Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai produk tenusu terkenal dalam negara, Farm Fresh yang dikatakan telah diasaskan oleh seorang lelaki berbangsa Cina.

Sumber: The Reporter

Segala salah faham itu bermula apabila seorang lelaki memuat naik perkongsian berbaur fitnah pada 19 Mei lalu terhadap produk tersebut hingga menyebabkan ramai yang terpedaya dengan kata-katanya itu.

Sejak dari itu, sebahagian besar netizen mulai membuat pelbagai spekulasi sehingga membabitkan isu perkauman tanpa bukti dan fakta yang kukuh.

Tidak kurang juga, ada yang ingin memboikot produk itu hanya kerana ia diasaskan oleh orang bukan Melayu.

 

Farm Fresh Nafi Salah Faham

Selepas cubaan beberapa pihak yang dilihat cuba menjatuhkan perniagaan sedia adanya, Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh, Azmi Zainal serta Loi Tuan Ee tampil memberikan penjelasan sekali gus menafikan salah faham yang timbul.

Sumber: A

Azmi Zainal menegaskan, dalam web atau mana-mana kenyataan, tidak pernah dimaklumkan syarikat ini adalah milik Muslim.

Tetapi yang pastinya, produk ini adalah produk Malaysia yang diterajui oleh The Holstein Milk Co Sdn. Bhd sejak 10 tahun yang lalu.

Malah, syarikat tersebut juga dimiliki beberapa pemegang saham dan mempunyai ahli lembaga pengarahnya yang dipertanggungjawabkan mengawal selia operasi syarikat.

Dan yang pastinya, kejayaan syarikat ini telah mengubah nasib ramai individu yang kini sudahpun bergelar usahawan berjaya.

 

Tak Wajar Main Isu Perkauman Untuk Viralkan Sesuatu

Dalam isu ini, mungkin ramai yang beranggapan bahawa produk ini diusahakan sepenuhnya oleh orang Melayu kita.

Tetapi, apabila ada dakwaan mengatakan ia diusahakan oleh individu berbangsa Cina, mulalah berprasangka buruk.

Sumber: bbdelifood.com.my

Mungkin dah jadi kelaziman masyarakat zaman sekarang ini kuat berdengki dan suka menjatuhkan orang lain.

Walhal, mereka sepatutnya berbangga kerana produk yang dihasilan oleh rakyat tempatan kita telah berjaya mengatasi produk negara luar.

Jadi, tidak perlulah kita bermain isu perkauman untuk menjatuhkan perniagaan itu.

Sebaiknya, binalah hubungan baik sesama kita. Tidak rugi pun sekiranya kita bergabung tenaga dengan menjalankan usaha sama dengan bangsa lain kerana apa yang dilakukan itu pastinya untuk dimanfaatkan kepada orang ramai.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
7 votes · 7 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN