Baru-baru ini, tular dia media sosial mengenai satu rakaman video yang memaparkan sebuah kenderaan jenis Honda Jazz berwarna merah yang didakwa tidak membayar tol ketika melalui Plaza Tol Elmina lebuhraya Guthrie.

Menerusi rakaman itu juga, kereta berkenaan dilihat mengekori rapat sebuah kenderaan yang sedang melalui plaza tol yang sama.

Walau bagaimanapun, percubaannya untuk melepaskan diri daripada membayar tol itu gagal apabila kenderaan dihadapannya tidak bergerak.

Namun, pemandu tersebut sempat mengundurkan kenderaannya untuk memasuki laluan lain sebelum memecut laju bagi mengelak perbuataannya itu dihidu.

 

Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Rakaman video yang tular itu bagaimanapun telah mengundang rasa tidak puas hati netizen di media sosial.

Rata-rata netizen menyifatkan pemandu kereta terbabit tidak memiliki sivik walaupun memandu kenderaan mewah.

Sumber: Twitter

Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang terlebih ‘rajin’ untuk mengenal pasti pemandu Honda Jazz terbabit berdasarkan plat kenderaannya dan menyemak jumlah samannya.

Apa yang mengejutkan, seorang netizen mendedahkan pemandu terbabit sebenarnya mempunyai lapan saman trafik yang membabitkan kesalahan memandu melebihi had laju, menggunakan nombor pendaftaran haram dan beberapa lagi kesalahan lain yang berkaitan pemanduan secara berbahaya.

Itu baru disemak kesalahan berdasarkan no plat kenderaan, jika disemak kesalahan tidak membayar tol mungkin sudah bertimbun-timbun kesalahan yang dilakukan pemandu ini.

 

Boleh Undang Padah

Apa-apa pun, perbuatan seperti ini bukan sahaja menjadi satu kesalahan namun boleh mengundang padah jika berlaku kemalangan disebabkan jarak kenderaan yang terlalu rapat.

Sumber: The Reporter

Sekiranya pemandu di hadapan itu brek secara mengejut kemudian kenderaan di belakang pula mengekori rapat, tidakkah ia akan mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain?

Jangan ingat selama ini anda boleh terlepas dari membayar tol. Jika rakaman sudah ada, anda sama sekali tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang hasil daripada rekod dan bukti rakaman.

Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mana-mana individu yang cuba-cuba atau sengaja mengelak daripada membayar tol mengikut Akta Jalan-Jalan Perseketuan (Pengurusan Persendirian) 1984.

Jika disabit kesalahan, anda boleh didenda tidak kurang dari RM2,000 dan tidak lebih dari RM5,000!

Kesalahan tidak membayar tol ini wajar diambil tindakan yang sangat serius kerana ia adalah satu perkara yang tidak adil kepada pemandu yang sangat mematuhi undang-undang. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah perlu pihak tol mempertingkatkan lagi usaha pengawasan mereka bagi mengekang tindakan sebegini daripada terus berlaku?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN