3 September lalu, sejarah Malaysia telah tercipta di negeri Terengganu apabila dua pasangan lesbian masing-masing berusia 22 dan 32 tahun menjalani hukuman enam kali sebatan bagi setiap pesalah di dalam kamar 2 Mahkamah Tinggi Syariah, Kompleks Jabatan Kehakiman Syariah, Jalan Sultan Mohammad.

Sumber: Oh Bulan

Hukuman itu adalah berikutan pasangan ini didakwa cuba melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Square, Dungun, jam 1.50 tengah hari 8 April lalu.

Hukuman yang dijalankan secara terbuka itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail; Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd dan Hakim Kanan Syarie Terengganu, Rosdi Harun, turut dihadiri kira-kira 100 individu lain yang dibenarkan masuk ke kamar perbicaraan.

Mengikut undang-undang syariah, hukuman itu adalah berbentuk pengajaran dan bukannya untuk mencederakan. Namun, yang menjadi pertikaian ramai netizen adalah perlaksanaannya yang dilakukan di khalayak ramai.

Adakah Ini Satu Tindakan Yang Betul?

Kebanyakkan netizen menganggap hukuman sebat di depan khalayak ramai sesuatu yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah si pesalah. Walaubagaimanapun, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang berpendapat, hukuman sebat syariah masih melindungi maruah pesalah dengan membenarkan mereka memakai pakaian dan menutup keseluruhan aurat baik lelaki atau wanita.

Katanya, ia membuktikan kepada masyarakat yang mempertikaikan hukuman tersebut bahawa Islam dan syariah menyantuni setiap insan walaupun mereka melakukan kesalahan. Berbeza dengan sebatan sivil dan barat, pesalah akan ditelanjangkan serta hanya bahagian kemaluan sahaja ditutup dengan kain atau cawat.

Sumber: Siasah Politik

Selain itu, Pakatan Harapan (PH) Terengganu turut tidak membantah hukuman sebat di khalayak umum.Pengerusinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad berkata pelaksanaan hukuman tersebut mengikut undang-undang Mahkamah Syariah Terengganu dan pelaksanaannya pun bukan di tempat terbuka seperti tengah padang.Lain pula pendapat Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang tidak bersetuju hukuman sebatan terhadap pasangan lesbian tersebut. Katanya, terdapat cara lain bagi menangani masalah berkaitan kumpulan lebian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Menurutnya, walaupun hukuman tersebut termaktub dalam undang-undang, pelaksanaan hukuman sebatan di khalayak ramai tidak wajar dilakukan. Jelasnya, belas kasihan itu lebih baik dari hukuman.Bagi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa pula, aspek kehadiran orang awam sewaktu proses sebatan pesalah undang-undang syariah perlu dilihat semula.Pengajaran kepada pesalah. Pihak berkuasa Terengganu serius melaksanakan undang-undang membendung amalan LGBT di negara ini dengan hukuman sebat yang dikenakan tersebut.

Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, hukuman tersebut diharap dapat menjadi titik tolak dan mesej kepada mereka diluar sana bahawa amalan LGBT serta pergaulan bebas adalah tidak wajar dilakukan.Mereka diluar sana seharusnya mengambil pengajaran dan menginsafi hukuman yang dikenakan terhadap pasangan tersebut.

Dalam pada masa sama, Hakim Syarie Kamarulazmi Ismail turut memberi peringatan supaya tidak menganggap wanita yang bersalah ini hina, buruk dan jelik kerana mereka menunjukkan tanda telah insaf dan sedar atas kesilapan apabila mereka bersedia menerima hukuman.Proses hukuman sebat syariah

Sumber: My Adha

Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.Hukuman dijalankan oleh dua orang tukang sebat wanita yang bertauliah dari Penjara Kajang, Selangor.

Dalam pelaksanaan hukuman itu, pesalah didudukkan di atas kerusi dan disebat menggunakan rotan

KATA ORANG

Fetch Tweets: Invalid or expired token. Code: 89

KATA ANDA

Patut pesalah LGBT dihukum sebat di khalayak ramai?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN