Dikhabarkan, terdapat aduan dari kalangan penjawat awam berkenaan sikap staf lantikan politik yang mengganggu tugas penjawat awam. Perkara ini didedahkan sendiri oleh Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Azih Muda.

Sumber: Malaysia Gazette

 

Bagi Azih, tindakan tersebut disifatkan sebagai tidak wajar kerana mencampuri urusan pekhidmatan awam. Malah, sekiranya perkara ini berterusan, dikhuatiri ia bakal menjejaskan perlaksanaan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan untuk kepentingan rakyat.

Isu berkaitan pegawai lantikan politik bukan perkara baru, kerana pernah diulas sama oleh mantan Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.

Berdasarkan laporan Malaysiakini pada 7 Mei lalu, Tun Daim mendakwa ramai penjawat awam tidak berpuas hati mengenai perlantikan staf politik oleh menteri-menteri.

Sumber: Sinar Harian

Pegawai Lantikan Politik Galas Tugas Penjawat Awam

Ini kerana penjawat awam berasa seperti tidak dipercayai ekoran tugas-tugas utama mereka untuk menguruskan kementerian kini diuruskan oleh pegawai-pegawai lantikan politik.

Apabila perkara ini terjadi, ada di kalangan penjawat awam terpaksa ‘duduk sahaja’ dari melakukan tugasan kerana peranan mereka seperti tidak lagi diperlukan.

Perkara ini sepatutnya tidak berlaku memandangkan penjawat awam mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas dalam menguruskan hal ehwal kementerian. Malah, kepercayaan seharusnya diberikan kepada mereka dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan walaupun kerajaan bertukar kerana mereka merupakan golongan pelaksana.

Sumber: Malaysiakini

Dakwaan Mahathir yang menuding jari kepada segelintir penjawat awam yang masih lagi pro kepada kerajaan lama perlu diperhalusi secara lebih mendalam. Mungkin benar dakwaan tersebut namun bilangan mereka tidaklah terlalu ramai sehingga merencatkan pengurusan di setiap kementerian.

Perkara ini tidak wajar diambil kesempatan oleh menteri-menteri untuk melantik ‘orang sendiri’ sebagai staf lantikan politik bagi menguruskan hal ehwal kementerian secara sewenang-wenangnya. Tindakan melantik pegawai lantikan politik untuk menguruskan sesuatu kementerian hanya menimbulkan masalah.

Bolehkah ‘Orang Luar’ Uruskan Kementerian?

Persoalan yang timbul ialah, bagaimana mereka hendak menguruskan kementerian sedangkan mereka adalah ‘orang luar’? Sudah pasti mereka sukar mendapat kerjasama daripada para penjawat awam disebabkan kecelaruan komunikasi dan bidang tugas.

Maka perkara utama yang perlu difahami ialah apakah fungsi utama pegawai lantikan politik? Fungsi utama lantikan politik ialah membantu menteri, bukan menjadi ketua kepada penjawat awam yang lain. Maka segala arahan penjawat awam haruslah datang daripada Ketua Setiausaha Kementerian, bukannya daripada pegawai lantikan politik.

Memetik laporan Sinar Harian, Cuepacs meletakkan harapan yang tinggi bagi memastikan staf lantikan politik tidak mengganggu dan mengambil alih tugas utama penjawat awam. Jika tidak, dasar yang diputuskan oleh kerajaan tidak akan sampai ke bawah seterusnya melambatkan lagi proses kerajaan untuk mencapai sasaran.

Sumber: Siemens Melayu Maju

Lihat Semula Selangor dan Pulau Pinang

Perlu dilihat bagaimana penjawat awam negeri di Pulau Pinang dan Selangor terus diberi kepercayaan semasa berlaku pertukaran kuasa daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Rakyat (PR) pada tahun 2008 lalu sehingga berjaya memberi impak ekonomi kepada kedua-dua kerajaan. Justeru, perkara sama perlu diaplikasikan di peringkat Persekutuan.

Dengan jumlah tenaga penjawat awam seramai 1.6 juta, barisan menteri sewajarnya membina jambatan penghubung yang baik bersama penjawat awam bagi memastikan sifat saling percaya-mempercayai dapat diterapkan.

Sekiranya tidak, episod kegagalan demi kegagalan pihak kerajaan akan berterusan dan kesalahan kerajaan lama akan terus menjadi ‘modal kempen’ bagi menutup kelemahan yang berlaku. 

KATA ORANG

="encrypted-media">

KATA ANDA

Kenapa menteri melantik pegawai lantikan politik uruskan kementerian?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN