Setiap dari kita pasti pernah berhadapan dengan kesesakan jalan raya bukan?

Sumber: mStar

Baik sama ada dalam perjalanan pergi balik ke tempat kerja, menghantar anak-anak ke sekolah  atau menyelesaikan sebarang urusan di luar, sebahagian besar daripada waktu tersebut pasti akan dihabiskan begitu sahaja dalam kesesakan jalan raya.

Bila lihat semula, sebenarnya jarak anda dengan destinasi tersebut tidaklah jauh sangat, tetapi disebabkan kesesakan jalan raya, anda terpaksa sangkut selama berjam-jam lamanya!

Namun, adakah anda sedar bahawa masa yang anda habiskan itu sebenarnya boleh memberi kesan terhadap kesihatan diri anda tanpa disedari?

 

Kesan Terhadap Kesihatan

Jika sebelum ini, duduk dalam tempoh yang lama di pejabat selama berjam-jam boleh memberi kesan terhadap kesihatan kita.

Namun, perkara tersebut juga boleh turut sama dialami kepada mereka yang memandu lama melebihi 39 minit!

Sumber: mStar

Mengikut satu kajian yang dilakukan American Journal of Preventive Medicine pada 2012, di dapati mana-mana individu yang memandu 20 batu atau menghabiskan masa yang lama dalam kesesakan ke tempat kerja boleh menyebabkan anda mendapat penyakit tekanan darah, peningkatan paras gula dalam darah, mudah berasa tertekan serta berisiko untuk mendapat tahap obesiti yang tinggi.

Sumber: Youtube

Apa yang lebih membimbangkan, bagi mereka yang kerap kali memandu jarak jauh terutamanya, anda juga berisiko untuk menghidap penyakit ‘Slipped Disc’ iaitu sakit tulang belakang tanpa disedari termasuk kepada golongan muda juga.

 

Boleh Beri Impak Kepada Kehidupan Sosial

Memandu lama dalam tempoh lebih 39 minit bukan sahaja boleh memberi risiko terhadap kesihatan malah ia juga turut sama memberi impak terhadap kehidupan sosial juga.

Sumber: Tribunnews.com

Bayangkan sekiranya setiap hari anda terpaksa berhadapan dengan kesesakan jalan raya yang teruk, ia sekaligus boleh menjadikan watak seseorang itu bertukar menjadi lebih agresif.

Daripada seorang yang penyabar, anda mungkin boleh bertukar karakter menjadi seorang yang panas baran disebabkan tekanan yang tinggi atau stress yang dihadapi disebabkan kesesakan jalan raya berbanding dengan mereka yang meluangkan masa sedikit di dalam kenderaan masing-masing.

 

Gunakan Pengangkutan Awam, Untuk Elak Tertekan

Sumber: wowberita.org

Bagi mereka yang bekerja di kawasan bandar, anda mungkin boleh menggunakan pengangkutan awam sebagai alternatif lain untuk ke tempat kerja.

Sekarang ini, dengan adanya pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan bagi perkhidmatan rel di ibu negara dan bas RapidKL yang disediakan kerajaan kini, semuanya menjadi lebih mudah.

Malah, bermula 1 April ini, pengguna KTM Komuter juga bakal menikmati diskaun tambang sebanyak 20 peratus yang menjadi sebahagian inisiatif kerajaan dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Jadi, semuanya menjadi lebih mudah apabila anda menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke tempat kerja.

Sudah la efisyen, ia juga dapat menyelamatkan ‘duit poket’ anda daripada terpaksa membayar minyak serta tol yang mahal!

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah dengan menaiki pengangkutan awam ke tempat kerja, dapat mengelakkan diri anda untuk menjadi lebih tertekan mahupun stress?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN