Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab melakukan onar terhadap pemilik kenderaan lain yang berjaya dirakam oleh kamera dashcam.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Tampines Mall, Singapura, lelaki itu tanpa rasa bersalah membuang lampin pakai buang milik anaknya di belakang kereta pengadu.

Perbuatan tidak bertanggungjawab ini sekaligus mencerminkan budaya tidak bertamadun yang masih dilakukan sesetengah kelompok masyarakat.

Kejadian tersebut bagaimanapun telah mengundang kemarahan netizen yang rata-rata berang dengan sikap individu ini.

Tidak kurang dari itu, ada yang menyifatkan perbuatan ini sebagai tidak bertamadun dan sewajarnya dikenakan tindakan undang-undang sebagai pengajaran kepada pengguna yang lain.

 

Siap Sedia Kena Hukuman

Ingatkan Malaysia sahaja yang kerap menghadapi masalah sebegini. Tetapi, di Singapura lagi dahsyat rupanya.

Sumber: Detik News

Di Malaysia, mana-mana individu yang membuang sampah keluar dari kenderaan boleh didenda sebanyak RM300. Bagaimanapun di Semporna, Sabah, kompaun akan dikenakan sebanyak RM500.

Tetapi di Singapura, mana-mana pesalah akan didenda SG1000 – SG2000 (RM3,044 – RM6,089) di mana penguatkuasaan undang-undang mereka sangat tegas lebih-lebih lagi membabitkan alam sekitar.

Jika kesalahan yang dilakukan kali kedua, pesalah akan dihukum memungut sampah di kawasan awam yang sibuk dengan memakai jaket kuning terang.

Jadi, sebelum hendak pergi melancong ke Singapura, berhati-hatilah kerana denda yang dikenakan sekiranya melanggar peraturan adalah sangat tinggi.

 

Singapura Terkenal Sebagai Negara Seribu Larangan

Negara Singapura pada hari ini boleh dikatakan setanding dengan negara Jepun dari segi penguatkuasaan undang-undang sehinggakan negara tersebut digelar sebagai negara seribu larangan.

Sumber: Google

Walau sekecil mana gula-gula getah yang dibuang merata-rata tempat juga dikenakan denda sebanyak SG300 (RM913), inikan pula yang sudah jelas sengaja membuang lampin pakai buang keluar dari kenderaan.

Walaupun denda yang dikenakan itu dilihat tidak masuk akal namun disebalik sudut lain, ia sebenarnya mendidik kita untuk lebih menjaga etika dan berkelakuan baik sepanjang masa.

Tidak pasal-pasal negara Singapura yang mendapat nama buruk disebabkan segelintir individu sebegini. Jika individu ini seorang yang bertanggungjawab, dia pasti akan mengambil semula lampin dan membuangnya di tempat yang sepatutnya.

Jika dah terang sebegini, memang cari nahas la jawabnya.

 

Peraturan Alam Sekitar Di Singapura

Berikut adalah antara peraturan yang dilarang di Singapura beserta denda yang dikenakan terhadap si pesalah:

Tidak mengepam tandas selepas mengunakannya – Denda SG150 (RM456)

Sumber: The Straits Times

Meludah di tempat awam – Denda SG500 (RM1,522)

Makan dan minum di dalam MRT – Denda SG500 (RM1,522)

Mengunyah gula-gula getah atau chewing gum – Denda SG500 – $1000 (RM1,522 – RM3,044)

Menghisap rokok / merokok di tempat awam – Denda SG1000 (RM3,044)

Membuang sampah merata-rata – Denda SG1000 – SG2000 (RM3,044 – RM6089)

Gambar sekadar hiasan

Memberi makan kepada burung – Denda SG1000 (RM3,044)

Kencing di tempat yang tak sepatutnya – Denda SG1000 (RM3,044)

Melintas jalan tanpa mematuhi peratutan lalu lintas – Denda SG1000 (RM3,044) atau penjara 3 bulan

Mengadakan hubungan homoseksual – Denda penjara tidak kurang 2 tahun

Menyalahgunakan butang kecemasan di kenderaan awam dan bangunan – Denda SG5000 (RM15,222)

Memiliki dadah – Denda hukuman mati

Tersilap sambung WiFi orang lain –  Denda sehingga $10,000 (RM30,600) atau hukuman penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai individu yang bersikap sebegini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN