Isu gangguan seksual pada masa kini dilihat semakin menjadi-jadi bukan sahaja di tempat kerja malah di kawasan umum juga golongan wanita seringkali menjadi mangsa keadaan.

Dalam hal ini, sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa gangguan seksual termasuklah kanak-kanak sehingga mereka yang telah berkahwin.

Sesiapa sahaja diantara kita boleh menjadi mangsa kepada gangguan seksual tanpa mengira pangkat sekalipun sama ada bujang, sudah berkahwin, janda, kaya, miskin, berkopiah, berpurdah mahupun yang bergaya sekalipun boleh menjadi mangsa gangguan seksual.

Apa yang membimbangkan, walaupun diganggu, hanya sebilangkan kecil sahaja yang berani tampil membuat laporan kepada pihak polis mahupun majikan mengenai masalah gangguan seksual yang sedang dihadapi mereka.

Terbaru, seorang penganggur ditahan pihak polis selepas dilaporkan mencabul kakitangan wanita sebuah klinik swasta di Pasir Besar pada 4 Disember lalu.

Lebih memeranjatkan, penganggur tersebut berani melakukan perbuatan meraba paha kanan mangsa walaupun menyedari bahawa mangsa adalah isteri orang.

Akibat tindakan itu, mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Gemas keesokan harinya dan polis berjaya mengesan suspek dan menahannya di rumah.

 

Pegang-Pegang Nak Bergurau Pun, Boleh Disabitkan Atas Kesalahan Cabul

Sumber: Edisi Viral

Apabila bercakap mengenai gangguan seksual, kaum lelaki seringkali dicemuh habis-habisan dalam hal ini.

Mana tidaknya, apa sahaja kesalahan membabitkan gangguan seksual, kaum lelaki pastinya akan dipersalahkan dalam hal ini.

Ingin diingatkan kepada kaum lelaki, walaupun perbuatan memegang itu dianggap biasa kononnya mahu bergurau atau sebaliknya namun jika perbuatan itu tidak disenangi, anda pastinya boleh didakwa atas tuduhan mencabul.

Tidak kisah wanita itu baru dikenali atau rakan pejabat dan rakan sekolah sekalipun, sekiranya tindakan anda itu sudah melampau batas, golongan wanita pastinya mempunyai kuasa untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa dan usai sahaja laporan dibuat, pihak polis akan mulai bertindak berdasarkan laporan yang dibuat itu.

 

Hukuman Mencabul Ke Atas Wanita

Sumber: MSN.com

Dalam hal ini, mana-mana individu yang didapati bersalah atas kesalahan mencabul, individu tersebut akan disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali.

Bagi lelaki yang sememangnya gatal tangan untuk mengacau gadis di bawah usia 18 tahun, kesalahan ini terletak di bawah Seksyen 14 yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan juga sebatan jika disabitkan kesalahan.

Undang-undang ini bukan sahaja digunapakai kepada golongan lelaki sahaja malah golongan wanita juga boleh dikenakan sekali hukuman sekiranya mereka didapati melakukan kesalahan yang sama.

Jadi, tidak kira sama ada berlainan jantina sekalipun, sekiranya terdapat aduan dibuat, anda boleh disiasat di bawah seksyen ini oleh pihak polis.

KATA ORANG

KATA ANDA

Patutkah individu yang didapati mencabul wanita dikenakan hukuman yang lebih berat?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN