Dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) lalu, kita sudah menyaksikan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) banyak memberikan laluan kepada Barisan Nasional (BN) untuk meletakkan calon untuk bertanding.
Kini dalam PRK Cameron Highlands juga PAS berbuat demikian untuk BN mempertahankan kerusi Cameron Highlands yang sebelum ini diwakili oleh MIC. Untuk rekod pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu, PAS turut meletakkan calonnya di kerusi berkenaan.
Lupakan Dendam Demi Islam
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyeru kepada semua penyokong dan anggota PAS agar melupakan persengketaan PAS-UMNO yang telah lama berlaku serta menggunakan pertimbangan rasional dengan mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada hujung minggu ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah bersama PAS dan UMNO di Dataran Sungai Koyan yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, selain 500 penyokong PAS serta BN. Nik Mohammad Abduh berkata demikian sejurus selepas pemimpin tertinggi PAS menyatakan sokongan padu kepada calon BN.
Nik Mohammad Abduh turut berkata, sekarang mereka sedang berhadapan dengan kerajaan yang teruk dari BN dan mengatakan bahawa mereka mahukan suasana baru dalam politik Malaysia. Beliau juga mahukan PAS dan UMNO berjaya untuk bersatu atas nama agama dan negara untuk mengambil semula Putrajaya yang sudah dirosakkan oleh kerajaan PH.
PAS yakin bahawa dengan kebijaksanaan ahli dan penyokong dalam membuat pilihan dalam mengundi calon yang dirasakan terbaik serta mereka sudah kenal siapa musuh dan siapa yang boleh dijadikan kawan dalam memperjuangkan agama Islam.
Beliau berkata demikian sambil memberi contoh video yang tular di media sosial menunjukkan Ketua Hakim Negara Richard Malanjum, Peguam Negara Tommy Thomas dan aktivis, Siti Kassim menari dalam satu upacara makan malam tempoh hari.
Nik Abduh berkata, seseorang hakim tak boleh menari di khalayak ramai kerana melanggar tatasusila jawatan yang sangat dihormati ramai
Peluang BN Untuk Menang Cerah
Peluang Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sabtu ini dilihat positif.
Pemangku Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata setakat kempen yang sudah memasuki minggu kedua, calon mereka mendapat sokongan yang baik. Beliau berkata demikian kerana amat yakin dengan calon mereka, Ramli Mohd Nor yang merupakan anak tempatan dalam kalangan masyarakat Orang Asli di sana.
Beliau juga merasakan bahawa calon mereka boleh menang kerana mendapat sokongan yang sangat baik daripada penduduk di Cameron highland. Mohamad dijangka berada di Cameron Highlands dan Sungai Koyan sehingga petang Jumaat ini bagi membantu perjalanan kempen BN.
PRK Cameron Highlands bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara calon BN Ramli Mohd Nor, M Managoran dari PH, dan dua calon bebas iaitu Salehuddin Abd Talib dan Wong Seng Yee.
KATA ORANG
Pergabungan Parti Melayu Islam iaitu PAS dan UMNO adalah satu Rahmat untuk Perpaduan UMMAH setelah sekian lama.Tetapi ada yang takut dan benci melihat orang Melayu Islam Bersatu.Adakah mereka takut melihat Umat Melayu Islam bersatu hati?
— mohd asri zulkifli (@asri88) January 23, 2019
Pas sudah jadi parti murahan, hanyut tanpa pedoman. Kata berjuang Islam tapi tak bertanding dan sokong umno. pic.twitter.com/mPUrcjKuji
— Haji [email protected] (@HajiMat5) January 22, 2019
Dan sekarang UMNO dan PAS pakai sentiment perpaduaan. Hopefully people do not forget about 1MDB TH Felda Mara YAPIEM effects to bring those to justice https://t.co/0PmA80jEHb
— Ameen Nasir (@AmeenNasir15) January 22, 2019
Demi kepentingan Islam dan penduduk majoriti, Melayu. PAS dan Umno ketepikan perbezaan politik. .
— Usrah Gabungan 2 (@UsrahGabungan2) January 21, 2019
InsyaAllah, tsunami Islam akan membadai Malaysia PRU 15#IslamMemimpin pic.twitter.com/TybfqACSt2