Sumber: The Malaysian Insight

Kemelut isu tulisan jawi rancak kembali. Kali ini terdapat usaha oleh beberapa pihak untuk melarang produk-produk bukan islam dari menggunakan tulisan jawi.

Memetik laporan Sinar Harian, Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia (MCED) telah menggesa pihak kerajaan untuk membawa akta khas ke Parlimen bagi melarang penggunaan tulisan jawi pada pembungkusan produk bukan islam.

Banyak Produk Mencurigakan Guna Tulisan Jawi

Menurut Presiden MCED, Datuk Nazilah Idris, langkah ini perlu dilakukan bagi memastikan tulisan jawi tidak disalah guna untuk mengelirukan pengguna terhadap status halal sesuatu produk. Tambahan pula, penggunaan tulisan jawi pernah disalah guna pada produk-produk yang meragukan bagi menyucikan kandungan yang tidak halal.

Sumber: Sinar Harian

Rata-rata pengguna media sosial menyambut baik cadangan yang dikemukakan. Ia berikutan banyak produk yang mencurigakan mengguna tulisan jawi sebagai langkah untuk mengaburi mata pengguna dengan harga yang murah. Disebabkan harga yang murah, sudah pasti ramai pengguna memilih produk tersebut tanpa memeriksa status halal produk yang dipasarkan.

Prosedur Permohonan Status Halal Tidak Mudah

Ini kerana, untuk memohon status halal bagi sebarang produk yang dihasilkan oleh bukan muslim bukan suatu tugas yang mudah. Mereka perlu mengikuti prosedur, penilaian, pemantauan dan piawaian yang ditetapkan oleh  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kegagalan mematuhi piawaian yang ditetapkan akan menyebabkan status halal produk tidak dapat diberikan, malah ada yang ditarik balik. Sudah tentu ia memakan kos dan waktu yang lama untuk permohonan semula.

Sumber: Sinar Harian

Bagi pengguna media sosial facebook, Mujahidah Harapan, bukan tulisan jawi sahaja yang menjadi isu, tetapi, gambar-gambar masjid, sejadah dan gambar orang berdoa pada produk makanan yang tidak halal atau tidak mengikut spesifikasi halal yang digariskan oleh JAKIM wajar dipertimbangkan sekali. Cadangan ini bernas dan wajar disokong oleh semua pihak.

Pengguna Media Sosial Salah Tafsir

Malangnya, isu ini dilihat dengan tafsiran berbeza oleh kebanyakan pengguna media sosial yang lain. Ada yang mahukan segala jenis produk yang dihasilkan oleh syarikat milik bukan muslim tidak lagi menggunakan tulisan jawi pada produk yang dihasilkan. Sebaliknya, menggunakan tulisan rumi agar senang untuk orang Melayu mengetahui produk mana yang dihasilkan oleh syarikat bukan muslim.

Hal ini berlaku ekoran sentimen kemarahan mereka terhadap masyarakat bukan muslim yang masih belum reda.  Sebelum ini, pertubuhan pendidikan Cina (Dong Zong) membantah keras pengenalan tulisan jawi dalam silibus pendidikan Bahasa Melayu di sekolah. Bahkan ia turut disokong oleh akar umbi DAP dan ali dewan undangan negeri (ADUN) bukan islam.

Bagi warga maya, kalau hal-hal berkaitan ekonomi, tidak pula masyarakat bukan muslim membantah, malah menggunakannya lagi. Kalau berkaitan dengan pendidikan dilarang pula kononnya terdapat usaha islamisasi dalam pendidikan.

Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk keuntungan semata-mata. Sekiranya ia memberi keuntungan maka dibiarkan sekiranya tidak maka akan dibantah keras.

Sumber: Mohd Supian Ayub

Terdapat Pasar Raya Diboikot

Dalam pada itu tular di media sosial sebuah pasar raya Jerantut diboikot penduduk setempat. Ia berikutan kemarahan orang ramai terhadap sekumpulan masyarakat Cina yang membuat bantahan beberapa hari yang lalu ekoran isu pengenalan tulisan Jawi dalam silibus pendidikan Bahasa Melayu di sekolah.

Difahamkan pasar raya yang sebelum ini menjadi tumpuan orang ramai kelihatan lengang berbanding biasa. Ia disahkan oleh seorang pengguna media sosial facebook bernama Mohd Supian Ayub. Bagi beliau, kemarahan masyarakat setempat yang majoritinya Melayu sudah memuncak ekoran isu tulisan jawi.

Sumber: Muhammad Hakim Al-Hashimi

Nampaknya kemelut tulisan jawi sudah menjadi isu yang berpanjangan. Tidak dapat dipastikan apa pula isu yang akan dibangkitkan mengenai tulisan jawi selepas ini. Kegagalan pihak kerajaan meredakan kemelut tulisan jawi dikhuatiri akan menjadi ‘api dalam sekam’ yang seterusnya mencetuskan perbalahan demi perbalahan dalam kalangan rakyat Malaysia.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah cadangan yang dikemukakan?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN