Berita baik buat peminat majalah Gila-Gila, anda kini boleh memuat turun aplikasi GG Komiks secara percuma di Google Play dan Apply Store untuk mengimbau kembali nostalgia zaman kegemilangan komik ini sejak tahun 1978!

Sumber: Astro Awani

Bayangkan selepas hampir empat dekad, majalah ini ditelan zaman, kini, peminat komik boleh menikmati karya lagenda ini hanya di hujung jari sahaja.

Meskipun karya ini tidak dikenali oleh anak-anak muda pada masa kini tetapi dengan cara inilah, karya komik lama yang dihasilkan oleh kartunis tempatan dapat dihidupkan kembali tanpa terkubur selama-lamanya.

Sekiranya, permainan Beyblade berjaya dikembalikan semula kepada anak muda masa kini. Mengapa tidak, karya yang dihasilkan karikatur popular tanah air kita diangkat dan dikembalikan sekali lagi?

 

Sejarah Ringkas Majalah Gila-Gila

Sumber: Malaysiakini

Bagi mereka yang lahir pada era 80-an anda pasti pernah membaca komik Gila-Gila. Atau paling tidak pun, anda membacanya itupun kerana ibu bapa anda merupakan salah seorang peminat yang masih menyimpan majalah ini di rumah.

Suatu ketika dahulu, majalah komik ini antara yang paling lama bertahan di Malaysia yang mana jualannya pernah mencecah ratusan ribu naskhah ketika di era puncak kegemilangannya.

Bukan itu sahaja, majalah ini juga masih mempertahankan identiti yang tersendiri walaupun perlu bersaing dengan majalah komik yang lain seperti Ujang, Anak-Anak Sidek, Geli Hati, The Kampung Boy, Rileks, Gempak dan sebagainya.

Sumber: SentiasaPanas

Intipati di dalam majalah komik ini juga sarat dengan budaya Malaysia yang diselit dengan sindiran yang ‘makan dalam’ serta sarat dengan nilai-nilai murni dan tradisi yang diselit menjadi jenaka harian dan disesuaikan dalam budaya tempatan kita.

Kini, majalah ini sudah mencapai status ‘legenda’ kerana ia adalah khazanah negara apabila menjadi satu-satunya majalah humor tertua di Asia Tenggara yang dipelopori oleh Jaafar Taib, Zainal Buang Hussin, Azman Yusof, Rejabhad, Tarzidi, Nan, Fatah Ngah, Kerengge, Reggie Lee, Don, Zamri Abu, Rossem, Imuda , Long dan ramai lagi. 

 

Mampukah Ia Mengembangkan Pengaruh Dalam Kalangan Generasi Baru?

Gambar sekadar hiasan

Memang tidak dinafikan, salah satu punca yang menyebabkan rudumnya karya tempatan adalah disebabkan teknologi.

Cara generasi dahulu menyampaikan komik mungkin berbeza dengan cara masyarakat kini yang lebih ke arah dunia digital hingga menyebabkan industri percetakan terkena tempiasnya.

Apabila semua mulai beralih arah, tidak ramai yang memilih untuk membaca komik sebegini lagi memandangkan sekarang semuanya boleh didapati di hujung jari sahaja!

Sumber: Kosmo

Ditambah pula dengan lambakan karya animasi tempatan, mana tidak terkuburnya karya lagenda ini sehinggalah terbitnya sebuah aplikasi digital yang boleh menghidupkan kembali karya-karya lama.

Sekiranya tidak mengguna pakai cara sebegini, karya sebegini mungkin hanya akan menjadi tatapan orang ramai di galeri mahupun muzium sahaja.

Mungkin, dengan kaedah pendigitalan ini, anak-anak muda dapat mengimbau kembali karya-karya lama yang dihasilkan sendiri oleh karikatur tanah air suatu ketika dahulu.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah dengan kaedah digital majalah Gila-Gila ini dapat mengembangkan pengaruh dalam kalangan generasi muda masa kini sekaligus mengangkat semula martabat kartun Malaysia?
8 votes · 8 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN