Semua sedia maklum, babi atau khinzir adalah haiwan yang diharamkan keseluruhannya dalam Islam. Di sisi jumhur ulama, tidak kira dagingnya, tulangnya, bulunya atau apa jua adalah haram melainkan ketika darurat.

Sumber:daging babi batam

Babi dikategorikan sebagai najis mughallazah (najis berat) di dalam Islam. Untuk menyucikannya perlu menggunakan tujuh kali cucian dengan salah satunya air bercampur tanah.

Hakikatnya, bukan agama Islam sahaja yang mengharamkannya. Ulama tersohor, Dr. Zakir Naik dalam satu sesi ceramahnya menegaskan pengharaman babi turut terdapat dalam agama Kristian, Yahudi dan Hindu menerusi kitab-kitab suci masing-masing.

Hidang Daging Babi

Tetapi lain pula bagi negara jiran, Indonesia, dimana sekumpulan golongan penganut Islam berfahaman liberal di Jakarta dilaporkan memakan hidangan daging babi.

Sebuah majalah televisyen, Coconut TV menyiarkan laporan mengenai trend memakan hidangan daging babi dalam kalangan umat Islam di negara yang mempunyai penganut agama Islam terbesar dan paling ramai di dunia itu.

Sumber:Coconuts

Laporan bertajuk ‘Muslim Pork Eaters of Jakarta’ yang boleh ditonton di Youtube itu menyebut, trend memakan hidangan daging babi dalam kalangan umat Islam di Jakarta menyebabkan restoran yang menyediakan menu berasaskan haiwan berkenaan semakin banyak di kota metropolitan itu.

Terpulang Nak Makan Atau Tidak

Panggagin antara restoran yang menghidangkan daging haiwan yang diharamkan dalam Islam itu.

Salah seorang daripada dua orang pemilik restoran itu bernama Derra merupakan penganut Islam.

Sumber: Utusan

Jelas Derra, tanda haram diletakkan di Instagram restoran itu sebagai amaran kepada penganut agama Islam bahawa restoran itu menghidangkan daging babi.

Dia juga tidak kisah untuk orang Islam ingin merasa hidangan daging babi yang dijual di restorannya itu. Pilihan itu terletak pada pelanggannya.

“Tak Peduli Soal Haram Halal”

Rata-rata masyarakat Islam memandang serius akan perkara ini. Tetapi mereka tidak terkejut dengan budaya yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Indonesia terutama yang tinggal di kawasan bandar.

Sumber:CARI Infonet

Kebanyakkan masyarakat disana walaupun beragama Islam mereka mengamalkan gaya hidup seperti orang bukan Islam. Mereka juga tidak kisah soal halal dan haram.

Ramai juga artis di negara itu yang murtad kerana pengaruh budaya disana. Jadi tidak pelik hidangan babi ini boleh dijual oleh orang yang beragama Islam.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda?
12 votes · 12 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN