaat

Seperti yang kita maklum, hukum menunaikan solat Jumaat adalah wajib bagi golongan lelaki. Malah perkara ini amat ditekankan oleh Rasullullah S.A.W. Sungguhpun terdapat kelonggaran untuk mendirikan solat Jumaat, namun begitu kelonggaran tersebut hanya terpakai bagi mereka yang uzur, pitam, gila dan mereka yang terpaksa melaksanakan tugas menjaga keselamatan negara.

Dengan kewujudan masjid dan surau-surau solat Jumaat yang masih boleh diakses dengan mudah di bandaraya Singapura, ini bermakna hukum wajib solat Jumaat tetap terpakai bagi negara tersebut.

Namun begitu, memandangkan komuniti muslim merupakan masyarakat minoriti dan tidak mempunyai kuasa politik yang kuat, ia merupakan satu cabaran bagi mereka di sana.

Sumber: Channel News Asia

Ahli Parlimen Singapura Merayu

Keadaan ini sehingga seorang ahli parlimen Singapura, Zainal bin Sapari merayu kepada para majikan memberi kelonggaran kepada pekerja mereka yang muslim untuk mengerjakan solat Jumaat.

Memetik laporan klselangor.com, Zainal membuat rayuan tersebut setelah mendengar keluhan daripada golongan pekerja yang tidak dibenarkan untuk mengerjakan solat Jumaat.

Beliau menambah, kelonggaran itu bakal memberikan motivasi yang positif kepada pekerja muslim seterusnya dapat menaikkan semangat bekerja mereka. Ini memandangkan kebanyakan daripada pekerja berasa tertekan kerana gagal melaksanakan kewajipan sebagai seorang muslim, dalam masa yang sama rasa berdosa besar kerana meninggalkannya.

Malah, beliau juga memberikan solusi untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Antara cadangannya ialah menambah tempoh waktu bekerja bagi pekerja muslim lelaki pada hari Jumaat iaitu datang kerja lebih awal dan pulang lebih lewat.

Sumber: Remaja. My

Solusi ini adalah bagi memastikan mereka masih menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pekerja mengikut masa yang diperuntukkan, dalam masa yang sama mendapat kelonggaran untuk melakukan ibadah.

Ada Juga Muslim Singapura Bantah?

Malangnya, tatkala ramai umat Islam meminta kelonggaran daripada pemerintah, terdapat segelintar dari kalangan masyarakat muslim menentang idea ini. Ada yang beranggapan kononnya peruntukan masa untuk mengerjakan solat Jumaat tidak adil kepada penganut agama lain, memandangkan status Singapura sebagai negara sekular. Sungguh sedih sekiranya pendapat itu diambil kira.

Isu ini dikhabarkan mendapat reaksi yang pelbagai dalam kalangan masyarakat Singapura, malah menjadi perdebatan hangat. Sama ada kelonggaran ini akan diberikan tidaklah dapat dipastikan, memandangkan majoriti majikan merupakan golongan bukan Islam.

Sumber: Easyuni.co

Pun begitu, tidak semua majikan yang bertindak sedemikian. Ini kerana masih terdapat majikan yang memberi kelonggaran kepada umat Islam untuk mengerjakan solat Jumaat. Malah, mereka juga sangat bertimbang rasa dengan isu-isu berkaitan agama.

Semoga Allah memberi kemudahan kepada umat Islam Singapura untuk bebas melaksanakan kewajipan mereka sebagai muslim seterusnya menjadikan ia sebagai motivasi diri untuk menjadi pekerja cemerlang.

KATA ORANG

KATA ANDA

Berdasarkan isu ini, adakah anda berasakan masyarakat Islam ditindas di Singapura?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN