Melihat rakan-rakan atau individu yang melakukan aktiviti harian dengan menggunakan tangan kiri mungkin kelihatan pelik dan teruja dengan kebolehan mereka itu.

sumber: simplemost

Mungkin tidak mudah untuk melakukan aktiviti seharian bagi mereka yang kidal kerana kebanyakan barangan direka khas untuk mereka yang menggunakan tangan kanan.

Adakah anda tergolong dalam kumpulan yang diberi kelebihan menggunakan tangan kiri untuk melakukan aktiviti harian? Anda sememangnya sangat ‘rare’.

 

Sambutan Hari Kidal Sememangnya Ada

Jumlah individu yang melakukan aktiviti menggunakan tangan kiri dikatakan sebanyak 10 peratus daripada populasi manusia di Bumi. Bukan itu saja, hari untuk meraikan golongan ini turut diwujudkan pada 13 Ogos setiap tahun yang dinamakan ‘Left Handers Days’.

sumber: metro uk

The Left Handers Club, sebuah organisasi orang-orang kidal, tidak pernah menganggap bahawa kidal itu adalah suatu kelainan, tapi sebaliknya menganggap kidal adalah suatu keunikan.

sumber: business insider

Tahukah anda terdapat beberapa tokoh terkenal di dunia merupakan seorang yang kidal? Antaranya ialah Mahatma Ghandi, saintis terkenal Albert Einstein, ahli falsafah Aristotle dan presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

 

Tidak Mudah Untuk Melakukan Aktiviti Harian

Golongan ini terpaksa berhadapan dengan beberapa kesukaran dalam melakukan rutin harian yang mungkin orang biasa tidak pernah terfikir.

sumber: pupperish

Mungkin perkara ini kelihatan biasa bagi mereka yang normal, tetapi bagi individu kidal sememangnya mengalami kesulitan dalam melakukan apa jua aktiviti seperti contoh kesukaran dalam menggunakan gunting, meja lipat di dalam bilik kuliah, skop aiskrim dan sebagainya

Namun, pelbagai inovasi telah dilakukan dari semasa ke semasa untuk memudahkan golongan kidal ini melakukan aktiviti harian sama sama selesa dengan mereka yang menggunakan tangan kanan. 

Jika dahulu golongan ini mungkin dipandang pelik dalam masyarakat, tetapi kini, perkara itu tidak lagi berlaku.

 

Terlalu Banyak Mitos Tentang Orang Kidal

Terdapat banyak dakwaan tentang mereka yang kidal sehingga mampu mengubah ciri dan perwatakan seseorang. 

Antara contoh mitos mengaitkan mereka yang kidal ini ialah mengalami kesihatan yang tidak baik serta mengalami kematian awal adalah tidak benar. 

Bukan itu sahaja, mereka yang kidal ini juga dikatakan sangat pintar dan kreatif disebabkan mereka yang kidal ini menggunakan otak bahagian kanan mereka. Mitos ini antara mitos yang paling kuat dalam kehidupan masyarakat dunia.

sumber: zippi

Mereka yang kidal ini mungkin akan mengalami kekecewaan kerana menunggu untuk menjadi seperti Leornardo da Vinci, kerana kenyataan yang mengatakan bahawa manusia menggunakan mana-mana bahagian otak yang dominan yang menggambarkan keperibadian serta keputusan seseorang adalah tidak benar.

 

 

 

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda seorang kidal?
11 votes · 11 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN