Memang patut Kementerian Kesihatan kuatkuasakan zon larangan merokok di tempat awam kerana ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan orang lain, ditambah bau busuk rokok dari perokok, malah ia juga dapat membuat perokok jaga adab di tempat awam juga.

Sumber: Real Merah

Baru-baru ini kecoh apabila tular gambar menunjukkan perbuatan seorang penonton yang selamba melanggar peraturan ketika menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukti Jalil, malam Sabtu lalu (1 Disember 2018).

Penonton tersebut menjadi perhatian selepas dikesan menghisap rokok di dalam stadium, yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.

Menambah kemarahan netizen apabila skrin besar di stadium itu secara terang-terangan memberi peringatan “Dilarang merokok di stadium”.

Malah perokok tersebut didakwa tidak mengendahkan teguran yang dibuat pengunjung kepada beliau.

Mungkin penonton itu tidak peka dengan keadaan sekeliling dan juga amaran keras yang telah diberikan. Adab dekat mana, abang?

 

Netizen Cadang Muka Perokok Degil Dipapar Skrin Besar

Sumber: Twitter Astro Awani

Susulan kekecohan tersebut, rata-rata netizen memberi cadangan kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai tindakan yang sewajarnya dilakukan terhadap perokok yang ingkar dengan larangan merokok.

Bukan sahaja wajah mereka dipaparkan malah buat pengumuman kepada perokok yang tidak mempunyai pertimbangan dan tanggungjawab seperti ini.

Sumber: Memori Kini

Hendak merokok boleh tetapi tengoklah tempat dan keadaan. Kawasan pula dipenuhi dengan beratus-ratus orang awam yang ingin menonton perlawanan bola sepak.

Kalau asap dah berkepul-kepul dan mengganggu pemandangan orang lain, ia tidak boleh dibiarkan dan didiamkan. Lebih malang lagi kesihatan kita yang turut sama terjejas.

 

Menteri KBS Setuju Muka Perokok Dipaparkan

Sehari selepas cadangan itu dimaklumkan kepada Syed Saddiq, beliau memberi respon dengan bersetuju terhadap cadangan yang diusulkan itu bagi mengelakkan kejadian tidak berulang.

Menteri sukan itu akan usahakan cadangan tersebut untuk perlawanan yang akan datang.

Sumber: Twitter

Beliau mahu perokok yang degil ini menghormati hak orang lain untuk tidak menghisap rokok di tempat umum dan mendedahkan punca kematian kepada orang lain yang tidak menghisap rokok.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar itu turut menyatakan tanda pagar bagi maklum balas itu dengan #StadiumKitaRumahKita.

Kementerian Kesihatan turut menyahut persetujuan Syed Saddiq selepas isu merokok di dalam stadium mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan itu.

Kementerian Kesihatan mengumumkan zon larangan merokok diperluaskan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017, dengan kesalahan merokok di tempat awam boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

 

Aibkan perokok

Aada segelintir netizen tidak bersetuju cadangan itu dilaksanakan kerana ia akan mengaibkan perokok berkenaan. Mereka mahu perokok tegar yang degil ini diberikan amaran terlebih dahulu, jika melanggar arahan yang ditetapkan, saman mereka.

Sumber: frontdesk.com.my

Banyak lagi cara untuk menangani perokok-perokok tegar ini. Tidak perlu untuk memalukan mereka dengan menyiarkan wajah mereka di papar skrin besar. Kemungkinan akan berlaku perkara yang tidak diingini.

Bimbang berlaku kemurungan atau sebagainya. Mana tidaknya, rakyat Malaysia kalau bab isu tular mereka akan kongsi seberapa banyak perkongsian.

Ini juga akan mengundang malu kepada pihak keluarga mereka juga. Maka, hormati hak sesama kita. Senangkan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah perokok ini dipaparkan muka mereka di skrin besar di stadium?
8 votes · 8 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN