Walaupun pihak berkuasa sudah mengeluarkan amaran kepada peniaga atas talian untuk tidak menggunakan konsep ‘PM tepi’, tetapi masih ada lagi peniaga yang dilihat ingkar dengan arahan tersebut.

Sumber: ISMAWeb

Sepertimana yang berlaku semalam, seorang pengarah syarikat yang menjual perabot dalam talian dikenakan tindakan di bawah Seksyen 145 Akta Perlindungan Pengguna 1999 berikutan syarikatnya menjalankan urusniaga dalam talian yang menggunakan konsep ‘PM tepi’.

Tindakan pengarah itu bukan sahaja menyebabkan beliau disiasat malah boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 (Perbadanan) dan denda RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya (Perseorangan) mengikut akta tersebut.

Selepas ini, mana-mana peniaga yang menjalankan perniagaan secara atas talian perlu lebih berhati-hati dalam menjual barang dan tidak menggunakan konsep ‘PM tepi’. Nanti tidak pasal-pasal anda pula yang rugi RM50,000!

 

Apa Itu ‘PM Tepi’?

Sumber: TheSkop

Bagi mereka yang masih belum tahu apa itu ‘PM tepi,’ ia adalah istilah yang digunakan oleh penjual barangan secara online kepada pembeli yang meminta mereka menghantar mesej secara peribadi atau private message jika inginkan maklumat lanjut.

Selepas itu, peniaga akan menerangkan dengan lebih terperinci tentang harga, keberkesanan atau keistimewaan produk, cara pembayaran serta prosedur penghantaran kepada pengguna.

 

Konsep ‘PM Tepi’ Tidak Disukai Ramai Pengguna

Peniaga perlu faham, walaupun konsep tersebut dilihat menguntungkan mereka tetapi ia tidak sama sekali memberi manfaat kepada pengguna!

Sumber: The Reporter

Kebanyakan pembeli mahu mengetahui terus maklumat tentang barangan tersebut dengan cepat tanpa perlu tertanya-tanya akan harganya.

Apabila ada pengguna yang tanya, penjual pula meminta mereka untuk ‘PM tepi’ dan adakalanya apabila sudah ‘PM tepi’, peniaga ini pula yang lambat balas sehinggakan memakan masa selama berhari-hari yang membuatkan pengguna meluat dengan sikap mereka.

Bukan sahaja soal harga yang kerap dijadikan isu tetapi juga soal penghantaran yang mana ada peniaga yang tidak mengikut masa penghantaran barang yang ditetapkan.

Sumber: moneysavingexpert.com

Jadi, apabila pengguna bising dan tidak berpuas hati dengan servis perkhidmatan yang ditawarkan itu, timbul pula pertikaian yang mana peniaga menganggap pengguna ini tidak sabar menunggu.

Walhal, pengguna mempunyai hak untuk bertanya dan mendapatkan maklumat.

Disebabkan itu, ada baiknya juga pihak berkuasa membuat ketetapan untuk tidak boleh ‘PM tepi’ bagi mengelak sebarang penipuan kepada pengguna.

 

Maklumat Penting Pada Setiap Produk Yang Diiklankan Atas Talian:  

Sumber: Edisi Viral

KPDNKK menetapkan antara maklumat perlu dipaparkan termasuk harga penuh barangan atau perkhidmatan termasuk bayaran cukai dan kos penghantaran, nama penuh perniagaan dan individu yang menjalankan perniagaan, nombor pendaftaran perniagaan, alamat penuh, nombor telefon dan emel perniagaan.

Turut perlu dinyatakan ialah maklumat penuh produk yang diterima dengan setiap pembelian atau perkhidmatan diberikan, selain maklumat bayaran lengkap, terma dan syarat jual beli serta anggaran tempoh masa produk akan dihantar.

Sumber: mStar

Jadi, kepada peniaga yang gagal untuk berbuat demikian, mereka boleh disabit kesalahan mengikut Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012, Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Selain dikenakan tindakan mengikut Seksyen 145 iaitu denda tidak lebih RM50,000 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah peniaga atas talian yang menggunakan konsep ‘PM tepi’ ini dikenakan tindakan undang-undang?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN