Negara pernah dikejutkan  dengan kisah penangkapan Richard Huckle yang mengaku melakukan jenayah ke atas 200 orang kanak-kanak termasuk serangan seksual ke atas 23 orang mangsa di Kuala Lumpur.

Sumber: The Star

Huckle berselindung di sebalik topeng kemesraannya dengan kanak-kanak dan orang kampung. Dia menjadi guru Bahasa Inggeris kepada kanak-kanak dan jurugambar di sekitar kawasan tersebut dengan percuma.

Sumber: Viral Purba

Kelakuan jijiknya tidak dapat dikesan sesiapa sehinggalah polis Australia mula menyiasat kes ini.

Pada Jun 2016, Hakim Peter Rook yang membacakan keputusan, mengarahkan Huckle menjalani 22 hukuman penjara seumur hidup secara serentak selepas mengaku bersalah merogol 22 kanak-kanak.

Rebah Di Tangan Banduan UK

Huckle ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di dalam kurungannya di penjara Full Sutton, East Yorkshire, England, pada Ahad.

Seorang banduan telah ditahan oleh pihak polis dalam siasatan kes pembunuhan.

Memetik Portal berita The Sun sumber melaporkan: “Kelihatan Huckle seperti ditikam dengan pisau buatan sendiri. Belum pasti sama ada senjata itu sudah ditemui.”

Kematian Huckle berpunca daripada tikaman yang menyebabkannya maut di dalam sel, apa-apa pun biarkan pihak berkuasa jalankan siasatan dan tangkap pembunuhnya itu.

“Memang Patut Dibunuh”

Berhubung berita kematian Huckle, rata-rata rakyat Malaysia berasa ia satu tindakan yang patut dibuat kerana kekejaman Huckle terhadap mangsa-mangsanya yang pernah didera sebelum ini.

Bayangkan bayi berusi enam bulan antara mangsa pedofilia dan sanggup dia memperlakukan perkara yang jijik itu.

Hukuman seumur hidup itu bagi mereka suDah mencukupi namun kematiannya dianggap sebagai satu ‘kebebasan’ kepada mangsa-mangsanya.

Huckle Pengguna Tegar Laman Web Pedofilia

Memetik blog mqayyum.wordpress.com, penahanan salah seorang pelanggan Azov Films yang menetap di Queensland, Australia membuka satu realiti baru terhadap pihak polis.

Sumber: Higher Learning

Laman web gelap tersebut mempunyai kod operasinya tersendiri, pengguna senior menjadi pentadbir laman web dan memantau interaksi antara pengguna-pengguna yang lain bagi memastikan tidak ada pihak polis yang sedang menyamar.

Setiap pengguna mesti memuatnaik sekurang-kurangnya satu bahan pedofilia baru setiap bulan ataupun akaun pengguna mereka akan dibuang.

Sumber: Kent Live

Salah seorang daripada pengguna tegar laman web tersebut adalah Huckle. Dia kerap memuatnaikkan bahan-bahan baru ke laman web tersebut, interaksi Huckle dalam laman web tersebut menunjukkannya berbangga dengan hasil kerjanya serta merendah-rendahkan pengguna-pengguna lain.

Laman web tersebut menyediakan manual setebal 180 muka surat bagi membantu para pengguna mengelak daripada dikesan polis. Huckle sendiri menghasilkan tulisan setebal 60 muka surat bertajuk, “Paedophiles and Poverty: Child Lover Guides”.

Video Dera Lebih 20,000

Lebih kejam lagi, Huckle dilaporkan menghantar gambar budak lelaki dan perempuan yang didera di laman web True Love Zone (TLZ), dengan mangsa termuda dipercayai berusia enam bulan.

Huckle mengaku kesalahannya kepada ibu bapanya itu dan menelefon pihak polis untuk menangkap anaknya.

Dari satu ‘hard disk’ dan satu laptop tu saja mereka jumpa berpuluh ribu gambar dan video. Terdapat dua lagi ‘hard disk’ yang tidak dibenarkan buka oleh Huckle. jSetakat yang diketahui, jumlah bahan deraan yang disimpannya dan mangsa terlibat ialah 200 orang dan berkemungkinan lebih pada itu. 

Jumlah sebenar bahan yang ditemui ialah 20,253.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah kes kematian Huckle perlu disiasat?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN