Sumber: Harian Metro

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan tangkapan seramai 24 orang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Penangkapan seramai itu telah memberi isyarat bahawa ada yang tidak kena dengan pegawai jabatan tersebut.

Berdasarkan laporan Harian Metro, tangkapan ini telah disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi.

Beliau berkata, operasi besar-besaran di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dengan kerjasama SPRM Pulau Pinang dilakukan hasil risikan sejak beberapa bulan lalu selain mendapat maklumat orang awam.

Kutip Dari Pemilik Syarikat Lori

Pegawai JPJ yang ditangkap disyaki mengutip wang rasuah daripada pemilik syarikat lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya lori yang membawa lebih muatan di Pulau Pinang. Selain pegawai JPJ, beberapa orang lain turut ditangkap, disyaki tonto, proksi dan pemilik syarikat.

Berdasarkan sumber, kumpulan lori yang dilindungi ini dibekalkan dengan pelekat khas disediakan tonto supaya mampu dikenal pasti oleh JPJ, sekaligus kebal daripada tindakan penguatkuasa.

Terima Sogokan Lumayan Setiap Bulan

Malah, kebanyakan daripada mereka menerima bayaran yang agak lumayan iaitu antara RM10,000 hingga RM32,000 setiap bulan sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap pemandu lori. Ternyata jumlah sogokan sangat besar, empat hingga tujuh kali ganda lebih besar dari gaji mereka.

Masalah korupsi dalam kalangan aggota JPJ bukan perkara baru. Ia sering terjadi pada setiap tahun. Sekiranya seorang dua yang ditangkap ia merupakan angka yang munasabah. Tetapi jumlah yang terlibat kali ini sangat besar, melebihi 30 orang.

Sumber: Malaysian Update

Jelas, tangkapan seramai ini memberi persepsi negatif masyarakat kepada JPJ. Mereka seolah-olah, sudah tidak ada kewarasan untuk memikirkan kesan dan akibat yang bakal berlaku.Begitu juga dengan sumber pendapatan yang sudah semestinya haram.

Guna Duit Untuk Hiburan Pegawai Kanan JPJ

Mereka menggunakan wang tersebut untuk kegunaan pegawai kanan JPJ berhibur selain digunakan untuk keperluan peribadi. Bukan itu sahaja, mereka juga bersikap tidak bertanggungjawab dengan mendedahkan maklumat operasi JPJ.

Jelas tindakan seperti ini tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi melibatkan pembocoran maklumat operasi, kerana ia melibatkan keselamatan. Jika rahsia sekecil ini pun mereka mampu bocorkan, apatah lagi rahsia-rahsia rasmi kerajaan, sudah tentu boleh dijual dengan harga lumayan bukan?

Timbul persoalan, apakah penguatkuasa kerajaan hari ini bermasalah? Tidak adakah unit integriti JPJ bagi memastikan pegawai mereka tidak melakukan salah laku? Ini kerana jumlah tangkapan tersebut sangat ramai, dijangka seramai 50 orang lagi pegawai JPJ akan ditangkap. Jelas, perkara ini sangat serius dan perlu diberi perhatian.

Sumber: Utusan

Apa yang pasti, unit integriti JPJ bagi setiap negeri sudah lama diwujudkan. Bagi Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Datuk Ismail Mohd. Zawawi, turut mengesahkan kewujudan unit integriti.  Dalam masa yang sama JPJ turut mempunyai pegawai penyelia yang memantau pegawai serta unit kaunseling yang berperanan memberi nasihat kepada anggota yang bermasalah.

Pegawai JPJ Pulau Pinang Bermasalah

Sungguhpun terdapat unit integriti mahupun kaunseling, yang jelas, kebanyakan pegawai JPJ di Pulau Pinang sememangnya bermasalah. Sekiranya mereka tidak berminat melaksanakan tugas yang diberikan, lepaskan sahaja jawatan, berikan kepada orang lain yang memerlukan.

Hari ini, ramai lagi anak muda yang sedang mencari pekerjaan dan mampu menggalas tugas JPJ dengan lebih amanah.

 

Pada pandangan anda, faktor apakah yang menyebabkan anggota JPJ terima rasuah?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN