Sumber: video.wapraz.me

Seluruh rakyat Malaysia hari ini meratapi pemergian wira negara Muhammad Adib Mohd Kassim yang disahkan meninggal dunia semalam pada jam 9.41 malam (17 Disember 2018) di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin di IJN.

Sumber: Oh Bulan

Pada 26 November lepas, Adib telah diserang dan dibelasah kumpulan perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya ketika dia dan pasukannya tiba untuk memadamkan kebakaran pada kereta di kawasan tersebut. Insiden itu menyebabkannya mengalami kecederaan patah tulang rusuk dan beberapa kecederaan dalaman.

 

Hampir 1,000 Sambut Jenazah Adib

Helikopter yang membawa jenazah Adib selamat mendarat di padang Sekolah Kebangsaan Tebengau, di Kuala Kedah, pada pukul 10.29 pagi.

Sumber: Berita Harian

Dianggarkan kira-kira 1,000 penduduk tempatan dan orang ramai yang menunggu sejak pukul 8 pagi Selasa di dalam dan luar kawasan sekolah itu, menyaksikan ‘kepulangan’ Adib.

Jenazah ditemani ibu, bapa dan tunangnya diterbangkan dari Pangkalan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Subang, Selangor pada 7.55 pagi tadi.

Sebaik tiba, jenazah kemudian dibawa masuk ke dalam van jenazah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terus dibawa ke kediaman ibu bapanya di Kampung Tebengau yang terletak kira-kira satu kilometer dari sekolah itu.

Jenazahnya diuruskan mengikut istiadat kebombaan dengan seramai 200 anggota dan pegawai berpakaian uniform JBPM lengkap bersongkok mengiringi sehingga ke rumah ibu bapanya untuk penghormatan terakhir.

Sumber: Berita Harian

Jenazah dikebumikan selepas waktu zohor di tanah perkuburan Masjid As-Saadah, di Alor Setar, yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah keluarga Allahyarham.

 

Rakyat Terus Desak Menteri Perpaduan Letak Jawatan

Sumber: Utusan Online

Disebalik rakyat Malaysia meratapi pemergian Adib, Menteri Perpaduan P. Waytha Moorthy terus didesak rakyat untuk beliau melepaskan jawatan bagi bertanggungjawab atas sentimen perkauman yang berlaku di negara ini dan bertanggungjawab atas kematian Adib.

Ini berikutan mereka melihat beliau sebagai menteri perpaduan gagal memainkan peranan dalam isu rusuhan kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya tempoh hari.

Laman sosial Wayta juga dibanjiri dengan desakan tersebut dan EXCO Selangor, Ganabatirau Veraman juga mahu dipecat serta merta.

Sumber: Lobak Merah

Status Facebook dimuat naik Waytha awal pagi tadi yang ditujukan khas buat arwah Muhammad Adib menaikkan lagi kemarahan rakyat yang menganggap Waytha seorang yang hipokrit.

Bukan setakat status panjang ni yang buat rakyat bengang, tapi tindakan Waytha tukar gambar profile kepada gambar Adib pun dianggap kurang ajar.

Selain itu, ada antara mereka yang menyifatkan beliau gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Atas kenyataan itu jugalah rakyat tidak boleh terima dengan nama jawatannya.

Bagi mereka, apa yang dilakukannya bukan ke arah perpaduan sebaliknya perpecahan.

 

Petisyen Lucut Jawatan Waytha peroleh 199,046 Tandatangan

Petisyen menuntut perlucutan jawatan Waytha Moorty sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Senator memperoleh 199,046 tandatangan setakat pukul 11.30 pagi tadi.

Petisyen tersebut dilancarkan pada 17 November lalu oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS) menerusi tandatangan atas talian Change.Org.

Sumber: Astro Awani

Waytha menjadi tumpuan apabila video wawancara beliau dengan televisyen luar negara mendakwa Malaysia melakukan pelanggaran hak asasi manusia termasuk mendiskriminasi hak kaum India menjadi tular di media sosial.

Dalam wawancara itu, Waytha mendakwa kononnya masyarakat India di Malaysia didiskriminasi di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

Video wawancara itu didakwa dibuat selepas demonstrasi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) pada November 2007 di mana ratusan penunjuk perasaan ditahan.

Sumber: Astro Awani

Waytha juga menjadi tumpuan kerana merupakan menteri bertanggungjawab meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang telah menimbulkan polemik dan mendapat tentangan oleh pelbagai pihak.

Sejak semalam, desakan supaya Wayhta meletak jawatan semakin tinggi dalam kalangan warganet selepas anggota bomba Adib menjadi mangsa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman sehingga meninggal dunia semalam.

Ramai berpendapat, Waytha sebagai menteri bertanggungjawab kepada perpaduan nasional gagal membantu meredakan keadaan rusuhan pada waktu itu.

 

Wayhta ‘Deactive’ akaun Facebook

Ketika ini, difahamkan Facebook Waytha mungkin sudah dinyah aktifkan tetapi rakyat tetap bersuara di semua platform media sosial dan mendesak beliau dan Ganabatirau meletak jawatan kerana menjadi punca rusuhan itu berlaku sekaligus menyebabkan kematian Adib.

 

Rakyat Mahu Wan Azizah Kotakan Janji Tuntut Pembelaan Kematian Adib

Sumber: FB Wan Azizah

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut berjanji keadilan untuk anggota Bomba, Adib akan terbela.

Beliau turut merasa hiba atas kematian Adib yang sebelum ini parah dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman.

Pada masa yang sama, Wan Azizah juga mengingatkan semua rakyat Malaysia agar tetap tenang dan tidak bertindak dengan emosi.

Bagaimanapun, rata-rata rakyat Malaysia mahu janji yang dibuat oleh Wan Azizah ini dikotakan sepenuhnya dan kematian Adib menemui keadilan buat arwah dan juga seluruh keluarganya.

Mereka juga mahu penjenayah terbabit akan segera dibawa ke muka pengadilan dan dihukum sekeras-kerasnya.

Rakyat mahu dengan kemampuan pihak Polis DiRaja Malaysia(PDRM) dan Jabatan Peguam Negara akan dapat menyempurnakan siasatan terhadap kes ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda , patutkah Wayhta melepaskan jawatannya kali ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN