Pawagam Odeon yang terletak di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi telah beroperasi selama 83 tahun sejak dibuka secara rasmi pada 6 Ogos 1936. Ia pasti menggamit nostalgia kepada mereka yang sempat merasai pengalaman menonton filem di pawagam ini.

sumber: says

Sumber daripada Harian Metro menyatakan ketika zaman kegemilangan pawagam ini, ia dipilih sebagai lokasi utama untuk orang ramai menonton filem Bukit Kepong pada 1981 yang dikatakan filem Melayu paling mahal ketika itu.

Namun, bangunan yang menyimpan seribu satu kenangan ini dikatakan bakal dirobohkan bagi tujuan pembangunan oleh pihak pemaju.

 

Hanya Tinggal Kenangan

Sebelum ini, bangunan ikonik di Kuala Lumpur yang turut dirobohkan bagi tujuan projek pembinaan seperti Penjara Pudu dan juga pusat membeli belah Ampang Park.

Kini, sudah tiba giliran untuk Pawagam Odeon pula dirobohkan dan bakal digantikan dengan pembinaan servis apartmen dan juga bangunan perniagaan bertingkat.

sumber: malaysiakini

Sumber yang diperolehi daripada media, melalui laman web pemaju tersebut, tapak projek berkenaan akan dibangunkan dua blok apartmen dan juga lot komersial dengan keluasan pembinaan 450 hingga 850 kaki persegi.

Dalam masa yang sama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikatakan telah meluluskan usul projek baru itu dan sedang dalam proses mengeluarkan ‘development order’.

 

Belum Diputuskan Lagi Untuk Dirobohkan

Khabar untuk merobohkan Pawagam Odeon itu masih belum diketahui bila kerana jurucakap syarikat Titijaya Land Bhd yang merupakan pemaju di situ berkata projek tersebut masih di peringkat perancangan.

Pihak pemaju juga mengatakan bahawa maklumat berkenaan cadangan merobohkan bangunan Pawagam Odeon itu sebagai tidak tepat. Menerusi sumber daripada Malaysiakini, pihak pemaju masih belum memutuskan komponen pembangunan yang akan dilibatkan.

Selain itu juga, pihak pemaju menjelaskan bahawa projek Odean tidak akan dilancarkan dalam tahun kewangan berakhir tahun ini serta mereka juga tidak menerima arahan daripada pihak atasan untuk merobohkan bangunan tersebut.

 

Sejarahnya Dengan Tragedi 13 Mei 1969

Sedang sibuk membaca khabar berita tentang bangunan Pawagam Odeon akan diroboh, terselit suatu kisah di mana pawagam ini pernah diserang ketika tragedi berdarah 13 Mei 1969. Ramai yang telah terbunuh ketika berada di dalam pawagam tersebut.

Dikatakan ketika kejadian tersebut berlaku, Pawagam Odeon telah diserang oleh pemuda-pemuda cina dari kongsi gelap dengan bertindak mengepung bangunan tersebut. Beberapa iklan telah disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam di mana meminta penonton dari kalangan kaum cina untuk keluar dari pawagam tersebut.

Selain itu, sumber yang diperolehi daripada laman soscili, guru silat Jalan Ipoh yang telah menceritakan pengalamannya ketika 13 mei 1969, di mana orang melayu ramai terperangkap di dalam panggung wayang dan diserang perusuh.

 

Merupakan Khazanah Tidak Ternilai

Presiden Badan Warisan Malaysia, Elizabeth Cardosa telah menyuarakan pendapatnya bahawa bangunan baru itu nanti perlu mengekalkan ciri dan karakter yang terdapat pada bangunan tersebut walaupun ada keperluan untuk merobohkannya.

sumber: darurat

Beliau juga berpendapat bahawa bangunan tersebut adalah khazanah yang tidak ternilai bagi negara dan juga merupakan lambang ibu kota Kuala Lumpur suatu ketika dahulu. Bukan itu sahaja, pawagam tersebut telah diklasifikasikan sebagai kategori dua dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020.

Walaupun begitu, turut memberi penjelasan ialah Datuk Bandar Kuala Lumpur, Nor Hisham Ahmad Dahlan, beliau mengatakan bahawa bangunan baharu itu nanti akan mengekalkan beberapa ciri-ciri seni bina lama dalam reka bentuk baharu pembinaan tersebut.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN