Bermula 2 April lalu, rakyat Malaysia terutama golongon wanita sangat teruja apabila drama hangat ‘Nur’ lakonan Syafiq Kylez dan Amyra Rosli mula menayangkan sekuelnya dalam ‘Nur 2’.

Sumber : Kepala Bergetar

Dalam keterujaan episode pertama ditayangkan, timbul pula isu apabila dikatakan salah seorang pelakon dalam cerita tersebut, Atiq Azman telah melakukan kesalahan dalam membaca ayat al-quran dalam satu babak cerita tersebut.

Perkara ini telah ditimbulkan oleh salah seorang pengguna twitter Afifi Hassan yang menegur kesilapan dalam babak itu.

Sumber : Twitter Afifi

Menurutnya, terdapat beberapa kesalahan besar dan jelas menerusi petikan bacaan surah Al Imran ayat 96 hingga 99. 

 

Pengarah Ambil Tanggungjawab, Pelakon Akui Kesalahan

 

Sumber: Mstar

Pengarah drama tersebut Shahrulezad Mohameddin, mengakui kesilapan tersebut dan telah memohon maaf kepada semua atas kecuaiannya itu.

Katanya, kesilapan berkenaan memang tidak wajar berlaku sama sekali, terutama membabitkan bacaan al-Quran.

Oleh itu, beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kesilapan yang tak sepatutnya berlaku.

Sementara itu, pelakon yang terbabit dalam kesilapan bacaan tersebut, Atiq Azman turut meminta maaf atas kesilapan yang dilakukannya. 

Sumber : Mstar

Beliau turut mengharapkan kesalahannya dimaafkan rakyat tetapi beliau lebih takut kepada Allah kerana sedar pembacaan ayat suci tidak boleh diambil ringan.

Sekiranya salah pembacaan, maksud yang ingin disampaikan juga akan bertukar lain.

Walaubagaimanapun, Atiq dan Shahrulezad juga turut mengucapkan terima kasih kepada Afifi kerana memberi teguran.

 

Tukar Babak Lain

Menyedari kesilapan pada babak episod pertama Nur 2 itu, Shahrulezad mengarahkan agar kru produksi merakam semula bacaan ayat al-Quran itu dengan betul.

Adegan itu katanya akan dimasukkan semula ke episod tersebut bagi menggantikan kesilapan berkenaan.

Versi diperbaiki itu akan terbuka untuk orang ramai di portal tonton.com dan iflix.

 

Kesalahan Hanya Untuk Publisiti?

Rata-rata netizen di media sosial memuji tindakan pengarah tersebut yang mengakui kesalahan yang dilakukan dan menukar babak tersebut.

Namun tidak kurang juga yang mengkritik drama tersebut. Bagi mereka sepatutnya isu sensitif dan agama melibatkan al-quran perlu mendapat rujukan pakar sebelum menjalani pengambaran dan menayangkan di televisyen.

Malah ada juga yang berpendapat, kesalahan yang berlaku pada episod pertama itu hanyalah untuk mendapat publisiti dan bertujuan untuk promosi cerita Nur 2 ini.

Sumber : Facebbok

Kita tidak boleh menilai seseorang itu atas kesalahan yang dilakukan. Semua orang melakukan kesilapan.

Walau apapun, diharapkan drama tersebut dapat memberi pengajaran kepada penonton.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah kesalahan yang dilakukan di dalam cerita ini boleh diterima?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN