Perlantikan Datuk Dr Noraini Ahmad sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu melenyapkan suara-suara kritikan ramai pihak sebelum ini. Perlantikan tersebut diluluskan tanpa bahas di Dewan Rakyat selepas dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong, pada sesi petang persidangan.

Sumber: The Star

Izzah Bantah PAC Diketuai Ahli Kerajaan

Perlantikan beliau secara tidak langsung menjadikan kerajaan berada di landasan sebenar dalam usaha mereformasikan institusi dan sistem kerajaan. Ia susulan bantahan yang dilakukan oleh ahli parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang meletakkan jawatan selaku ahli PAC, kerana pengerusi PAC terus disandang oleh parti kerajaan.

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee daripada Barisan Nasional (BN), telah menyertai PH pada bulan lalu. Kemasukan beliau ke dalam PH telah menyebabkan usaha mereformasikan PAC dilihat tidak berada dalam landasan yang betul kerana diketuai oleh parti kerajaan.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bersetuju untuk melantik Pengerusi PAC yang baru bagi menggantikan tempat Ronald Kiandee, selari dengan manifesto PH. Maka pada awal April lalu usul melantik Noraini telah diluluskan tanpa bahas di Dewan Rakyat.

Sumber: Harian Metro

Wanita Pertama Ketuai PAC

Noraini yang merupakan ahli parlimen Parit Sulong daripada BN, mencipta sejarah kerana menjadi wanita pertama yang menerajui jawatankuasa Parlimen tersebut.

Dalam masa yang sama, ia merupakan salah satu usaha untuk mengangkat martabat wanita dengan memberi kepercayaan menyandang jawatan-jawatan utama.

Satu Pengiktirafan

Langkah ini juga merupakan suatu pengiktirafan, penghargaan dan sumbangan kepada wanita yang dianggap sebagai tulang belakang bagi membantu memperkasa pelbagai agenda yang akan dilakukan oleh kerajaan.

Pujian juga harus diberikan kepada pihak pembangkang, yang sepakat menamakan Datuk Noraini sebagai calon Pengerusi PAC yang baru.

Ketika diminta mengulas oleh media atas perlantikannya, beliau mahu semua ahli mengenepikan pendirian parti politik. Beliau mahukan semua ahli PAC memberi kerjasama dalam menilai kes-kes yang menjadi keutamaan mereka.

Sumber: The Star

Sebelum ini, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menjadi wanita pertama dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Ia merupakan langkah positif yang ditampilkan oleh kerajaan PH hari ini dalam usaha memartabatkan wanita di sektor-sektor utama.

Noraini Perlu Buktikan

Sudah tiba masanya Noraini membuktikan bahawa beliau mampu melakukan perubahan yang lebih baik berbanding pengerusi-pengerusi PAC sebelum ini.

Kita perlukan semak dan imbang yang berkesan di Dewan Rakyat bagi memastikan negara terus berada di landasan yang tepat, serta tiada penyelewengan berlaku.

Ramai percaya, beliau mampu melakukannya. Syabas dan tahniah.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, mampukah beliau melakukan yang terbaik?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN