Sumber: Harian Metro

Sejak akhir-akhir ini, masyarakat dikejutkan dengan pelbagai kejadian tragik yang melibatkan golongan remaja khususnya.

Semalam, satu lagi kes membabitkan seorang pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah di Air Putih, Kuantan ditemui tidak sedarkan diri dipercayai akibat mabuk selepas mengambil minuman keras.

Kejadian itu disedari orang ramai apabila melihat pelajar berkenaan yang lengkap berpakaian seragam sekolah terbaring di atas sebuah kerusi.

 

Minum Arak Sebab Ikut Kawan

Gambar sekadar hiasan

Menurut sumber, pelajar itu sepatutnya mengikuti sesi pembelajaran pada sesi petang, namun bertindak menyertai dua rakannya yang lain untuk minum minuman keras murah berhampiran sekolahnya.

Akibat terlalu mabuk dan hasil maklumat dari orang awam, pasukan perubatan telah dikejarkan ke sekolah berkenaan dan hasil pemeriksaan awal mendapati pelajar itu mengambil minuman keras secara berlebihan.

Atas sebab itu, pelajar terbabit kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), untuk menerima rawatan lanjut.

 

Pelajar Akan Dipanggil Untuk Sesi Kaunseling

Gambar sekadar hiasan

Kejadian malang yang menimpa remaja ini turut mendapat perhatian daripada Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan, Mohd Razali Mustafar yang memaklumkan pihaknya akan memanggil pelajar berkenaan untuk sesi kaunseling.

Selain itu, satu pertemuan dengan ibu bapa pelajar itu juga akan dilakukan bagi mengetahui masalah yang mungkin dihadapi pelajar terbabit.

 

Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Sebelum ini, beberapa gambar pelajar berkenaan tular di media sosial sejak dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai dan netizen yang rata-ratanya menzahirkan perasaan bimbang terhadap masalah sosial yang dihadapi generasi Z masa kini.  

Mana tidaknya, zaman sekarang ini, apa sahaja kesilapan yang dilakukan oleh pelajar, guru pula yang akan dipersalahkan.

Bila ditegur salah, bila dibiarkan juga salah, apatah lagi hendak sentuh. Semua benda pun salah sehingga guru menjadi bingung untuk mengajar dan mendidik generasi sekarang ini.

 

Di Mana Silapnya?

Bila bercakap mengenai masalah sosial yang dihadapi remaja masa kini, salah satu penyebabnya adalah berpunca daripada ibu bapa mereka sendiri dan faktor persekitaran.

Apabila ibu bapa gagal memainkan peranan dalam mendidik anak-anak terutamanya dalam didikan agama dan moral, maka tidak hairanlah anak mereka mudah sekali terjebak dalam kancah yang tidak sihat seperti ini dengan ajakan kawan.

Ditambah pula dengan perkembangan pesat teknologi yang ada pada hari ini yang banyak mempromosi iklan alkohol yang boleh memberi impak besar terhadap anak muda untuk mencuba sekaligus terjebak dalam kancah yang tidak sihat seperti ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Dalam isu ini, di mana silapnya?
8 votes · 8 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN