Tular di media sosial berkenaan dengan gambar sebuah kereta jenama Honda Civic Type R yang mempunyai pelekat Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di badan kereta tersebut.
Hal itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi hasil daripada penularan gambar terbabit.
Adakah pihak PDRM akan menggantikan Helang Lebuh Raya mereka iaitu Mitsubishi Lancer Evolution X dengan model yang lebih mantap iaitu Honda Civic Type R?
Untuk Pandu Uji Sahaja
Jangan salah faham ya, sebenarnya kereta Honda civic itu hanya digunakan oleh pihak PDRM untuk dipandu uji sahaja.
Perkara ini telah disahkan oleh Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman, Datuk Seri Tajudin Md Isa dan kereta tersebut diberikan untuk tujuan penilaian teknikal bagi melihat kesesuaian kegunaannya.
Selain itu, syarikat kenderaan berkenaan memberikan tempoh selama tiga hingga enam bulan bagi melihat kemampuan daripada segi teknikal untuk kesesuaian penggunaan oleh pasukan PDRM dan selepas tamat tempoh,kereta berkenaan akan diserahkan semula kepada syarikat tanpa sebarang kos.
Peningkatan Sistem Kawalan Jenayah
Dahulu PDRM memperkenalkan kereta peronda yang menggunakan model Mitsubishi Lancer Evolution X yang diberi nama Helang Lebuh Raya.
Jika PDRM bersetuju dan berpuas hati untuk menggunakan Honda Civic Type R, pasti satu penambahbaikkan dari pihak PDRM dalam meningkatkan sistem kawalan jenayah di Malaysia.
Tugas kereta peronda sebelum ini digunakan untuk tugas-tugas khas seperti menumpaskan penjenayah yang melarikan diri dengan memandu laju di jalan raya.
Di malaysia masih ada lagi kereta peronda dan ianya perlu diganti dengan kereta bersesuaian serta tahan lasak bagi menandingi kenderaan yang digunakan oleh penjenayah.
Selain itu, kereta-kereta yang berkuasa tinggi ini perlu digunakan di kawasan-kawasan yang kritikal supaya polis dapat mengambil tindakan cepat bagi mengendalikan laporan kecemasan.
KATA ORANG
PDRM dah start pakai kereta honda civic. Rasanya aku dah leh pakai helmet kot.
— ᵉˣᶜᵘˢᵉME💨 (@LanWarna_Warni) February 20, 2019
Wah. Kereta baru utk PDRM itu Honda Civic Type R cantiknya.😍😍!!. https://t.co/gQGQfNqNcS
— Ahmad Termizi Bin Omar (@TermiziOmar) February 20, 2019
Berapakah bajet diperuntukkan untuk kereta Honda Civic Type-R jika digunakan sebagai kereta rasmi PDRM menggantikan Evo X pic.twitter.com/I9duzxN5Cx
— Twt Bajet (@twt_bajet) February 20, 2019
PDRM ada kenderaan baru. Honda civic. Lepasni hati2 memandu ye semua. pic.twitter.com/E2WDP4L78R
— xmirxl (@xmirxlxshrxf) February 20, 2019