Sumber : Viral Mania

Baru-baru ini tular di laman sosial isu tentang Nursajat yang dikatakan akan mendirikan rumah tangga bersama pasangannya yang dikenali sebagai Coach Yin.

Sumber : Instagram (Coach_yin)

 

Sajat Mahu Mendirikan Rumahtangga

SUmber : Instagram ( Coach_yin)

Coach yin dikatakan memuat naik gambar ‘best nine’ di laman instagramnya dengan caption “ Bila buat bestnine,,semua nye keluar gmbr awak syg @ajramjat02,,betapa bnyknye kenangan sy dgn awak tahun 2018.

“Semoga tahun 2019 nanti lebih byk kenangan sy dgn awak tercipta..love you @ajramjat02, “ tulisnya.

Di gambar yang sama juga Nursajat membalas ucapan teman lelakinya itu dengan menulis “ Love you too sayang…tahun depan kita naik pelamin yer,, mak dan ayah dah tanya dah”.

Sebelum ini, dua pasangan bercinta ini pernah dilanda konflik dan pernah berpisah seketika dipercayai angkara orang ketiga.

 

Da’I Wan Bersuara

Sumber : Twitter ( Da’i Wan)

Susulan daripada isu ini, Da’I Wan menjelaskan melalui akaun twitter miliknya bahawa isu ini sedang dibincangkan dengan mendalam oleh ahli-ahli syura, persatuan ulama Malaysia dan pengawai-pengawai shariah.

Beliau juga turut memberi penjelasan bahawa mereka seolah-olah terikat daripada mengambil tindakan oleh kerana wang dan undang-undang sivil yang menghalang mereka daripada mengambil tindakan yang sepatutnya.

 

Trend Perkahwinan Transgender Di Luar Negara

Berbanding Malaysia, di luar negara perkahwinan sejenis bukanlah perkara yang pelik ataupun jarang di dengar. Terdapat 20 negara yang mengiktiraf perkahwinan sejenis.

Belanda merupakan negara pertama yang mengiktiraf perkahwinan sejenis sekitar tahun 2001.

Yang terbaru, Australia telah menjadi negara ke 25 yang mengiktiraf perkahwinan sejenis. Individu yang mengusulkan cadangan merupakan salah seorang ahli parlimen negara tersebut yang turut mengamalkan hubungan sejenis. Beliau turut melamar pasangan sejenisnya di dalam Dewan Kabinet dan telah sah menjadi suami isteri.

 

Aktivis Transgender Di Malaysia

Di Malaysia juga terdapat aktivis yang mempertahankan hubungan sejenis iaitu Nisha Ayub dan seorang lagi aktivis Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) Pang Khee Teik.

Sebagai aktivis, Nisha pernah menerima anugerah “Human Rights Watch’s Alison Des Forges” pada tahun 2015 sebagai penghargaan untuk usaha beliau dalam mempertahankan hak-hak transgender.

Selain itu, beliau merupakan wanita trasngender pertama yang menerima anugerah “ International Women Courage Award” pada 2016.

Dengan pengiktirafan sebegini akan membuatkan golongan LGBT di Malaysia akan rasa diiktiraf juga dan semakin berani mendedahkan aktiviti serta identiti mereka.

Ya, setiap individu mempunyai hak masing-masing, tetapi Malaysia sebagai negara Islam, perkara seperti ini tidak boleh terus berleluasa kerana akan memberi kesan yang besar.

 

Sikap Terbuka Rakyat Malaysia

Dapat dilihat dengan jelas sikap keterbukaan sesetengah individu di Malaysia yang mungkin membuatkan golongan transgender lebih berani dan yakin untuk berdepan dengan masyarakat.

Tidak dinafikan, golongan transgender sekarang lebih kehadapan dari zaman dahulu dimana mereka secara terang-terangan berani menjalinkan hubungan sejenis dan terlibat dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan bisnes.

Walaupun mereka masih menerima kecaman hebat namun masih ada pandangan positif dan semangat yang diterima dari masyarakat Malaysia.

Keputusan Nursajat dan Coach Yin dalam memberitahu secara terang-terangan isu ini pastinya mendatangkan kecaman daripada netizen terutamanya.

Yang pastinya, tindakan selanjutnya dari pihak Jakim diharapkan dapat menyelesaikan masalah transgender di Malaysia.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, patutkah Malaysia benarkan perkahwinan sejenis di Malaysia?
22 votes · 22 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN