Mereka yang beragama Islam di Malaysia seringkali ‘tertarik’ dengan isu anjing . Pantang melihat orang Islam berdekatan binatang ini terus dijadikan isu besar tanpa selidik. Mangsa terbaru ialah penyanyi Yasin Sulaiman yang telah disindir netizen gara-gara memberi makan kepada dua ekor anjing melalui fotonya yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Menurut Yasin, foto itu sekadar perkongsian pengalamannya dengan haiwan berkenaan.

Dia menjelaskan bahawa dia hanya memberi makan kepada anjing-anjing tersebut tanpa menyentuhnya langsung. Kejadian berlaku sewaktu dia dan abangnya mendaki di Bukit Tabur.

Keadaan itu berlaku apabila empat ekor anjing muncul, walaupun agak mengejutkannya, namun dia tidak risau kerana haiwan tersebut kelihatan mesra dan mengekori setiap perjalanan ketika mendaki dan menuruni Bukit Tabur.

 

Memberi Makan Anjing Kelaparan Atau Kehausan Dianggap Sikap Mulia

Pelbagai pemahaman di dalam Islam mengenai orang Islam menyentuh anjing. Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Mohd Nor berkata, setiap mazhab berbeza pandangan sama ada anjing adalah najis dan tidak najis. Dalam mazhab selain Syafi’e, hanya air liur dan najis sahaja dikategori sebagai najis berat, dan bahagian badan yang lain tidak najis.

Sumber: Sinar Harian

Tapi bagi mazhab Shafi’e, semua anggota badan anjing adalah najis dan jika tersentuh perlu di basuh 7 kali iaitu satu dengan menggunakan tanah dan 6 kali menggunakan air mutlak. Ianya perlu hilang bau dan rasa.

Wan Salim berkata, menjaga binatang termasuk anjing dengan niat memberi bantuan juga akan mendapat pahala dan termasuk dalam kategori amal kebajikan.

Dalam hadis juga, ada dicerita perihal seorang pelaku dosa besar boleh diampun oleh Allah disebabkan memberi minum kepada anjing.

Wan Salim berkata walaupun Islam menggalakkan umatnya berbuat baik kepada binatang, keutamaan perlu diberikan kepada kebajikan manusia.

Sumber: MH Online

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad juga pernah menyuarakan pendapat yang sama.

Katanya sudah dijelaskan secara terperinci di dalam kitab mengenai hukum memelihara anjing, yang merangkumi peraturan serta pengendalian haiwan yang tergolong dalam kumpulan najis berat itu.

Bagaimanapun, Shukri menasihatkan umat Islam tidak mendekati anjing semata-mata untuk tujuan bersuka ria.

Sumber: The Sun Daily

Mufti Perlis, Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin, merujuk hadis Nabi S.A.W bersabda:

“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing.

Sumber: Petnyaku

Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing? Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.

Oleh itu, memberi makan kepada haiwan jalanan yang tidak terurus makan minumnya, InsyaAllah tidak salah.

 

Yasin Tidak Perlu Muatnaik Foto Beri Makan Kepada Anjing, Elak Kecelaruan Masyarakat

Isu anjing dan masyarakat Malaysia ini tidak akan berkesudahan, dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitif mudah timbul.

Sumber: Din Merican

Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Ini sememangnya realiti masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspektif baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas.

Umpamanya apabila isu anjing yang dikaitkan dengan umat Islam menimbulkan pelbagai reaksi . Ada yang berpendapat anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam.

Sumber: IG Yasin

Ada yang menyatakan perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang beranggapan tiada salahnya orang Islam membela anjing seperti orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasarkan fakta, malah ada juga hanya berdasarkan emosi.

Mungkin Yasin menganggap foto berkenaan bukan satu isu yang besar tetapi bukan pada rakyat Malaysia.

Sumber: IG Yasin

Itu silapnya. Lebih baik Yassin tidak memuat naik gambar berkenaan yang mendatangkan fitnah. Berbuat baik tidak perlu semua orang tahu, cukup hanya antara diri sendiri dan Allah sahaja.

Netizen hari ini suka menjatuhkan hukum halal dan haram kepada sesiapa sahaja tanpa merujuk kepada hukum yang sahih. Itu sebab ramai yang menyindir Yasin berbuat demikian.

KATA ORANG

KATA ANDA

Patutkan Netizen menjatuhkan hukum halal dan haram kepada Yasin, hanya kerana memberi makanan kepada anjing?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN