Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) malam Isnin.

Perkara itu diputuskan oleh dan pimpinan Barisan Nasional yang sebulat suara  dalam bermesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Putra itu.  

Najib akan menjalankan tugas membantu BN dalam usaha untuk mengembalikan semula sokongan rakyat kepada parti tersebut.

Mesyuarat itu dihadiri Presiden Umno, Zahid Hamidi, Presiden MCA, Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Vigneswaran Sanasee, serta pimpinan lain.

 

Najib Kembalikan Sokongan

Najib menyifatkan pelantikannya itu sebagai bertujuan mengembalikan sokongan rakyat terhadap parti itu.

Jelasnya, ini satu penghormatan bukan untuk diri beliau, tetapi tanggungjawab besar untuk memulih keadaan BN berdasarkan Piagam BN yang baru, yang akan dilancar pada Konvensyen BN, September akan datang.

Selain itu katanya, beberapa keputusan strategik telah dibuat juga dalam mesyuarat tersebut antaranya bagaimana BN menampilkan imej parti pelbagai kaum, agama dan bangsa, supaya semua dapat melihat BN ini mencerminkan masyarakat majmuk Malaysia, tetapi tetap berpandu kepada perlembagaan.

Terdahulu, Najib dilihat memasuki bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menghadiri mesyuarat tersebut di ibu pejabat parti, Menara Dato’ Onn.

Sumber: Astro Awani

 

Perlantikan Langkah Tepat

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah menyifatkan keputusan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) sebagai satu langkah yang sangat tepat.

Beliau berkata, berdasarkan pengaruh dan pengalaman yang dimiliki Najib, parti percaya beliau akan dapat memainkan peranan bersama Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Dewan Tertinggi BN lain.

Sumber: The Malaysian Times

Ia adalah bagi dalam usaha memulih, memperkasa dan mengembalikan semula kekuatan BN.

Jelasnya, tumpuan mereka pada masa ini adalah berhadapan dengan kerajaan Pakatan Harapan dan mengembalikan sokongan rakyat.

 

Langkah Ke belakang

Walaubagaimanapun, bekas setiausaha agung BN Mohamed Nazri Abdul Aziz beranggapan tindakan melantik Najib sebagai pengerusi lembaga penasihat gabungan itu sebagai langkah ke belakang.

Menurutnya, perkembangan tersebut tidak baik untuk Umno dan Nazri juga tidak yakin Najib boleh membaik pulih prestasi Umno.

Malah beliau turut mempersoalkan kekalahan Umno sebelum ini berpunca daripada siapa? Dan apa jenis nasihat yang boleh Najib berikan.

Nazri turut berpandangan pelantikan Najib ini kemungkinan untuk memprovokasi Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Selepas PRU-14 , Najib telah meletakkan jawatannya sebagai presiden Umno  berkuat kuasa serta-merta selepas didakwa mendapat gesaan dari akar umni.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah wajar melantik Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN?
12 votes · 12 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN