Akhbar Harakah dikatakan cuba ‘lari’ daripada membayar sejumlah hutang sebuah syarikat pencetakan yang dikatakan mencecah jutaan ringgit.

Sumber:fodsemalaysia.blogspot.com

Pada hujung tahun 2017, seorang peguam bernama Zul Hazmi Shariff menerusi Facebooknya pernah mengeluarkan bukti akhbar lidah rasmi Pas itu berhutang lebih RM2.4juta.

Ramai mendakwa Pas liat untuk membayar hutang berkenaan dan sehingga kini hutang berkenaan belum lagi dijelaskan.

Pas Mengaku Berhutang

Susulan isu berkenaan, Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata dakwaan mengatakan Harakah sengaja lari daripada syarikat pencetak berkenaan, ia tidak benar sama sekali.

Sumber: ISMAWeb

Tetapi pemimpin Pas itu mengakui menanggung hutang tertunggak dengan sebuah syarikat pencetak.

Namun, Pas menyatakan mereka mempunyai sebab tertentu kenapa hutang itu masih belum dijelaskan.

Mungkin sudah tiba masanya Pas membuat kutipan tin milo untuk membayar hutang yang tertunggak itu, bukan sedikit jumlahnya. Kesian syarikat pencetakan yang terpaksa menanggung kerugian.

“Boikot Non-Muslim, Tapi Guna Syarikat Cina”

Apa yang menjadi perdebatan netizen adalah dikhabarkan Harakah menggunakan khidmat pencetakan akhbarnya dengan syarikat bukan Islam.

Isu ini timbul apabila ada pihak mendakwa bahawa Harakah kini dicetak oleh syarikat bukan milik bumiputera selepas ia gagal melunaskan hutang dengan syarikat pencetak lama.

Sumber: FB Malaysiakini

Pas sekarang ini dilihat sangat giat dalam kempen mengajak orang Melayu memboikot produk bukan Melayu atau bukan Muslim yang digerakkan oleh beberapa pihak, termasuk kumpulan yang cenderung menyokong Pas.

Rata-rata netizen beranggapan Pas ini cakap tidak serupa bikin, ajak orang ramai boikot produk bukan Melayu tetapi Pas sendiri yang menyokong orang bukan Islam.

Walaupun Takiyudin tidak mendedahkan syarikat pencetakan yang baharu itu, namun rakyat sebenarnya sudah boleh hidu permainan Pas ini.

“Hutang Wajib Dibayar Walau Tidak Dituntut”

Mengikut sebuah hadis Nabi S.A.W. bahawa orang yang mati dalam keadaan masih menanggung hutang, maka rohnya tidak akan sampai naik ke langit, ia hanya akan terapung-apung di antara langit dan bumi, sedangkan roh orang mukmin yang lain dapat naik ke langit untuk kembali ke tempat asalnya.

Sumber: FB Malaysiakini

Itu antara hadis yang diberikan netizen berhubung soal hutang. Pas umum tahu akan menggunakan pelbagai dalil untuk menentang pihak lawannya. Namun, kali ini netizen pula mengeluarkan dalil.

Sumber: FB Malaysiakini

Mereka mendesak Pas menjelaskan hutang yang tertunggak itu dan menyatakan bahawa hutang wajib dibayar walau tidak dituntut. Pas seharusnya tahu hukum orang yang sengaja tidak membayar hutang.

Sumber: FB Malaysiakini

Itu antara pandangan netizen berhubung isu ini, diharap permasalahan ini segera diselesaikan dengan baik dan tidak timbul fitnah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN