Hubungan mesra diantara pemimpin Pas dan Umno bukan lagi menjadi rahsia, malah kemesraan itu telah dihebahkan kepada umum apabila kedua-dua parti berkenaan kini bergabung bagi menentang kerajaan dibawah Pakatan Harapan (PH).

Sumber:FMT

Pas Bantu Umno Dalam Setiap PRK

Rakyat memerhati setelah beberapa kali percubaan kerjasama dilakukan termasuk di Sungai Kandis dan Seri Setia sebelum ini. Malah di Cameron Highlands kesepaduan yang lebih jelas dapat dilihat.

Kini, ia semakin jelas apabila Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan bahawa partinya dan Umno telah mencapai persetujuan untuk saling membantu dalam mana-mana pilihan raya kecil (PRK) sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Sumber:Astro Awani

Katanya, pertolongan serta sokongan kuat akan diberikan jika Pas meletakkan calon di mana-mana PRK dan begitu juga perkara sama akan dilakukan Umno.

Dengan mengambil kira isu melibatkan kepentingan Islam dan Melayu sama ada di Parlimen atau negeri, kedua-dua parti ini bersetuju untuk terus bersatu sehingga empat tahun lagi.

Cubit Peha Kiri, Peha Kanan Terasa

Minggu lalu, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary dihalau keluar oleh Timbalan Yang di-Pertua Datuk Rashid Hasnon dari Sidang Dewan Rakyat.

Sumber: Kinitv

Hal ini kerana Ahmad mengeluarkan perkataan ‘pondan’ kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Berikutan itu, semua Ahli Parlimen pembangkang Pas dan Umno BN turut keluar dari dewan.

Pemimpin Pas itu menegaskan bahawa ini soldariti yang Pas dan Umno tunjukkan. Cubit peha kiri, peha kanan terasa.

Tuan Ibrahim berkata demikian semasa ceramah sempena PRK DUN Rantau di Kampung Linsum di Rantau bar-baru ini.

Sumber:Kosmo

Ia bukan lagi kerjasama yang sembunyi-sembunyi. Kedua-dua parti politik senior Melayu ini terang-terangan bergerak bersama sejak PRK diadakan dibawah pemerintahan kerajaan PH.

Dan tidak mustahil PRK DUN Rantau kali ini, Pas akan memastikan calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menang besar di kawasan tersebut.

Pas ‘Langgar’ Amanat Allahyarham Tok Guru Nik Aziz

Sumber:tumpang sekole…?

Sejak pengabungan Pas dan Umno ini, rata-rata rakyat Malaysia yang majoritinya ahli Pas kesal dengan tindakan pemimpin-pemimpin yang ada pada hari ini dan mereka seolah-olah telah ‘melanggar’ pesan yang dititipkan oleh Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pendirian tegas Allahyarham sebelum menghebuskan nafasnya pada tahun 2015 ialah Allahyarham tidak akan sesekali membenarkan Pas bergabung dengan UMNO.

Malah, difahamkan tiada sesiapa dalam kalangan Pas berani untuk menyuarakan pandangan itu ketika itu.

Namun, kerjasama itu sudah dipertontonkan oleh rakyat secara umum dan gabungan itu nampaknya jelas ‘melanggar’ apa yang ditegaskan sebelum ini.

Rakyat Dakwa Pas Bersekongkol Lindungi Najib

Kenyataan jelas yang dibuat beberapa pemimpin Pas sebelum ini bahawa mereka menyokong Umno adalah punca kenapa Pas sangat berdiam diri soal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan, rasuah, salahgunakuasa dan sebagainya.

Sumber:Malaysiakini
Sumber:Malaysiakini
Sumber:Malaysiakini

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah Pas bergabung dengan Umno semata-mata untuk jatuhkan kerajaan PH?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN