Isu kemasukan pelajar bukan bumiputera ke universiti awam merupakan isu yang berterusan dan tiada penyelesaian.

Bukan sahaja dikalangan ahli parlimen malah rakyat Malaysia sendiri samada bumiputera mahupun bukan bumiputera turut tertanya-tanya apakah penyelesaian yang akan dibuat oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi.

Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa akan mempertimbangkan isu tersebut namun menerima tentangan ramai terutamanya dikalangan ahli kabinet malah kerabat di-Raja sekali.

Pengarah Komunikasi PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil mengatakan bahawa tidak ada keperluan buat masa ini untuk membuka ‘pintu’ UiTM kepada pelajar bukan bumiputera.

Selain itu, kemasukan UiTM yang hanya dibuka kepada pelajar bumiputera sahaja merupakan undang-undang yang sudah termaktub didalam perlembagaan persekutuan.

Sumber : Pena Dari Tanah Melayu

Pada tahun 2013, isu tentang kemasukan pelajar bukan bumiputera pernah diutarakan oleh pembantu kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd. Daud.

Namun tuntutan tersebut disanggah sekerasnya termasuk Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad yang mengatakan bahawa UiTM tidak mungkin dibuka kepada kaum lain kerana institusi itu merupakan salah satu keistimewaan orang Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 153.

Keistimewaan yang diberikan kepada pelajar bumiputera ini tidak harus dipertikaikan kerana masih banyak lagi universiti-universiti awam yang menerima kemasukan daripada pelajar bukan bumiputera.

 

Belum Mampu Bersaing

 Terlalu banyak isu yang didebatkan terutamanya pihak yang menuntut hak bukan bumiputera untuk belajar di UiTM.

Ada juga yang menimbulkan spekulasi dengan menyatakan bahawa kaum bumiputera takut untuk menerima tuntutan tersebut kerana  tidak mampu untuk bersaing dengan pelajar bukan bumiputera.

Kenyataan ini tidak relevan kerana kita boleh lihat bukan hanya di peringkat Universiti malah diperingkat sekolah lagi pelajar-pelajar bumiputera mampu bersaing dan mencapai kejayaan yang setara atau lebih daripada pelajar bukan bumiputera. Seperti tiga pelajar melayu yang memenangi Pertandingan Pembangunan Sumber Manusia Untuk Tenaga Nuklear yang diadakan di Gyeongju, Korea Selatan.

 

Isu Yuran Murah

Sumber : Utusan Online

Tidak dapat dinafikan bahawa yuran yang dikenakan kepada pelajar-pelajar UiTM adalah lebih murah berbanding dengan universiti-universiti awam yang lain.

Subsidi yang diterima setiap pelajar yang didanakan oleh kerajaan semestinya dapat meringankan beban pelajar terutamanya bagi pelajar yang kurang berkemampuan.

Seterusnya ia membuka peluang bagi pelajar yang kurang berkemampuan untuk belajar di peringkat yang lebih tinggi tanpa perlu untuk membuat sebarang pinjaman pendidikan.

 Mungkin kerana yuran pengajian yang murah menyebabkan pelajar-pelajar bukan bumiputera turut mengimpikan peluang yang sama.

Lebih-lebih lagi dengan cabaran kehidupan zaman serba canggih ini, pastinya peluang melanjutkan pelajaran diperingkat Universiti dengan yuran yang tidak membebankan boleh membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

 

Tak Selari Dengan Matlamat Negara Majmuk

Malaysia yang terkenal dengan imej negara yang berbilang kaum tidak selari dengan matlamat UiTM yang hanya menerima kemasukan untuk pelajar Melayu.

Kenyataan yang dibuat Pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Muzaffar Syah Mallow melalui satu artikel yang ditulis beliau menegaskan sudah sampai masa semua institusi pengajian tinggi atau universiti dalam negara dibuka untuk semua kaum bagi membenarkan persaingan sihat dan mengukuhkan semangat keharmonian kaum.

Selain itu, ada yang berpendapat bahawa tuntutan pembukaan UiTM untuk kaum bukan bumiputera boleh meningkatkan kesedaran pelajar tentang budaya agama dan bangsa lain selain mengembangkan perspektif pelajar dalam melihat sesuatu perkara.

Namun begitu, dalam memupuk semangat perpaduan antara rakyat ianya perlu dipupuk sejak dari bangku sekolah dan bukan hanya diperingkat pendidikan yang lebih tinggi. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, perlukah UiTM membuka kemasukan bagi pelajar bukan bumiputera?
13 votes · 13 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN