Tindakan Ketua Dewan Ulama Pas Pahang Mokhtar Senik memberi amaran untuk menganjurkan sembahyang hajat bagi menghalang Presiden Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menduduki kerusi Perdana Menteri adalah dilihat sebagai tidak wajar.
Tujuan utama solat hajat itu adalah untuk mendoakan agar Anwar “tak sampai ke kerusi yang diimpikan”. Dia merujuk jawatan perdana menteri menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Ke-8.
Bukan untuk memihak kepada sesiapa, tetapi dalam konteks Islam sendiri, kita sebagai manusia sepatutnya mendoakan kesejahteraan orang lain, permudahkan urusan mereka supaya kelak Tuhan membalas kebaikan kita.
Pas Seperti Cacing Kepanasan
Nampaknya Pas serta ahli-ahlinya kini tidak senang duduk dengan pembongkaran demi pembongkaran didedahkan kepada rakyat.
Isu Pas terima dana RM90 juta daripada Umno kini menemui jalan akhir bahawa dakwaan itu adalah benar selama ini.
Anwar dalam ceramahnya di Semenyih baru-baru ini hanya mendedahkan sedikit sahaja mengenai dakwaan bahawa Pas membayar Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown sejumlah besar wang.
Presiden Pas, Datuk Seri Haji Hadi Awang terpaksa bayar RM1.4 juta kepada Clare, kenapa harus terus berbohong?
Hari ini dokumen bukti itu telah didedahkan kepada umum di media massa dan juga elektronik, kebenaran itu sudah terbongkar.
Mokhtar Dakwa Anwar ‘Mengamuk’ Kepada Pas Tanpa Sebab
Nampaknya Pas semakin hebat menyerang Anwar kononnya mendakwa Anwar dalang terhadap usaha dalam memulakan undi tidak percaya kepada Mahathir.
Ia dinyatakan oleh Ketua Pemuda Pas Muhammad Khalil Abdul Hadi sendiri pada 23 Februari lepas. Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan tersebut.
Tetapi Mokhtar pula menyatakan kehairanannya terhadap Anwar yang menurutnya “mengamuk terhadap jiran yang tidak pernah menyentuhnya”.
Katanya ini kerana perbalahan dalam parti gabungan sendiri, Anwar tidak sepatutnya mengamuk kepada Pas yang tidak ada kena mengena dalam hal tersebut.
Mokhtar menyatakan Anwar semakin tertekan kerana tempoh untuk beliau dilantik menjadi perdana menteri ke-8 sudah hampir tetapi tiada apa-apa usaha peralihan kuasa itu dibuat.
Katanya, pimpinan parti PH sendiri yang cuba menghalang Anwar dilantik.
Rakyat Minta Pemimpin Pas Lebih Sopan Dalam Percakapan
Kelantangan pemimpin Pas dalam mengkritik kerajaan termasuk pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan dilihat lebih pedas dan agak kasar dalam percakapan mereka.
Tidak salah untuk bersuara kerana kerajaan hari ini pun menggalakkan mereka bersuara untuk apa sahaja isu tetapi jika adab percakapan sesama manusia tidak dijaga, menyakitkan hati, boleh jatuh berdosa.
Isu rakyat sepatutnya diutamakan, bukannya menutup pekong masing-masing supaya dilihat baik oleh rakyat. Jangan lupa rakyat memerhati apa yang berlaku hari ini.
KATA ORANG
Supporters diaorg ni x kisah la ustaz2 PAS tu tipu ke. Yesterday before SR reveal the bukti PAS bayar 1.4juta, sorang Ustaz ni dah melatah ckp Anwar tipu and threatened nak buat solat hajat doa supaya Anwar tak dpt jadi PM. Hahahaha
— adim kodim (@hazimshafii) March 1, 2019
Mokhtar Senik ugut nak buat solat hajat untuk halang Anwar...rasanya lagi elok kalau dia buat solat hajat lembutkan hati SPRM tak panggil dia dgn kawan2 dia 🤣
— Hou Chin Soon™ (@hcsoon) February 28, 2019
Masing2 pak-pak lebai ni berebut-rebut nak buat kerja Tuhan.
@SubkyLatif_HD @harakahdailyHD
— Emer (@emerhafiz) March 1, 2019
Ayat Allah milik Allah. Solat Hajat milik Allah. Semoga jemaah tuan mampu melihat apa yg diperlihatkan Tuhan mereka. Ehsan & balasan Allah tak mengenal yg berjubah yg telanjanghttps://t.co/24WzEA5y7M
PAS buat solat hajat supaya anwar x naik jdi PM.
— haXfmXfh (@alif_haidar) March 1, 2019
alih2 bukti pembayaran SR plak kua..
“Kun fayakun”
bile Allah menghendaki sesuatu pasti akan terjadi..
yg paling pening Azmin la, nk rosakan DSAI gune PAS bwk jmp Tun. Alih2 Isu 90J plak kua.