Makin hari makin ramai orang yang beragama Islam mula mempraktikan sambutan parti bujang kononya bertujuan untuk meraikan hari-hari bujang seseorang sebelum bernikah. Apabila sambutan ini mula tular dan dilakukan oleh artis-artis dan selebriti tanah air terutamanya, mulalah ia menjadi ikutan dan diamalkan oleh orang ramai.

Sumber : Pilihan Raya Malaysia

Yang menyedihkan apabila, sambutan parti bujang ini disambut dengan berpakaian  mengairahkan seperti pakaian ‘malam pertama’ dan diselangi dengan kek-kek dan hiasan berunsur lucah seolah-olah seks bukanlah perkara yang perlu disorok.

Sumber : Pilihan Raya Malaysia

Seperti yang kita sedia maklum, perihal batin iaitu merujuk kepada hubungan seksual antara suami dan isteri bukanlah topik yang boleh dibicarakan secara umum dan ditayangkan kepada orang ramai. Yang dibolehkan hanyalah jika terdapat kesulitan mahupun masalah dan itu hanyalah boleh dirujuk kepada doktor untuk tujuan penyembuhan.

Lihat saja isu yang tular baru-baru ini tentang sambutan parti bujang Nelydia Senrose yang disambut ala-ala ‘mat saleh’. Dengan bentuk kek yang diperbuat meyerupai alat sulit lelaki dan wanita berunsur lucah.

Tidak salah jika anda ingin mengadakan majlis  seseorang, namun jika anda merupakan seorang muslim, biarlah sambutan tersebut bertepatan dengan akidah dan syariah kita.

Cara yang terbaik bagi mengelak sebarang fitnah adalah dengan tidak menayang mahupun menceritakan kepada orang lain melalui media sosial.

Namun begitu, sudah menjadi trend kehidupan di zaman moden ini untuk menceritakan setiap apa yang kita lakukan kepada umum. Demi mengejar populariti dan meningkatkan publisiti diri, seseorang itu akan bertindak tanpa mengira baik dan buruk ataupun kesan jangka panjang perbuatan yang dilakukan tersebut. 

 

Tak Suka Dilihat Sebagai Objek Seks

Ramai wanita tidak suka jika lelaki memandang mereka sebagai objek seks semata-mata dan sering mengambil kesempatan dengan kelemahan mereka. Namun, jika dilihat dengan peribadi dan tingkah laku wanita muslim terutamanya pada zaman millennial ini, kita sendiri yang seperti mencari penyakit dan meletakkan harga diri kita di tahap yang rendah.

Lihat saja perilaku dan tingkah wanita-wanita sekarang, dengan cara gaya hidup sosial yang semakin jauh dari ‘malunya seorang wanita’.

Kita tidak lagi teragak-agak untuk bergaul dengan lelaki, malah ada yang terlalu terbuka sehingga cerita peribadi pun tanpa segan silu dicanang merata-rata.

Dimanakah hilangnya adab,sopan dan pekerti seorang wanita zaman sekarang? Adakah kerana zaman makin maju dan kita pun perlu jadi terbuka sehingga begitu?

Siapa yang hendak dipersalahkan jika benar ramai lelaki sekarang hanya memandang wanita sebelah mata dan mudahnya mempermainkan wanita dan menjadikan kita hanya sebagai tempat mereka memuaskan nafsu semata-mata? Tanyalah diri anda sendiri, sejauh mana kita menjaga adab dan pekerti diri.

 

Salah Kita Atau Taktik Yahudi Menyesatkan Umat Islam?

Benarkah dakwaan sesetengah pihak bahawa masyarakat di zaman moden mudah terpengaruh dengan amalan-amalan yahudi dimana ianya secara tidak langsung mengubah pemikiran dan gaya hidup seseorang. Yang membimbangkan, sesetengah amalan yang dilakukan itu bercanggah dengan agama dan tuntuan agama.

Sungguh menyedihkan apabila melihat aksi-aksi yang kurang senonoh oleh wanita-wanita Islam kita dan menjadi tontonan lelaki yang bukan muhrim dan banyak lagi orang ramai. Selain menjadi bahan ketawa, mereka juga turut menjadi ‘modal’ untuk lelaki-lelaki yang tidak bertanggungjawab sebagai bahan untuk melakukan maksiat. 

 

Bukan Budaya Malaysia

Jika dilihat dari perspektif yang lebih asas, di Malaysia kita dikelilingi oleh rakyat berbilang kaum dan agama. Masyarakat Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan pelbagai lagi agama yang menjadikan Malaysia terkenal dengan identiti negara majmuk. 

Dalam kita menjalani kehidupan yang serba moden setiap agama-agama ini juga turut menerapkan amalan dan budaya yang tersendiri dan mewajibkan setiap penganut mereka untuk menjaga tingkah laku dan sentiasa berperibadi elok.

Pastinya, masalah-masalah sosial yang dihadapi di zaman ini seperti seks sebelum berkahwin, terlibat dengan dadah dan arak serta pelbagai masalah sosial lain ditentang oleh semua agama-agama ini.

Jadi, adakah parti bujang bertemakan lucah ini boleh dikaitkan sebagai punca berlakunya peningkatan masalah sosial di kalangan anak muda berbilang agama?

Tidak salah untuk anda menyambut dan meraikan seseorang, namun semuanya ada batas dan tidak perlulah untuk terlalu mengikut trend sehinggakan maruah diri dan nama baik keluarga dicalar sebegitu rupa.

Setiap tindakan yang kita ingin lakukan pastinya akan ada kesannya dikemudian hari samada baik ataupun buruk. Jadi, fikirlah sehabis baik sebelum anda ingin berbuat sesuatu yang mungkin akan anda kesali.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, patutkah sambutan parti bujang ini diamalkan di Malaysia?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN