Semalam, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dikatakan sedang mempertimbang untuk menggubal undang-undang bagi menghukum pengendali portal berita dan media sosial yang membiarkan pandangan berbaur hasutan serta sensitif di ruangan komen masing-masing.

Sumber: Free Malaysia Today

Cadangan tersebut diperuntukkan kepada pihak pengendali portal dan media sosial seperti Facebook yang mana mereka perlu bertanggungjawab terhadap komen yang ditinggalkan pada kandungan berita yang mereka paparkan itu. 

Tambah beliau, sekiranya pengendali portal tidak memantau komen seperti itu, ia boleh menyebabkan kemarahan orang ramai dan akan menimbulkan masalah yang lebih besar.

Hingga ke hari ini, cadangan itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial dengan ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang membantahnya.

 

Portal Berita Tidak Patut Dipersalahkan Bagi Setiap Komen Netizen

Dalam isu ini, sebahagian besar netizen mempertikai cadangan tersebut sebagai tidak wajar untuk menghukum mana-mana portal berita sekiranya netizen bertindak untuk mengeluarkan komen serta pandangan yang negatif.

Sumber: Ohsemput

Memang tidak dinafikan, penggunaan media sosial pada hari ini sememangnya memberi impak positif dan negatif terhadap interaksi sosial dalam kalangan masyarakat itu. 

Baik berita dari dalam mahupun luar negara, setiap netizen pasti tidak mahu ketinggalan untuk meninggalkan komen mereka berdasarkan tajuk berita yang dikongsikan itu.

Lebih-lebih lagi apabila sesuatu tajuk berita itu kelihatan sedikit “sensasi”, laju sahaja mereka meninggalkan komen yang membina dan tidak kurang juga yang mempunyai unsur sindiran hingga menyelit sensitiviti perkauman, agama dan institusi diraja. 

Sumber: MiLo SuaM

Namun, apabila melihat semula kebebasan media yang dikecapi hari ini, tidak wajar sekiranya sekiranya hendak menyalahkan portal berita atau media sosial itu sendiri terhadap setiap komen yang diutarakan netizen. 

Lebih-lebih lagi, bagi portal berita. Tugas mereka hanyalah menyampaikan maklumat kepada masyarakat berdasarkan apa yang diperkatakan oleh individu atau maklumat yang mereka perolehi. 

Jadi, segala komen yang ditinggalkan netizen baik yang mempunyai unsur negatif atau berbaur hasutan, individu tersebut perlu bertanggungjawab terhadap komen mereka dan bukan menyalahkan sesuatu portal berita dan juga media sosial itu. 

 

Kebebasan Bersuara Rakyat Telah Disekat

Sumber: Malaysia Dateline

Dalam isu ini, sebahagian netizen menyifatkan cadangan tersebut sebagai menyekat hak rakyat untuk bersuara terhadap sesuatu isu. 

Walhal, di dalam Perlembagaan Persekutuan, Artikel 9 (1) menyatakan bahawa setiap rakyat Malaysia mempunyai hak kebebasan untuk bersuara akan tetapi mempunyai had tertentu.

Ini bermaksud rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berkempen, menggunakan media sosial bagi meluahkan perasaan dan pendapat.

Namun haruslah diingat, ia juga punya had dan kita tidak boleh menggunakan media sosial dengan sebebas-bebasnya.

Apa yang pasti, segala apa yang kita hendak laporkan atau perkatakan dalam media sosial itu perlulah dilakukan secara berhemah tanpa mengaitkan sensitiviti agama, kaum serta hasutan. 

Sumber: Utusan Online

Mungkin, apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan pada ketika ini adalah dengan cara memperbanyakkan kempen mendidik masyarakat mengenai etika penggunaan media sosial. 

Sekiranya mereka masih cenderung untuk mengeluarkan komen berbaur hasutan dan sensitif, maka hukuman perlu dikenakan ke atas individu terbabit. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, patutkah portal berita yang dipersalahkan terhadap segala komen negatif yang dilontar setiap netizen di media sosial?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN