Baru-baru ini, netizen mempersoalkan isu mengenai penggunaan tulisan Cina pada papan tanda nama jalan di sekitar Kampung Melayu Subang di Shah Alam, Selangor.

Perkara itu menjadi tular apabila dimuat naik seorang pemilik akaun Facebook berserta beberapa gambar papan tanda di kawasan terbabit yang dilengkapi tulisan berkenaan.

Ia turut dilaporkan beberapa media tempatan yang mendapat maklum balas seorang EXCO kerajaan negeri mengenai kebenaran dan kelulusan papan tanda itu di kawasan berkenaan.

 

Sultan Selangor Murka

Sumber: Abu Leman

Malah, perkara itu juga turut mendapat pengetahuan dari Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan supaya semua papan tanda nama jalan bertulisan Cina di sekitar Shah Alam ditanggalkan dan diganti dengan serta-merta.

Menurut satu kenyataan setiausaha sulitnya, Mohamad Munir Bani, penukaran tersebut diharapkan dilaksanakan sebelum sambutan ulang tahun hari keputeraan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sumber: Sinar Harian

Sultan Selangor telah menitahkan supaya semula papan tanda jalan yang mempunyai tulisan Cina di Shah Alam ditanggalkan dan digantikan dengan papan tanda jalan dengan satu bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu.

Titah Sultan Selangor, operasi penukaran papan tanda jalan ini hendaklah dilaksanakan dengan segera dan dapat diselesaikan selewat-lewatnya sebelum tarikh sambutan ulang tahun Hari Keputeraan ke-73 Sultan Selangor iaitu pada 11 Disember 2018.

 

Reaksi Menteri Wilayah

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata penggunaan papan tanda nama jalan dalam bahasa Cina adalah keputusan yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Sumber: Berita Harian

Beliau menjelaskan, Kerajaan Persekutuan tidak mengetahui keputusan itu kerana segala kuasa melibatkan kerajaan negeri adalah dibawah pihak berkuasa tempatan (PBT).

Mengulas lanjut, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, berkata Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai kuasa jika ada negeri yang mahu melaksanakan tindakan sama seperti Kerajaan Negeri Selangor.

 

Tukar Tulisan Jawi ke Cina Biadap

Sumber: Berita Harian

Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Dr. Mohamad Saleeh Rahamad berkata, kelakuan menukar tulisan Jawi kepada bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Tamil boleh dianggap sebagai biadab.

Menurutnya, perbuatan itu biadab kerana cuba membuang khazanah Melayu, ini kerana tulisan Jawi adalah khazanah Melayu.

Mohamad Saleeh berkata, umumnya untuk menukar tulisan pada papan tanda nama jalan perlu mendapatkan kebenaran daripada PBT terlebih dahulu.

Dan apabila PBT membenarkan tulisan Jawi diubah ke tulisan lain, ini satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Katanya, sama ada ini arahan daripada orang politik atau usaha PBT itu sendiri menukar tulisan Jawi jelas ini satu perbuatan yang perlu segera dibanteras.

Mohamad Saleeh memberitahu, perkara ini jika tidak ditangani dengan segera wujud kebarangkalian ia akan melarat di semua bandar khususnya mana-mana kawasan yang dipimpin oleh mana-mana parti politik yang ada kepentingan perkauman.

 

Isu Dwibahasa Patut Tidak Berbangkit

Isu papan tanda dwibahasa tidak berbangkit dan dibenarkan. Malah sudah wujud sejak beberapa tahun ini.

Cuma menjadi pertikaian disini apabila ia terletak di kawasan bersempadan dengan Kampung Baru Melayu yang majoritinya orang melayu. Sepatutnya tidak ada keperluan untuk menukar tulisan bahasa jawi tersebut kepada bahasa cina.

Perkara tersebut turut membayangkan kemungkinan masyarakat cina tidak tahun membaca bahasa kebangsaan negara ini?

 

MBSA Dalam Proses Turunkan Papan Tanda

Menurut Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), kerja-kerja menurunkan papan tanda yang mempunyai tulisan bahasa Cina di Shah Alam sedang dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka selesai dalam masa terdekat.

Sumber: Twitter Bernama

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA Shahrin Ahmad berkata, tindakan segera telah diambil oleh pihaknya dengan menurunkan papan tanda berkenaan pada hari ini (21 November 2018).

MBSA menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor agar papan tanda jalan yang mempunyai tulisan Cina digantikan dengan papan tanda jalan yang memaparkan bahasa Melayu sahaja.

MBSA ketika memberi maklum balas kepada pengguna Twitter tersebut memaklumkan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor yang diadakan pada 13 Januari 2017 telah memutuskan penggunaan papan tanda nama jalan dwibahasa selain tulisan Rumi.

Sumber: Blog Cucu Tok Selampit

Menurut MBSA, penggunaan nama jalan di kawasan kampung tradisi menggunakan tulisan Jawi manakala di kawasan kampung baru menggunakan tulisan bahasa Cina bersesuaian dengan komuniti penduduk di kawasan tersebut.

 

Bahasa Melayu Bahasa Rasmi

Perlembagaan Malaysia Artikel 152 menyatakan dengan jelas bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara. Sejak merdeka bahasa Melayu telah digunakan dalam sistem pendidikan, urusan rasmi negara supaya pembentukan generasi baharu dengan kemahiran berbahasa Melayu terjadi.

Agak pelik selepas lebih 60 tahun merdeka, kemahiran berbahasa Melayu masih longgar dan sesetengah ahli Parlimen dan generasi selepas merdeka bukan Melayu terutama generasi muda masih belum mampu berbahasa Melayu dengan baik.

Tujuan bahasa Melayu dima­sukkan ke dalam peruntukan Perlembagaan supaya ia menjadi dasar dalam pendidikan dan pentadbiran negara. Lama kelamaan akan terbentuk asas persefahaman menerusi bahasa Melayu iaitu bahasa yang digunapakai sekian lama di negara ini.

Tetapi kita lihat generasi hari ini lebih mengangung-agungkan bahasa kedua iaitu bahasa Inggeris. Tidak mustahil kini bahasa lain juga diagungkan dalam setiap urusan rasmi juga.

 

Perlu Pupuk Bahasa Melayu Dalam Diri Rakyat Malaysia

Bahasa Melayu yang kemudiannya dikenali sebagai Bahasa Malaysia mempunyai peranan sebagai alat komunikasi yang bertujuan menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Penyatuan kaum melalui penggunaan bahasa kebangsaan ini diperkukuhkan lagi melalui Dasar Pendidikan Negara (DPN).

DPN menjadikan BM sebagai bahasa pengantar di sekolah aliran kebangsaan dan ia diwartakan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Seksyen 17(1) akta terbabit adalah berkaitan kedudukan BM sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara.

Di bawah Seksyen 17(2) pula menetapkan bagi institusi pendidikan yang bahasa pengantar utamanya bukan bahasa kebangsaan maka Bahasa Melayu hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib.

Bahasa Melayu juga digunakan secara rasmi dalam pentadbiran dan acara-acara rasmi kerajaan. Ia juga digunakan di Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri. Namun, di peringkat mahkamah ia belum dimartabatkan sepenuhnya.

Walaupun Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1967 menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang terpakai dalam segala prosiding Mahkamah tetapi Mahkamah boleh memerintah prosiding itu boleh dijalankan bahasa Inggeris.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, adakah wajar penggunaan tulisan di papan tanda wajar dijadikan isu?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN