Sebelum ini timbul isu kenaikan harga tiket bagi setiap pelawat yang ingin mengunjungi Zoo Negara kerana dikatakan tidak masuk akal dan terlalu mahal walaupun untuk warganegara sendiri.

Sedangkan ramai yang berpendapat tempat tersebut patutnya dijadikan tempat yang mampu untuk dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat.

Namun dengan harga yang terlalu tinggi, ianya sekaligus membantutkan peluang untuk kanak-kanak yang berasal dari keluarga sederhana untuk mendapat pendedahan tentang haiwan-haiwan dan habitat mereka.

Dan kini, tular sebuah video dimana seekor orang utan dipercayai sedang duduk bersendirian di dalam kurungannya sambil memakan plastik.

Orang utan tersebut dilihat seperti beriya-iya mengunyah plastik tersebut seolah-olah sedang dalam kelaparan.

Yang menjadi persoalan, mengapa persekitaran kurungan haiwan tersebut seperti tidak terjag sehinggakan terdapat sampah disitu?

Dan mengapa orang utan tersebut terpaksa makan plastik? Adakah kerana dia terlalu lapar ataupun tidak diberi makan secukupnya oleh pihak pengurusan zoo?

 

Kebajikan Binatang Peliharaan Terabai?

Bukan baru isu kawasan persekitaran Zoo Negara yang kotor dipertikaikan oleh orang awam, malah sejak dari tahun 2014 lagi sudah banyak aduan yang dibuat.

Bukan sahaja ianya membuatkan pengunjung tidak selesa malah ianya pasti akan merosakkan imej Malaysia kerana Zoo Negara merupakan salah satu tempat kunjungan pelancong dari luar negara.

Namun apa kan daya, sehingga kini aduan yang sama tetap diterima. Malah keadaan binatang-bintang yang ada disana juga dikatakan tidak berada di dalam keadaan yang baik dan memuaskan.

Mengapakah ini terjadi?

Adakah berpunca dari pihak pengurusan yang tidak telus dalam menjalankan tugas mereka?

Ataupun Zoo Negara tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk menjaga kebajikan haiwan-haiwan disana dengan baik?

Tidak dinafikan, bukan sedikit kos yang diperlukan untuk menguruskan sebuah pusat peliharaan haiwan.

Makanan, ubat-ubatan dan rawatan kesihatan secara berterusan diperlukan agar dapat memastikan semua binatang berada dalam keadaaan yang baik.

Tapi kalau tak cukup duit macam mana nak buat semua tu?

Dan mungkin kerana itu juga, mereka membuat keputusan untuk menaikkan harga tiket pengunjung namun disalaherti oleh pengunjung Malaysia dan mengangap pihak pengurusan cuba membuat duit dengan cara yang mudah.

 

Mentaliti Pengunjung Kelas Ketiga

Jadi isu orang utan memakan plastik ini adalah salah pihak pengurusan atau sikap pengunjung yang masih kurang kesedaran sivik?

Kalau di luar pun masih ramai rakyat Malaysia yang suka membuang sampah merata-rata inikan pula di dalam zoo. Tidak mustahil.

Ekoran dari isu ini, dengan kadar kunjungan yang semakin berkurang,adakah Zoo Negara bakal ditutup demi kebaikan semua binatang-binatang yang ada di dalam pusat tersebut?

Salah siapa pun, kita tidak seharusnya menunding jari dan patut sama-sama mencari solusi agar binatang-binatang tersebut tidak terabai.

Sudah la dijauhkan dari habitat sebenar mereka, kebajikan pula tidak dijaga.

Kalau kita manusia diperlakukan seperti itu pun kita akan merasa sedih.

Namun, jika benar negara kita sudah tidak mampu menampung kos perbelanjaan pusat pemeliharaan  tersebut, lepaskanlah sahaja mereka.

Sekurang-kurangnya binatang-binatang tersebut akan lebih bahagia berada di tempat yang sepatutnya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN