Sama ada anda percaya atau tidak, kekejaman tidak pernah ada dalam kamus pentadbiran negara China. Negara yang dipimpin oleh pemerintah komunis telah menjalankan kegiatan pemerdagangan organ tahanan secara besar-besaran.

Sumber: Mata-Mata Politik

Seksa Jadi Tahanan Di China

Nilai kemanusiaan bagi mereka seolah-olah tidak berharga. Tahanan di sana dibedah secara paksa untuk diambil organnya sebelum dijual di pasaran gelap. Lebih memilukan, pengambilan organ dilakukan sewaktu tahanan berada dalam keadaan sedar, dan kegiatan tersebut dipercayai bermula semenjak tahun 2001.

Seringkali kita mendengar tahanan di China telah ditangkap secara tidak adil, didera dan dihukum dengan penuh penyeksaan. Hakikatnya dakwaan itu benar, lebih-lebih lagi bagi individu yang tidak bersetuju dengan tindak-tanduk salah yang dilakukan oleh rejim komunis.

Tahanan di China bukan sahaja dibicarakan secara tidak adil, kehidupan mereka penuh dengan penyeksaan serta ada yang menerima ancaman bunuh. Bagi mereka yang terselamat, pemeriksaan fizikal melalui imbasan sinar-X termasuk ujian darah telah membuktikan dakwaan mereka diperlakukan dengan kejam.

Sumber: Malaysiakini

Etnik Uyghur Antara Yang Menjadi Mangsa

Berdasarkan artikel Harian Metro, kebanyakan tahanan yang ditangkap merupakan tahanan politik dari etnik Uyghur dan pergerakan Falun Gong. Perkara ini telah didedahkan oleh Sir Geoffrey Nice QC, pengerusi sebuah tribunal antarabangsa yang telah melakukan penyiasatan.

Etnik Uyghur merupakan etnik minoriti beragama Islam di China yang kebanyakannya tinggal di wilayah Xinjiang dan menjadi etnik paling teruk didiskriminasi. Manakala pergerakan Falun Gong pula merupakan kelompok spiritual berasaskan meditasi yang diharamkan di China sejak 20 tahun lalu.

Tindakan ini bukan sahaja kejam, tetapi boleh dianggap sebagai satu bentuk penghapusan etnik dengan cara menguntungkan (membuat duit hasil jualan organ) memandangkan tahanan yang menjadi mangsa merupakan etnik Uyghur. Tatkala etnik Uyghur ditindas dan ditangkap, mereka juga dijadikan mangsa pemerdagangan organ.

Geoffrey menambah, pengambilan organ secara paksa merupakan kejahatan yang tidak dapat ditandingi berbanding melakukan pembunuhan beramai-ramai dalam tempoh satu abad yang lalu. 

Sumber: Harian Metro

Memetik laporan News.com.au, beberapa kumpulan aktivis hak asasi manusia menyuarakan kebimbangan terhadap senario yang berlaku. Dijangka, seramai 1.5 juta tahanan di kem penjara seluruh China bakal menjadi sebahagian daripada mangsa pemerdagangan organ.

Pendirian China Berubah-Ubah

China tidak pernah mengakui kesalahan yang dilakukan. Pada tahun 2001 misalnya, mereka mendakwa sumber utama organ manusia diperoleh daripada penderma yang bertindak secara sukarela. Namun begitu, pengakuan tersebut berubah empat tahun berikutnya dengan mendakwa kebanyakan organ diambil daripada tahanan yang dijatuhkan hukuman mati yang sudah memberi kebenaran untuk pengambilan organ.

Pun begitu, dalam tempoh dua dekad, dianggarkan terdapat 60,000 aktiviti pembedahan pengambilan organ dilakukan setiap tahun dan sebahagian besarnya diambil daripada tahanan yang sudah dibunuh.

Sumber: Harian Metro

Harga Di Pasaran Yang Lumayan

Memandangkan aktiviti penjualan organ manusia di pasaran gelap sangat menguntungkan, China berjaya menerima hasil sebanyak AS$ 1 bilion setahun. Bayangkan sahaja, penjualan hati manusia yang sihat mampu mencecah harga sekitar AS$ 160,000 setahun.

Malangnya, komuniti antarabangsa memilih untuk berdiam diri berbanding mempersoalkan kewajaran tindakan yang dilakukan oleh kerajaan China. Boleh dikatakan kekejaman seperti ini telah diinstitusikan apabila kebanyakan universiti dan organisasi perubatan bekerjasama dengan negara China bagi tujuan melakukan penyelidikan dan latihan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Mengapa dunia menyepi terhadap kekejaman yang dilakukan China ini?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN