Ungkapan ‘pedofilia’ atau jenayah melibatkan kecenderungan dan keinginan seksual terhadap kanak-kanak bukan satu isu asing di dalam negara kita.

Bahkan sebelum ini, banyak sahaja laporan serta kes-kes yang melibatkan pedofilia di dalam negara kita hingga ke tahap yang lebih teruk termasuk pornografi, menyentuh buah dada dan kemaluan serta melakukan seks oral terhadap mangsa.

Sumber: Utusan Online

Dan yang terbaru, kejadian sama berlaku di Seremban yang mana seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban atas pertuduhan menunjukkan kemaluannya kepada seorang kanak-kanak perempuan, bulan lalu.

Tertuduh yang sudah berkahwin dan dikenali sebagai Ismail Shansuddin, dikatakan melakukan seksual bukan fizikal terhadap kanak-kanak berusia lapan tahun lima bulan dengan cara menunjukkan kemaluan.

Apa yang mengejutkan, perbuatan tersebut dilakukan di kawasan Tanah Perkuburan Islam Jelai 2 (F), Gemas, Tampin, kira-kira 7 malam, 10 Januari lalu.

Perbuatan tertuduh itu bagaimanapun menjadi bualan netizen di media sosial yang rata-rata di antara mereka mengecam teruk tindakan tersebut sebagai jijik dan memalukan!

Apa Itu Pedofilia?

Mungkin ada di antara kita yang keliru akan maksud pedofilia ini.

Jika seseorang itu dilihat sangat mesra bersama kanak-kanak, adakah perlakuannya itu boleh dikategorikan sebagai pedofilia?

Sumber: mStar

Mengikut tafsiran, pedofilia dijelaskan sebagai keinginan seseorang untuk memenuhi nafsu seksual dengan melibatkan kanak-kanak baik lelaki mahupun perempuan.

Malah, mengikut seorang pakar seksologi di University of Toronto, Dr. Ray Blanchard berpendapat bahawa pedofilia adalah satu orientasi seksual di mana seseorang itu mempunyai nafsu seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur 13 tahun.

Bagaimanapun, mereka ini sukar dikesan kerana kelihatan normal dan sangat mesra dengan kanak-kanak.

Sumber: https://says.com

Apa yang pastinya, sekiranya seseorang itu hanya mempunyai keinginan seksual terhadap kanak-kanak, walaupun tanpa menyentuh mereka, dia masih dianggap sebagai pedofilia.

Tagih Tonton Pornografi Dorong Seseorang Menjadi Pedofilia

Ketagihan menonton pornografi atau laman-laman lucah di internet, menjadi salah satu punca utama seseorang itu terdorong untuk melakukan jenayah pedofilia terhadap kanak-kanak.

Maka, tidak hairanlah minda mereka akan dikuasai dengan seksual sekaligus mendorong mereka untuk melakukan jenayah itu kepada anak kecil.

Apa yang penting, pelaku sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini tanpa mempedulikan nilai-nilai agama asal dapat memenuhi kehendak nafsunya.

Kesan Terhadap Kanak-Kanak

Kanak-kanak lelaki mahupun perempuan yang menjadi mangsa serangan seksual, mungkin akan mengalami trauma seumur hidup mereka.

Sumber: Hello Doktor

Malah, kesan yang dialami mereka itu akan menyebabkan mereka berasa takut, kemurungan, kebimbangan, masalah pemakanan serta tidak mempunyai keyakinan diri berbanding dengan kanak-kanak yang pastinya memberikan impak besar dalam kehidupannya.

Oleh sebab itu, ibu bapa perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak melakukan perkara yang boleh menarik perhatian pedofilia terutama sekali di laman sosial.

Langkah Yang Boleh Diambil Ibu-Bapa Bagi Elak Jenayah Pedofilia:

Sumber: https://says.com

1) Tidak memuat turun gambar anak-anak tidak berpakaian atau berpakaian tidak sopan sama ada anak lelaki mahupun perempuan

2) Jangan sesekali memberitahu atau berkongsi lokasi sekolah atau kawasan beradanya anak anda di laman sosial

3) Latih anak-anak untuk tidak membenarkan sesiapa sahaja menyentuh kemaluannya

4) Pakaikan anak-anak pakaian yang tidak begitu menonjol dan sopan

5) Berikan perhatian sekiranya anak-anak tidak berasa selesa, takut atau menjadi murung apabila mendekati seseorang 

6) Jangan membiarkan anak-anak terutama yang berumur 13 tahun ke bawah pergi kemana-mana keseorangan diri tanpa pengawasan orang dewasa yang dipercayai

7) Jangan membiasakan anak-anak untuk duduk di atas riba sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi seorang lelaki 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah kerajaan perlu memperbanyakkan kempen kesedaran mengenai jenayah pedofilia ini kepada masyarakat?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN