Pada 9 Oktober lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad akan meluluskan penganjuran pesta arak “Oktoberfest 2018” sekiranya pihak penganjur membuat permohonan bagi mendapatkan permit dan mematuhi kesemua garis panduan yang ditetapkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Katanya, antara garis panduan yang perlu dipatuhi pihak penganjur adalah umat Islam tidak dibenarkan terlibat untuk menyertai pesta tersebut dan pesta tidak boleh diadakan di tempat terbuka.
Walaubagaimapun, isu tersebut terus menjadi bualan hangat masyarakat di samping beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik PAS yang membuat bantahan berhubung penganjuran aktiviti seumpama ini di Malaysia.
Fakta Mengenai Pesta Arak “Oktoberfest”
Pesta arak atau lebih dikenali sebagai ‘Octoberfest’ menjadi antara tarikan utama masyarakat bukan beragama Islam di Malaysia dan juga pengunjung dari luar negara.
Sejak ia diperkenalkan pada tahun 2012, pesta arak ini dilihat semakin mendapat sambutan ramai dengan jumlah pengunjung yang semakin meningkat setiap tahun.
Pada tahun 2012, pesta arak ini diadakan di Taps Beer Bar yang terletak di jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan jumlah pengunjung hanya 200 orang.
Manakala pada tahun 2016, pesta ini diadakan pula di Publika Shopping Gallery dengan jumlah pengunjung seramai 3,500 orang.
Malah, hampir setiap tahun penganjurannya, pihak penganjur akan membawa lebih 250 jenama arak berbeza dari 43 syarikat bagi memenuhi citarasa pengunjung.
Bukan itu sahaja, pesta ini juga bukan hanya disertai oleh rakyat Malaysia tetapi penyertaaanya dibuka di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Australia, England, Scotland, Belgium, Germany, Denmark, Norway, Japan, Thailand dan Vietnam.
Bagi Oktoberfest 2018 yang berasal dari Jerman pada tahun ini, ia akan dianjurkan di Mid Valley, Kuala Lumpur dengan pengisian festival makanan, hiburan, muzik dan arak.
Sesuaikah Diadakan di Malaysia?
Kerajaan kini secara umumnya tidak menyekat kebebasan hak individu memandangkan Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum.
Walaupun penganjuran pesta arak ini sudah banyak kali dipersoalkan oleh beberapa gerakan NGO yang membantah.
Gerakan Srikandi Malaysia turut membuat bantahan terhadap pesta ini dengan mendesak Khalid Samad dan kerajaan supaya menghalang penganjuran tersebut.
Katanya, walaupun pesta tersebut bakal menarik ramai pelancong dari luar untuk melancong ke dalam negara namun ianya dilihat akan menyebabkan gejala sosial terus meningkat sekaligus mencemarkan kedudukan agama Islam dan integriti orang Melayu.
Peneraju utama Gerakan Srikandi Malaysia, Wan Asshima Kamaruddin menyatakan rasa kebimbangannya terhadap pengajuran pesta arak ini di mana lokasi penganjurannya dibuat di lokasi awam iaitu di pusat beli belah Mid Valley yang mempunyai akses untuk menarik minat anak muda Melayu Islam untuk menyertainya.
Bukan itu sahaja, poster festival arak berkenaan juga tidak menyatakan sekatan ke atas orang Melayu Islam untuk menyertainya.
Dalam pada itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad turut memberi pandangan yang sama di mana pesta arak seperti ini adalah tidak sesuai untuk diadakan di Malaysia walaupun ia bukan untuk orang bukan beragama Islam.
Katanya, pesta arak tersebut tidak bertepatan dengan kehendak moral dan majoriti masyarakat di dalam negara.
Tambahnya, ini kerana Islam merupakan agama rasmi negara seperti yang tercatat di dalam perlembagaan negara namun terserah kepada orang bukan Islam untuk minum minuman keras dan sebagainya kerana agama mereka tidak menghalang perbuatan tersebut.
Namun, beliau turut berpendirian bahawa pesta itu dilihat boleh mencemarkan nama baik negara memandangkan Islam sebagai agama persekutuan dan sudah keterlaluan kerana tidak menampakkan rasa hormat kepada penganut agama Islam.
Oktoberfest Pernah Ditolak Penganjuran
Sebelum ini juga, pada 17 September 2017, DBKL pernah menolak permohonan penganjuran “Better Beer Festival 2017” yang dijadualkan diadakan pada 6 dan 7 Oktober tahun lalu.
Ia berikutan DBKL tidak menerima permohonan daripada pihak penganjur pada 28 Ogos 2017 untuk menjalankan aktiviti tersebut di Solaris Damansara dari pukul 2 petang hingga 11 malam dan mengambil tindakan untuk tidak meluluskannya.
Penganjuran acara itu sebelum ini juga dibantah keras oleh PAS yang turut menggesa Mufti mengeluarkan fatwa dan pandangan khusus berhubung penganjuran aktiviti seumpama itu sebagai panduan dan arahan kepada kerajaan.
Tidak terkecuali juga pemimpin DAP yang meminta agar DBKL mengkaji semula penolakan permohonan penganjuran acara tersebut.
Sehingga kini, penganjuran pesta ini dilihat masih lagi diragui sama ada tindakan itu kerana menegakkan syarak disebabkan masyarakat berbilang kaum atau jika tidak diluluskan, ia akan menyemarakkan kebencian kepada kaum tertentu.
Walau bagaimanapun, dalam hal ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan telah mencapai kata sepakat bagi penganjuran pesta itu di mana ia boleh diadakan tetapi pihak penganjur perlu mengikut kesemua syarat yang telah ditetapkan pihak berkuasa DBKL untuk menganjurkannya.
KATA ORANG
Hang siapa @PASPusat @abdulhadiawang mabuk masuk campur Hal Oktoberfest. Bodoh, sesiapa panggil u minum arak? Sensitivity #KepalaBapakKau
— Hidup Malaysia (@baltan1) October 15, 2018
Every single year, someone has to say something totally stupid about #Oktoberfest in #Malaysia. Look, if you don't drink, don't. Lol. What's your problem, man? Call a shrink
— Marsha Maung ❤️💕💖😍🤣 (@marshamaung) October 15, 2018
I CAN drink but I choose NOT to and I like it that way. #yourchoice
Persoalannya: kenapa masyarakat Malaysia pulak yg beriya2 nk sambut Oktoberfest? Pada kami, Oktoberfest are more for tourists.
— Meowsome (@wnrllfiqha) October 15, 2018
Kita kena ingat, dekat mana pun Kita pergi kat dunia ni.. once kita kata kita dari... https://t.co/Z0SUnffThY
Lately what is happening in Malaysia is frightening off the investors..... like shutting non halal food stalls in the exhibition, banning Oktoberfest festival etc. PH government is not making the right move in boosting the economy and the currency!
— Pangsb (@pangsb) October 15, 2018
We never say our Muslim friends to drink alcohol and first please remember Malaysia is not Islam country as a Pakistan or Afghanistan. It's multiracial country. What's wrong celebrate Oktoberfest by non Muslim.
— RAJ (@surenuma84) October 15, 2018