Sumber:Astro Awani

Nampaknya helah peguam bekas perdana menteri, Muhammad Shafee Abdullah untuk ke luar negara tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam telah menolak permohonannya untuk mendapatkan sementara pasportnya.

Alasannya, Shafee dikehendaki mengendalikan kes seorang rakyat Malaysia yang menghadapi tuduhan berkaitan dadah di mahkamah Australia.

Hadapi Pertuduhan Serius 

Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah berkata, pemohon kini sedang menghadapi empat pertuduhan termasuk dua tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM9.5 juta.

Sumber:Malaysiakini

Selain itu, Shafee turut menghadapi dua tuduhan membuat penyata tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Collin berkata surat bertarikh 13 Mei, 2019, meminta Shafee ke negara itu hanya untuk membantu kes. Dia hanya membantu kes untuk menterjemah dalam Bahasa Melayu dan dia tidak diharuskan hadir, cukup sekadar hantar wakil sahaja.

Bagaimana mungkin, hadapi pertuduhan yang serius tetapi pada masa sama kena jadi peguam untuk wakili kes lain.

Wakili anak guam hadapi pertuduhan penggubahan wang haram, peguam yang mewakili pun hadapi pertuduhan yang sama.

Shafee Berkemungkinan Lari

Mengambil maklum hujah pendakwaan dan pembelaan, Collin berkata mahkamah mempunyai rasional arahan kepada pemohon iaitu Shafee kerana kesnya ini berat dan serius.

Tambahan pula, berkemungkinan besar Shafee boleh melarikan diri ke luar negara dan tidak hadir ke mahkamah diatas pertuduhan kes yang disabitkan terhadapnya.

Rata-rata rakyat Malaysia menyatakan permohonan Shafee untuk mendapatkan pasportnya itu adalah helah dia untul lari ke luar negara tanpa disabitkan apa-apa kesalahan.

Rakyat merasakan tindakan kerajaan hari ini perlu bertindak sedemikian dengan menahan pasport mana-mana pemimpin negara sebelum ini yang melakukan jenayah yang besar.

Mereka ini tidak boleh terlepas daripada hukuman yang setimpal.

Shafee Tidak Akan Diberi Keistimewaan

Manakala, Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz, yang mengetuai pasukan pendakwaan berkenaan menyatakan tertuduh yang merujuk kepada Shafee tidak akan diberi keistimewaan walaupun dia anggota Badan Peguam Malaysia.

Dia akan diperlakukan sama seperti tertuduh yang lain. Malah, mahkamah akan bertindak adil untuk semua.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, adakah wajar pihak mahkamah menahan pasport Shafee?
10 votes · 10 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN