Setiap wanita pasti mengimpikan bentuk badan yang kurus dan langsing bukan?

Ada yang sanggup melaburkan wang beribu-ribu untuk melakukan pembedahan membuang lemak badan kerana ingin kurus.

Sumber: Siakap Keli

Dan ada juga yang mengambil jalan pintas dengan memakai korset hanya untuk kurus dalam masa yang mudah dan singkat tanpa perlu bersenam untuk mendapatkan bentuk badan menarik.

Namun, tanpa sedar pemakaian korset ini juga sebenarnya boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan si pemakai.

 

Apa Itu Korset?

Gambar sekadar hiasan

Korset merupakan pakaian yang direka khas untuk membuatkan perut dan pinggul tampak lebih langsing berbanding biasa.

Sebenarnya korset ini bukanlah alat pembakar lemak di dalam badan, sebaliknya ia hanya menolak lemak daripada bahagian perut ke atas dan ke bawah untuk menjadikan bentuk badan tampak lebih menawan.

Dalam erti lain, pemakaian korset ini hanyalah untuk menyorok gumpalan lemak sahaja!

 

Kesan Memakai Corset Ke Atas Badan

 

Radang Kulit

Sumber: Astro gempak

Dalam dunia ini, semua orang tidak kira lelaki mahupun wanita semuanya hendak tampak cantik dan segak.

Namun perlu diingat, memakai korset secara ketat dalam tempoh masa yang lama melebihi lebih dari 8 jam sebenarnya boleh mendatangkan keradangan pada kulit yang boleh menyebabkan kegatalan.

Silap haribulan, anda mungkin boleh terkena jangkitan pada kulit disebabkan memakai korset.

 

 

 

Acid Reflux

Sumber: Astro Gempak

Pemakaian korset ini juga boleh menyebabkan anda menekan bahagian pertengahan badan yang boleh mendatangkan ketidakselesaan pada bahagian perut.

Disebabkan itu, ada yang mengalami pedih ulu hati dan ketidakhadaman selepas memakai korset.

Sekiranya masalah tersebut dibiarkan berlarutan dalam tempoh yang lama, besar kemungkinan anda boleh mendapat ulser pada bahagian perut yang boleh mengancam nyawa.

 

 

Pernafasan

Sumber: Astro Gempak

Apabila memakai korset, sistem pernafasan kita juga sedikit terbatas kerana bahagian dalam ‘diaphragm’ mengalami kesukaran untuk mengembang yang menyukarkan oksigen untuk masuk ke dalam badan.

 

 

 

 

Lebam

Sumber: Astro Gempak

Apabila memakai korset secara ketat dan keterlaluan, ia boleh menyebabkan saluran darah ‘capillaris’ yang halus pecah disebabkan darah yang terkumpul di bawah permukaan kulit hingga mendatangkan kesan lebam jenis ‘bruises’.

Dalam kes ini, mereka yang memakai korset secara ketat juga berisiko tinggi untuk mendapatkan kesan lebam yang boleh mendatangkan trauma.

 

 

 

Kebas

 

Sumber: Astro Gempak

Apabila berlakunya tekanan, bukan sahaja peredaran darah terganggu, malah sistem saraf dalaman juga boleh terganggu yang mendatangkan kesan mecucuk-cucuk atau kebas pada bahagian pinggul sehingga ke kaki akibat memakai korset.

 

 

 

Psikologi

Sumber: Astro Gempak

Apabila seseorang itu sudah biasa memakai korset, secara luaran anda akan nampak cantik. Tetapi hakikatnya, selepas membuka sahaja korset, bahagian perut akan kembali kepada keadaan asal yang tidak menampakkan tubuh badan langsing sepertimana memakai korset.

 

 

 

 

 

Tak Salah Pakai Korset, Tapi Berpada-Padalah

Jadi, apa-apa pun pemakaian korset ini ada aturannya yang tersendiri. Tidak salah untuk anda memakainya tetapi pakailah dalam masa lima jam sehari sahaja.

Sumber: Liputan6.com

Jangan sesekali anda memakai korset lebih dari lapan jam atau 24 jam kerana ia sama sekali boleh mendatangkan kesan buruk pada kesihatan anda.

Sekiranya hendak memakai korset, pastikan anda memilih saiz yang sesuai dan memakai mengikut ketetapan yang diwajibkan.

Apa yang penting, sentiasalah amalkan gaya pemakanan dan hidup yang sihat dengan melakukan senaman untuk mengawal postur badan tanpa bergantung pada korset  mahupun bengkung semata-mata.

KATA ORANG

KATA ANDA

Selepas membaca artikel ini, adakah anda masih berminat untuk memakai korset?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN