Siapa yang tidak kenal Siti Kassim, seorang peguam dan aktivis sosial yang mencetuskan kontroversi di negara kita. Bagi isu berkaitan alam sekitar dan undang-undang mungkin itu kepakarannya sehinggakan di panggil berceramah di pentas-pentas politik. Namun memasuki isu agama, itu bukan bidang yang harus dia ulas.

Sumber: The New Straits Times

Persoal Kewujudan Tuhan

Sebelum ini, kebanyakan kenyataannya berkenaan perkara-perkara Islam begitu keras. Sehinggakan pernah mempersoalkan kewujudan Tuhan. Tindakan Siti Kassim pernah ditegur oleh Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Mohd Nor namun, apalah sangat nasihat mufti bagi dirinya.

Tidak cukup dengan perkara-perkara berkaitan Islam, ‘kelancangan’ Siti Kassim diteruskan lagi dengan mengajak pendakwah terkenal, Firdaus Wong Wai Hung berdebat pada bulan lalu. Memetik laporan Utusan Malaysia, Siti Kassim tidak berkenan dengan hantaran yang ditulis oleh Firdaus di Faceook berkaitan berita yang diterbitkan oleh National Evangelical Christian Fellowship of Malaysia (NEFC) mengenai misi pertubuhan itu terhadap masyarakat Orang Asli.

Ajak Debat Tapi Tarik Diri

Sungguhpun sudah bersedia dengan pelbagai tajuk, dan ditawarkan tempat oleh banyak pihak untuk melangsungkan program, namun ditolak oleh Siti Kasim di saat akhir,kerana ingin melangsungkan sahaja perdebatan di Facebook bukan dalam program terbuka.

Bagi rakyat Malaysia yang mengikuti perseteruan antara mereka berdua sudah semestinya hampa. Masakan tidak, kelancangan Siti Kassim, hanya berlaku di media sosial, tetapi tidak berani untuk tampil beraksi di atas pentas yang terbuka.

Sumber: Berita Harian

Firdaus Failkan Saman

Meskipun tidak berlaku debat, Siti Kassim secara berterusan memfitnah Firdaus di media sosial Facebook. Tindakan ini menyebabkan Firdaus mengambil tindakan saman terhadap Siti Kassim sebanyak RM2 juta, setelah mendapat nasihat oleh peguam.

Ia merupakan saman fitnah kedua difailkan oleh Firdaus selepas saman fitnah pertama ditujukan kepada ekstrimis Hindu, Arunakiri Nathan yang pernah menggegarkan pejabat Firdaus pada awal tahun.

Menurut Firdaus, zaman untuk berdiam diri dan diserang bertubi-tubi telah berakhir. Serangan yang perlu beliau balas ialah melalui cara ilmiah disusuli dengan tindakan undang-undang. Menurutnya, cukuplah selama ini mereka bebas bercakap dan berbuat sesuka hati tanpa ada tindakan undang-undang.

Sumber: Youtube

Ada Yang Tidak Kena Dengan Undang-Undang Negara?

Beliau mengharapkan agar ada kebaikan daripada saman ini dalam membentuk keharmonian negara berdasarkan Rukun Negara serta nilai ketimuran. Timbul persoalan, bagaimana orang yang mencetuskan pelbagai kontroversi seperti Siti Kassim tidak dikenakan sebarang tindakan oleh pihak berkuasa. Walhal, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan olehnya jelas mengkucar-kacirkan masyarakat.

Tetapi sekiranya individu yang melakukan kritikan dan teguran terhadap raja walaupun niat untuk menegur, akan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan dengan begitu pantas. Malah terus disabitkan bersalah. Jelas, masih ada yang tidak kena dengan perundangan negara.

Pengajaran Kepada Yang Terlalu ‘Lancang’

Bagi kebanyakan umat Islam, sudah pasti mereka akan menyokong tindakan yang dilakukan oleh Firdaus. Bertengkar di media sosial dan melakukan provokasi oleh sesetengah individu tidak mendatangkan sebarang penyelesaian, sebaliknya menimbulkan lagi pelbagai polemik.

Sama ada menang atau kalah masih menjadi teka teki yang sukar untuk dijawab. Yang pasti, di era Malaysia Baharu ini, kita mengharapkan agar keadilan berjaya ditegakkan bagi memastikan golongan tertentu tidak menyalahgunakan hak kebebasan bersuara bagi mewujudkan provokasi.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah saman sudah memadai dikenakan ke atas Siti Kassim?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN