Tular baru-baru ini di negeri Kelantan mengenai tindakan pegawai pencegah khalwat yang tidak beretika. Kejadian berlaku di pantai Senok. Dikhabarkan, sepasang suami isteri yang sedang menikmati pemandangan di tepi pantai pada waktu petang telah ditegur oleh sekumpulan pihak berkuasa kerana disyaki sebagai pasangan yang belum berkahwin.

Sumber: Facebook Julissa Hisham II

Pegawai Tidak Beradab

Namun, mereka berdua berjaya membuktikan status perkahwinan mereka sebagai pasangan suami isteri yang sah dengan mengeluarkan kad perkahwinan serta dokumen-dokumen perkahwinan. Apa yang menjadi isu ialah cara serbuan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai tersebut yang tidak beradab. Teguran yang dilakukan secara membentak bukanlah cara yang baik menyebabkan pasangan suami isteri tersebut seakan-akan marah.

Sumber: Facebook Julissa Hisham II

Perkara tersebut menjadi semakin hangat apabila tindakan seorang pegawai pencegah khalwat yang sewenang-wenangnya merakam video meneruskan rakaman mereka walaupun pasangan tersebut terbukti tidak bersalah.

Tidak Mohon Maaf

Apa yang menjadi kehairanan ialah tidak ada permohonan maaf di kalangan pegawai pencegah khalwat atas kesilapan yang dilakukan oleh pasukan mereka. Malah, tetap ego mempertahankan apa yang dilakukan. Perkara ini sangat memalukan bagi seorang pegawai. Ditambah pula dengan nama mereka sebagai unit pencegah maksiat yang berada di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri.

Sumber: Instagram Annawi

Isu ini bukan perkara baru memandangkan banyak kes yang berkaitan serbuan khalwat tidak dilakukan mengikut kaedah yang ditetapkan. Berdasarkan aduan yang diterima, terdapat banyak salah guna kuasa dan pencerobohan di ruang peribadi yang tidak menggambarkan kaedah dan cara Islam. Tindakan anggota-anggota penyerbu juga seakan-akan seperti samseng.

Sumber: Instagram Annawi

Perlu ada Garis Panduan Yang Jelas

Seorang wanita yang pernah menjadi mangsa salah tangkapan sebanyak dua kali mempersoalkan prosedur sebenar yang perlu dilalui sebelum sesuatu tangkapan atau serbuan dibuat oleh pihak penguatkuasa. Ia susulan serbuan yang dilakukan seperti ingin merempuh masuk tanpa diberikan tempoh waktu bagi beliau untuk menutup aurat dengan sempurna.

Tindakan yang dilakukan oleh pegawai pencegah khalwat seolah-olah menimbulkan satu kemusykilan. Adakah mereka benar-benar ingin mencegah khalwat atau ingin mengambil kesempatan untuk melihat aurat peribadi seseorang?

Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

Perkara ini pernah disuarakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan tentang garis panduan operasi tangkap khalwat. Yang pertama, serbuan tidak boleh dilakukan semata-mata atas sangkaan dan laporan hanya boleh diterima daripada individu yang diyakini kebenarannya. Kedua, pihak penguatkuasa harus meminta izin dan memberi salam terlebih dahulu sebelum melakukan serbuan.

Ketiga, pihak penguatkuasa perlu memastikan pegawai yang dihantar melakukan operasi merupakan individu yang terlatih dan mempunyai ilmu pengetahuan terhadap tugasan yang dilakukan. Dan yang keempat, serbuan yang dilakukan hendaklah ada tanda-tanda jelas akan berlakunya maksiat yang mana sekiranya tidak melakukan serbuan maka akan berlaku maksiat.

Kesan Kepada Mangsa

Serbuan yang dilakukan secara serkap jarang memberi kesan psikologi kepada mangsa. Ia membuatkan mangsa berasa bengang dan sangat malu. Ada juga di kalangan mangsa berasa tertekan yang teramat sangat.

Sekiranya tangkapan yang dilakukan salah, maka pihak penguatkuasa wajar memohon maaf terhadap apa yang dilakukan. Mempertahankan tindak-tanduk yang salah akan terus mencemarkan imej penguatkuasa yang sewajarnya dihormati ditambah pula mereka merupakan sebahagian daripada unit Majlis Agama Islam Negeri.

Dalam masa yang sama suami isteri juga tidak wajar memaparkan kemesraan hubungan mereka dikhalayak ramai kerana dikhuatiri menimbulkan fitnah dan menyebabkan kes-kes salah serbuan terus berulang.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda tentang isu ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN