Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa keping gambar pulau yang seakan-akan di Australia sehingga menjadi buah mulut masyarakat kita.
Sekiranya melihat gambar ini sekali imbas, anda pasti ingat pantai yang bersih lagi indah ini berada di Australia bukan?
Tetapi sebenarnya, pesisir pantai yang bersih dan indah ini adalah pantai Seberang Takir yang terletak di Terengganu!
Apa yang pastinya, gambar yang tular ini bukan sahaja berjaya mendapat perhatian netizen di media sosial malah pelakon dan aktivis alam sekitar, Maya Karin juga turut sama terpegun dengan keindahan pantai tersebut.
Bangga bukan?
ย
Pantai Seberang Takir Wajar Dijadikan Contoh
Sekiranya Australia boleh mengekalkan dan menjaga keindahan pantai mereka untuk menarik kehadiran pelancong, mengapa tidak kita?
Gambar yang tular ini serba sedikit boleh dijadikan inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menjaga keindahan pantai tersebut dengan sebaiknya dengan tidak membuang sampah di merata tempat.
Melihat kepada gambar yang tular itu, pantai tersebut jelas sekali lapang dan tidak dipenuhi dengan banyak pengunjung serta kenderaan.
Hanya terdapat sebuah jalan raya serta beberapa bangunan sahaja di sekelilingnya yang persis seakan-akan pantai di Australia.
ย
Menjaga Kebersihan Adalah Tugas Bersama
Tugas menjaga kebersihan pantai di negara ini adalah tugas bersama yang mana ia bukanlah terletak di atas bahu pihak berkuasa tempatan semata-mata.
Dalam hal ini, kerjasama daripada seluruh masyarakat terutamanya pengguna dalam menjaga kebersihan pantai amatlah diperlukan.
Sekiranya pengunjung mampu melaksanakan tugas mereka menjaga kebersihan pantai semasa dan selepas digunakan, pastinya pihak berkuasa yang terlibat tidak perlu membazirkan duit untuk mengupah ramai pekerja membersihkan pantai.
Hal ini secara tidak langsung dapat membantu pihak berkuasa menggunakan peruntukan tersebut untuk tujuan lain seperti menaikkan kemudahan asas di pantai berkenaan.
ย
Pantai Penyumbang Kepada Pendapatan Negara
Sekarang ini, Terengganu bukan sahaja terkenal dengan keindahan pantainya yang bersih dan cantik.
Tetapi tidak lama lagi, satu jambatan ikonik yang seakan-akan di โTower Bridge Londonโ pula bakal menjadi satu lagi tarikan terbaru di negeri tersebut.
Difahamkan, jambatan โangkatโ tersebut akan siap sepenuhnya sebelum Aidilfitri ini sekaligus menjadi satu lagi mercu tanda kebanggaan rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Terengganu itu sendiri.
Selepas ini, ramailah orang yang akan berpusu-pusu melawat Terengganu sebaik jambatan itu dibuka.
Jadi selepas ini, dengan kehadiran banyak pelancong ke negeri tersebut, ia secara tidak langsung akan meningkatkan pendapatan negara.
Lebih ramai pelancong yang datang, akan lebih besarlah pendapatan negara di sektor ini.
KATA ORANG
Wahh cantik gile macam kat pantai luar negara tapi dalam Malaysia jangan lah buang sampah kalau pantai kita dah cantik macam ni "My god beautiful beach" โค
— Kesuma Puteri (@KesumaPuteri1) April 22, 2019
Terengganu belah mana ni? Srs terkejut tgk tmpt ni. Igtkn kat Australia ๐ญ๐ญ๐ญ cantiknya๐๐
— nur nabiha (@nabihaathira) April 24, 2019
Lps ni jgn ad yg gatal2 nk brniaga tepi2 pantai tu lah. ๐
— Alif jon (@AlifJon) April 23, 2019
Pehhh beautiful Terengganu....syabas Kerajaan Terengganu..pasal sampah ni...akhlak harus berubah..baru takde sampah..inshaallah 4 thn akan dtg...semua rakyat Terengganu dlm dan luar akan menjadi akhlak terpuji...hasil didikan...
— Khairil Faris (@KhairilFaris) April 23, 2019