Japanese Encephalitis (JE) merupakan penyakit radang otak akibat virus dan merupakan penyakit bawaan nyamuk yang disebarkan kepada manusia melalui gigitan di mana virus JE ini boleh menyerang sistem saraf dan mengakibatkan komplikasi teruk serta kematian.

 

 

Seperti yang dilaporkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 15 kes JE telah direkodkan serta melibatkan tiga kematian setakat ini (dua orang di negeri Sarawak dan seorang di negeri Perak).

Sumber yang diperoleh dari laman myhealth.gov, hampir 50,000 kes JE dengan 10,000 kematian dilaporkan setiap tahun di seluruh dunia dan di Malaysia, kes JE dilaporkan secara sporadik sahaja (kes-kes terpencil).

 

Nyamuk Pembawa Virus Japanese Encephalitis?

Penyakit JE ini dilaporkan ada di negara-negara yang mempunyai iklim yang panas seperti Malaysia dan mempunyai ternakan khinzir yang banyak. Virus ini disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Culicine yang telah dijangkiti virus JE.

sumber: science

Sehingga kini, tiada rawatan yang khusus diberikan kepada pesakit JE ini dan mereka yang dijangkiti ini dinasihatkan untuk mendapatkan rehat yang mencukupi, meminum air yang banyak dan mengambil ubat berdasarkan kepada nasihat doktor untuk melegakan gajala penyakit dialami.

sumber: permohonan.my

Di Malaysia, suntikan vaksin JE ini hanya diberikan kepada penduduk di negeri Sarawak di mana program vaksinasi JE diberikan kepada semua bayi yang baru dilahirkan, berumur sembilan bulan dan ke atas mengikut jadual imunisasi yang telah ditetapkan.

 

Khinzir Punca Utama

Virus JE ini tidak berjangkit sesama manusia tetapi virus JE disebarkan oleh nyamuk dari  dalam tubuh khinzir dan disebarkan melalui gigitan nyamuk.

Virus yang disebarkan oleh nyamuk boleh menyebabkan jangkitan kepada manusia dengan menyerang sistem saraf pusat iaitu otak dan saraf tunjang tetapi virus ini tidak berjangkit jika manusia memakan daging khinzir yang membawa virus tersebut.

sumber: NPR

Pada tahun 1999, lebih 50 orang telah meninggal dunia disebabkan JE dan beratus ekor khinzir telah dihapuskan untuk mengawal jangkitan di seluruh negara pada ketika itu.

 

Tidak Semua Nyamuk Mengigit Manusia

Sebut sahaja nyamuk, pasti terlintas di fikiran bahawa nyamuk ini merupakan serangga yang membawa pelbagai jenis penyakit kepada manusia.

sumber: rentokil

Tahukah anda, lebih dari 3000 spesis nyamuk yang diketahui hanya 80 spesis sahaja yang menggigit manusia. Manakala 150 spesis telah ditemui di Amerika syarikat.

85 spesis dijumpai di Texas dan penyakit yang melibatkan nyamuk juga kebanyakkan datang dari Texas antaranya ialah penyakit Zika.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah pihak KKM perlu memberikan vaksin JE di semua negeri bukan hanya kepada negeri Sarawak sahaja?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN