Bagi umat Islam, memasuki bulan Ramadhan Al-Mubarak tentunya merupakan medan ibadah yang dinanti-nantikan. Mana tidaknya, dalam bulan yang penuh barakah inilah hanya terdapatnya ibadah solat sunat tarawih.

Sumber: Oh Media

Ada yang melakukan 20 rakaat, ada yang melakukan 8 rakaat dan ada juga yang melakukan hanya beberapa rakaat memandangkan ianya hanyalah solat sunat dan bergantung kepada keupayaan seseorang.

Namun kebiasaannya, ramai yang akan melakukan 8 rakaat sebagai cukup syarat.

Kenderaan Dihalang Punca Utama

Malangnya, perkara yang sering menjadi masalah ialah kesukaran mengeluarkan kenderaan. Bagi jemaah yang keluar awal khususnya yang menunaikan solat sunat terawih 8 rakaat, mereka mengalami kesukaran mengeluarkan kenderaan memandangkan banyak kereta yang parkir rapat, malah ada juga yang tersekat disebabkan kenderaan lain yang parkir menutupi kenderaan mereka.

Lebih-lebih lagi bagi jemaah 8 rakaat yang parkir di barisan hadapan memandangkan datang awal ke masjid. Bagi masjid-masjid di kawasan desa mungkin pelik sekiranya mendengar parkir khas disediakan berdasarkan jumlah rakaat, memandangkan mereka tidak pernah merasai masalah parkir seperti di masjid-masjid utama di kawasan bandar.

Sumber: Wikipedia

Solusi Dilakukan Masjid Wilayah Persekutuan

Bagi masjid di kawasan bandar-bandar utama, idea tersebut merupakan suatu yang menarik. Disebabkan permasalahan itu, Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta, telah mengambil inisiatif dengan membahagikan kawasan parkir jemaah mengikut rakaat yang mereka akan lakukan.

Bagi jemaah yang melakukan 20 rakaat, kawasan parkir khas untuk mereka disediakan di kawasan parkir paling hadapan, berdekatan dengan pintu masuk masjid, memandangkan jumlah jemaah 20 rakaat yang tidak begitu ramai. Manakala bagi jemaah yang melakukan 8 rakaat pula, disediakan kawasan parkir yang agak jauh dari pintu masjid, memandangkan jumlah mereka yang ramai.

Sumber: Facebook Habib Al-Ajmi Mohamad

Mungkin ada yang beranggapan pengkelasan parkir seperti ini tidak wajar dan seakan mendiskriminasi jemaah lain berdasarkan ibadah yang dilakukan. Malah, disebabkan parkir 8 rakaat yang jauh berbanding jemaah 20 rakaat menyebabkan ada yang mengeluh.

Situasi Menang-Menang

Yang pasti, ini merupakan salah satu solusi terbaik yang dilakukan oleh pihak pengurusan masjid bagi memastikan kelancaran trafik dan bertindak adil kepada semua pihak.

Dalam masa yang sama ia juga merupakan satu mesej kepada jemaah untuk meningkatkan amal ibadah dengan melaksanakan 20 rakaat solat sunat tarawih. Apa pun, tidak ada paksaan dalam beribadah.

Bagi warga maya, ramai yang bersetuju dengan kaedah pengkelasan sebegini. Ia memudahkan mereka untuk keluar lebih awal berbanding jemaah lain. Kalau ada yang sukar untuk dapatkan parkir, lakukan sahaja 20 rakaat, sudah tentu parkir terjamin.

Sumber: Ikar

Mengurang Kesesakan

Langkah ini dijangka akan mengelakkan kes-kes kenderaan terhalang oleh kenderaan lain khususnya bagi mereka yang melakukan 20 rakaat disebabkan ketiadaan parkir khas sebelum ini.

Yang pasti, dalam mengejar pahala beribadah dan berhubungan dengan maha pencipta, hubungan sesama manusia juga perlu dijaga. Justeru, kewujudan parkir 8 rakaat dan 20 rakaat adalah solusi terbaik.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah cadangan ini bernas?
7 votes · 7 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN