Serbuan demi serbuan dilakukan tetapi Pasar Borong Selayang masih lagi dimonopoli oleh penjaja warga asing.

Mereka ini difahamkan tidak serik dengan operasi yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Malah lebih berani membuka gerai di tepi jalan di Pasar Borong Selayang tanpa permit yang sah.

Lari Dan Tinggalkan Barang Jualan

Sumber:Kosmo

Situasi inilah yang akan berlaku apabila mereka menyedari anggota penguat kuasa melakukan serbuan.

Mereka akan melarikan diri supaya tidak ditahan oleh pihak berkuasa dan sanggup membiarkan barang jualan diambil oleh pihak berkuasa.

Sumber:Berita Harian

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menjalankan Operasi Bersepadu Penjaja Warga Asing baru-baru ini bagi mengesan penjaja warga asing yang berniaga di sekitar kawasan pasar borong ini.

Operasi bermula 9 malam, beberapa gerai buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan ditutup selain barang jualan turut dirampas selepas didapati tidak memiliki permit.

Gerai Disita Dan Ditutup

Timbalan Yang DiPertua MPS Datuk Dr Juhari Ahmad berkata, pemeriksaan dilakukan di deretan gerai berkenaan mendapati ia beroperasi tanpa permit.

Sumber:Harian Metro

Juhari berkata, tapak gerai itu dipercayai dijaga penjaja warga asing yang beroperasi secara haram.

Malah, beberapa peniaga mencetuskan provokasi dengan mendakwa mereka ada surat kebenaran untuk berniaga di lokasi itu namun pemeriksaan mendapati mereka tiada permit.

Tidak Terkesan 

Sejak awal tahun lagi, beberapa kali serbuan telah dilakukan oleh pihak berkuasa, namun peniaga warga asing dari Myanmar, Kemboja dan Bangladesh memang tidak terkesan dengan serbuan yang dibuat, malah ada yang masih terus berniaga secara haram.

Boleh dikatakan kebal jugalah warga asing ini, mereka langsung tidak takut dengan pihak berkuasa yang melakukan operasi.

Permintaan Tinggi Dari Pembeli Tempatan

Rasanya yang membuatkan mereka ini kebal daripada pihak berkuasa adalah kerana mendapat permintaan yang tinggi dari pembeli warga tempatan.

Sumber:Majalah Niaga

Hal ini kerana barangan yang dijual terutama bahan mentah sangat murah berbanding di tempat lain. Malah pembeli boleh menawarkan harga yang lebih murah jika membuat pembelian yang banyak.

Kebanyakkan mereka yang membeli barang dariwarga asing adalah di kalangan peniaga kedai makan. Mereka akan dapat murah dan bahan mentah yang dijual pula adalah elok dan tidak busuk.

Kalau ada cacat sikit pun, pasti akan dapat harga yang lagi murah. Jadi tidak hairanlah mereka ini bermaharajalela di pasar-pasar sekitar kawasan Selayang.

Lebih Kurang 300 Kedai Dimonopoli Warga Asing

Menurut laporan media yang melakukan tinjauan, dianggarkan terdapat lebih 300 gerai dibuka warga asing.

Bukan saja menjalankan perniagaan menjual sayur-sayuran dan buah-buahan, sebaliknya turut menjual pakaian, barang mainan, perkakas dapur, makanan siap masak selain barangan mentah.

Sumber:Utusan Online

Kebanyakan warga asing ini berniaga tanpa lesen sah dan berani berbuat demikian susulan kehadiran mereka yang ramai.

Mereka akan lari bersembunyi meninggalkan gerai apabila mengesan kehadiran pihak berkuasa yang membuat operasi dan menyambung semula perniagaan selepas tamat operasi.

Dan itulah yang akan dilakukan sampai bila-bila. Tetapi sampai bila pihak berkuasa hanya lakukan serbuan begini? Adakah bermusim sahaja? Tiada tindakan tegas dibuat?

3.3 Juta Penduduk Malaysia Dari warga Asing

Dilaporkan pada tahun 2017, penduduk Malaysia dianggar berjumlah 32 juta dengan 28.7 juta adalah warganegara manakala selebihnya bukan warganegara.

Menurut kenyataan Jabatan Statistik, secara keseluruhan, jumlah penduduk negara ini bertambah 1.3 peratus berbanding 31.6 juta pada tahun lalu.

Manakala, menurut Kementerian Sumber Manusia pada tahun 2018, dianggarkan terdapat 6.7 juta pekerja asing di negara ini, dan 2.1 juta daripadanya adalah warga asing yang mempunyai permit kerja manakala selebihnya adalah ‘imigran haram’.

Trend kemasukan warga asing perlu ditangani segera oleh pihak kerajaan. Jangan biarkan sektor pekerjaan di negara kita ditawan mereka begitu sahaja.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN