Solat Jumaat merupakan solat Fardu dua rakaat yang dilakukan pada setiap hari Jumaat, menggantikan solat Zohor dan dilakukan secara berjemaah selepas mendengar khutbah.

sumber: JPM

Menyingkap sebuah laporan yang diambil daripada portal sinarharian.com, seramai 17 orang lelaki tempatan dicekup oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) kerana didapati tidak mengerjakan solat Jumaat.

 

Sanggup Menipu Elak Dicekup

Seperti yang diketahui, solat Jumaat ini hukumnya ialah Fardhu Ain dan wajib dilakukan oleh umat Islam dengan syarat-syarat tertentu.

sumber: sinar harian

Operasi yang dinamakan Operasi Ponteng Solat Jumaat yang dilakukan di Air Terjun Sekayu, Kuala Berang, Hulu Terengganu mendapati mereka yang ditahan berusia antara 15 hingga 37 tahun ketika waktu solat Jumaat berakhir.

Ada antara mereka ini sanggup menipu kononnya sedang bermusafir, tetapi sebenarnya mereka ini hanyalah penduduk tempatan yang tinggal disekitar kawasan berhampiran sahaja.

Perkara ini menggambarkan betapa tidak sensitifnya mereka kepada waktu solat Jumaat walaupun mengetahui sudah masuk waktu dan terdapat masjid berdekatan kawasan berkenaan.

Sebagai ketua keluarga, perkara ini amat memalukan dan secara tidak langsung telah menujukkan contoh yang tidak baik kepada anak dan juga keluarga.

 

‘Yang Mencekup Tu Pergi Solat Ke Tidak?’

Dari sudut yang lain pula, terdapat beberapa netizen telah menimbulkan pertikaian sama ada penguat kuasa lelaki yang terlibat di dalam operasi tersebut menunaikan solat Jumaat ataupun tidak?

Menurut sinarharian.com, beberapa penguatkuasa wanita telah ditempatkan di kawasan berkenaan untuk memantau pengunjung lelaki ketika lelaki sedang mengerjakan solat Jumaat.

Namun, penangkapan dilakukan setelah penguatkuasa lelaki selesai menunaikan solat Jumaat dan terus bergegas ke lokasi untuk menahan mereka yang tidak mengerjakan solat Jumaat.

 

Usaha JHEAT ini juga tidak disenangi oleh beberapa netizen dan mempersoalkan mengapa operasi seperti ini tidak dilakukan pada waktu solat fardhu yang lain juga? Mujurlah ada yang menjelaskan persoalan tersebut.

 

Undang-Undang Solat Jumaat Sememangnya Ada

Sumber informasi yang diambil daripada laman asklegal.com, undang-undang tentang kewajiban solat Jumaat ini sebenarnya sudah lama ada di Malaysia dan terpakai hanya kepada golongan lelaki sahaja.

sumber: harian metro

Namun peruntukan kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat ini berbeza-beza bagi setiap negeri dan kes ini tiada yang dibicarakan di Mahkamah Syariah disebabkan oleh kekangan seperti tidak dapat mengenal pasti sama ada seseorang itu tidak menunaikan solat Jumaat tiga kali berturut-turut.

sumber: mohr.gov

Bukan itu sahaja, menjadi satu kesalahan kepada mana-mana majikan yang tidak membenarkan pekerja yang beragama Islam dari menunaikan solat Jumaat kerana kerajaan sudah menyediakan Garis Panduan Menunaikan Solat Dalam Waktu Kerja untuk rujukan majikan dan juga pekerja.

 

Usaha JHEAT Harus Dicontohi

Usaha yang dilakukan oleh JHEAT ini seharusnya dipuji dan dicontohi oleh semua jabatan agama di setiap negeri.

Bagi netizen, jika operasi seperti ini dilakukan di kawasan Lembah Klang, pasti tidak ada ruang untuk penguatkuasa menempatkan pesalah yang ditangkap.

Namun, kita seharusnya tidak meletakkan tanggungjawab ini hanya kepada penguatkuasa sahaja kerana setiap Muslim bertanggungjawab untuk menegur dan mengajak Muslim yang lain untuk menunaikan solat.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, wajarkah semua jabatan agama di setiap negeri menangkap mereka yang tidak menunaikan solat Jumaat seperti yang dilakukan oleh JHEAT?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN