Tak sedap macam mana sekalipun makanan yang kita makan, jangan sesekali menghina atau mencaci makanan yang menjadi darah daging kita.
Tetapi lain pula yang dilakukan seorang lelaki yang sanggup menghina makanan yang dimakannya di sebuah kedai makan baru-baru ini.
Lelaki berkenaan adalah pengasas JenamaSendiri.Com, Dr Amin Abdullah.
Bahasa Macam Mat Rempit
Posting atau review mengenai makanan di D’ Anjung Ikan Bakar yang dilakukan Amin sangat biadap dan bahasa yang digunakan untuk menggambarkan makanan itu seperti tiada adab.
Berpangkat Doktor tetapi kata-kata tidak mencerminkan diri. Kadang-kadang masyarakat kita ini terlalu cepat melatah untuk perkara yang mereka tidak suka.
Kalau tidak sedap lebih baik diam atau beritahu tuan kedai terus bukannya tularkan benda-benda negatif macam ini.
Hasut Orang Boikot Kedai Makan
Lebih teruk lagi perangai Dr Amin ini, siap hasut orang ramai untuk boikot kedai makan tersebut.
Katanya ” nak kiamat pun jangan datang”. Sampai macam itu sekali ayat dia bagi.
Tuan Kedai Respon
Susulan kes review tersebut, anak tuan kedai berkenaan memberi maklum balas. Faris Muhammad meluahkan rasa kecewanya pelanggannya yang menghina masakan di kedainya di media sosial.
Katanya dalam keadaan ekonomi sekarang, sangat susah nak bangunkan kedai makan milik ayahnya itu. Mereka menerima aduan yang yang diberikan tetapi bukan dengan cara begitu. Mereka akan tingkatkan mutu masakan jika ia diberitahu terus kepada tuan kedai.
Dia agak terkilan dengan review yang diberikan oleh pelangannya itu.
Tak Sedap Tapi Makan Licin
Apa yang menjadi perhatian warganet dan juga tuan kedai tersebut, gambar makanan didalam pinggan semuanya dimakan dengan habis dan licin. Kata tak sedap tetapi habis juga.
Apa yang tak sedapnya? Semua makanan tak ada sisa pun. Mungkin selera dia lain dengan orang lain.
Melayu Suka Jatuhkan Melayu
Ini yang selalu kita dengar, melayu suka jatuhkan melayu tetapi itulah realitinya hari ini. Macam mana orang melayu nak berjaya kalau orang melayu lain sudah bantutkan usaha mereka yang ingin berjaya.
Ini adalah sikap yang tidak patut kita amalkan, Malaysia sudah baharu begitu juga sikap kita juga perlu diubah ke arah yang lebih baik.
KATA ORANG
Jenis yang suka caci makanan ni dalam segenap benda dia buat pun dia akan kurang ajar & tak ada adab. Banyak sangat jumpa orang macam ni. https://t.co/44vr0ZUS2S
— Terdy (@TheAnugerah) March 24, 2019
"Dr" beli ni. Tu perangai pon macam beli. 🤭Bertabahlah wahai peniaga. Mungkin ini ujian Allah nak bagi dekat awak. Semoga "makanan tak sedap" awak yang digembar gemburkan tu terus mendapat permintaan dari pelanggan. Bukan "Dr" seorang tu sahaja. ✌🏻 https://t.co/ydC3qQeeks
— Ayish Abd Wahid (@LeeAnasHarris) March 24, 2019
Aku rasa, time kawan2 dtg dr Sabah bulan 11, kami makan di sini. Rasanya, tidak lah seteruk yg dikomplen si doktor palesu ni.
— L (@lisaali19) March 25, 2019
Makan apa pun, kalau lah makanan termasin, jangan caci makanan. Bgtau terus dgn owner, paling x bisik pada waiter https://t.co/h8Vn971l6L
Rasulullah ajar kalau makanan tu x sedap jgn caci maknan tu,tu rezeki.lebih baik diam je.sabar bro,org makin tinggi blaja ni makin beradab tp dia makin bodoh kesianla https://t.co/PpdTur1aFP
— KnizaM Leo H (@kroolnizam) March 23, 2019